"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 20 Jamadil Awwal 1441H☆


وَتَرَىٰهُمۡ یُعۡرَضُونَ عَلَیۡهَا خَـٰشِعِینَ مِنَ ٱلذُّلِّ یَنظُرُونَ مِن طَرۡفٍ خَفِیࣲّۗ وَقَالَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّ ٱلۡخَـٰسِرِینَ ٱلَّذِینَ خَسِرُوۤا۟ أَنفُسَهُمۡ وَأَهۡلِیهِمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ أَلَاۤ إِنَّ ٱلظَّـٰلِمِینَ فِی عَذَابࣲ مُّقِیمࣲ

"Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang beriman pula berkata: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal" [Surah ash-Shura 45]

#Tatkala orang yang zalim dan derhaka pada Allah diperlihatkan neraka di hadapan mata mereka, terus mereka tunduk membisu dengan penuh kehinaan dan kegerunan kerana bakal di azab oleh Allah swt.

#Firman Allah swt:

وُجُوهࣱ یَوۡمَىِٕذٍ خَـٰشِعَةٌ

"Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu *tunduk kerana merasa hina"*

 عَامِلَةࣱ نَّاصِبَةࣱ

"Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah"

  تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِیَةࣰ

"Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar)" [Surah al-Ghashiyah 2-4]

#Allah berfirman lagi:

وَلَوۡ تَرَىٰۤ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُوا۟ رُءُوسِهِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَاۤ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu *menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu)*: "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin" [Surah as-Sajdah 12]

#Betapa ramainya manusia yang derhaka dan zalim sewaktu didunia sangat petah berbicara, megah berkata-kata dan penuh keberanian melakukan kederhakaan, namun tatkala melihat kedahsyatan azab neraka, muram wajah mereka, lidah menjadi kelu, tubuh badan keras kaku, diam seribu bahasa, malah mula timbul rasa bersalah, ketakutan dan penyesalan. Hilang sifat 'samseng' yang dimiliki sewaktu menentang kebenaran didunia dahulu.

#Firman Allah swt:

وَلَوۡ تَرَىٰۤ إِذۡ فَزِعُوا۟ فَلَا فَوۡتَ وَأُخِذُوا۟ مِن مَّكَانࣲ قَرِیبࣲ

"Dan (sungguh ngeri) jika engkau melihat (keadaan orang-orang yang bersalah itu) ketika mereka gelisah takut (menyaksikan azabnya) serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya, dan mereka pun diambil dari tempat mereka berada (untuk dibawa ke tempat azab)" [Surah Saba' 51]

فَلَمَّا رَأَوۡهُ زُلۡفَةࣰ سِیۤـَٔتۡ وُجُوهُ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَقِیلَ هَـٰذَا ٱلَّذِی كُنتُم بِهِۦ تَدَّعُونَ

"Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!" [Surah al-Mulk 27]

#Kedahsyatan azab ini dikenakan kepada mereka disebabkan mereka memilih untuk derhaka, engkar, kufur dan menentang ajaran Allah dan RasulNya.

ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّهُمۡ شَاۤقُّوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۖ وَمَن یُشَاۤقِّ ٱللَّهَ فَإِنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ

"(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya" [Surah al-Hashr 4]

♡Jangan sesekali derhaka dan samseng dengan Allah swt kerana kesengsaraan dan azab sedang sedia menanti disana. Jadilah manusia yang taat dan bertaqwa, semoga kita dijauhi daripada huru hara di Akhirat. Aamiiin ♡


No comments: