"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Akhir 1441H☆



فَوَیۡلࣱ لِّلۡقَـٰسِیَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ فِی ضَلَـٰلࣲ مُّبِینٍ

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata" [Surah az-Zumar 22]

#Keras hati adalah petanda ditariknya nikmat dan rahmat oleh Allah swt. Ini juga merupakan satu kecelakaan yang menyebabkan mereka tidak menerima keterangan-keterangan Allah serta kebenaran dan tidak menerima perkara kebaikan. Allah swt mengatakan bahawa orang yang keras hati sebenarnya sedang berada dalam kesesatan.

#Antara penyebab kerasnya hati ialah disebabkan kekerapan melakukan dosa dan memandang ringan serta remeh terhadap dosa dan azab. Apatah lagi memandang remeh terhadap taubat dalam kehidupan.

#Syeikh Ibn Athaillah as-Sakandari rahimahullah dalam kalam hikmahnya menyebut: "Sebahagian daripada tanda matinya hati adalah tidak merasa sedih kerana meninggalkan amalan kewajipan atau kebaikan dan tidak menyesal atas sesuatu pelanggaran dosa."

#Antara cara untuk mengubati dan melembutkan hati menurut saranan Sayidina Abu Darda' r.a ialah:

1. Sayangilah anak yatim
2. Usaplah kepala anak yatim
3. Berlembutlah dengan anak yatim
4. Berikanlah anak yatim makan daripada makanan kamu,

"Nescaya hati kamu akan menjadi lembut dan hajat kamu akan dapat dicapai" (Riwayat al-Baihaqi, Syu'ab al-Iman)

#Cara melembutkan hati menurut kalam Ibrahim al-Khawwash rahimahullah ialah:

1. Membaca al-Quran dan merenungkannya maksudnya
2. Rajin mengosongkan perut (dengan gemar berpuasa)
3. Mendirikan solat malam (solat tahajud/qiyamullail)
4. Merendahkan diri di hadapan Allah (dengan doa dan zikir) di akhir malam (waktu sahur)
5. Bermajlis (bergaul) dengan orang-orang soleh. (At Tibyan karya Imam an-Nawawi).

#Hati yang hidup ialah hati yang sentiasa bersih dan suci daripada titik noda dan dosa. Hati perlu dididik dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, rendah diri, dan zuhud agar ia tidak mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu. Dengan zikrullah dapat merawat hati agar dijauhi penyakit keras hati.

♡Maka menjadi kewajipan kepada kita untuk merawat hati yang keras agar menjadi lembut dan bersih daripada dosa. Jom rawat hati!!♡


No comments: