"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Awwal 1441H☆



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka..." [Surah al-Hujurat 11]

#Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata: "Ayat di atas berisi larangan melecehkan dan meremehkan orang lain. Dan sifat melecehkan dan meremehkan termasuk dalam kategori sombong sebagaimana sabda Rasul saw:

الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Sombong adalah sikap menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR Muslim).

*Yang dimaksud di sini adalah meremehkan dan menganggapnya kerdil. Meremehkan orang lain adalah suatu yang diharamkan kerana boleh jadi yang diremehkan lebih mulia di sisi Allah seperti yang disebutkan dalam ayat di atas.” (Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim).

#Jangan sesekali memandang hina kepada makhluk Allah yang lain walaupun pada zahirnya mungkin tidak sama dengan kita. Allah melarang kita bersifat sombong dan menghina orang lain. Allah memerintahkan agar kita menjadi orang yang bertaqwa dan merendah diri (tawadhuk).

#Hayatilah satu kisah Israilliyat dibawah ini dan ambillah pengajaran untuk kebaikan hidup kita di masa yang mendatang:

"Terdapat seorang abid (ahli ibadah) dari kalangan Bani Israel yang telah menghabiskan usianya bertahun-tahun lamanya beribadah kepada Allah semata-mata. Dia tidak pernah melakukan maksiat walau seketika sepanjang hayatnya. Kerana kesungguhannya beribadah dia dikurniakan karamah. Apabila dia keluar dari rumahnya awan akan berarak memayungi sepanjang perjalanannya. Pada masa yang sama, di kawasan tempat tinggalnya terdapat seorang fasiq yang bergelumang dengan kemaksiatan. Dia tidak pernah taat kepada perintah Allah walaupun sekali sepanjang hayatnya. Pada suatu hari kedua-duanya bertembung di suatu jalan. Mereka datang dari arah yang bertentangan. Apabila bertembung masing-masing mengelakkan diri tidak mahu bertemu dan bertentang mata antara sama lain. Abid merasa dirinya mulia dengan ibadahnya. Tidak layak baginya bertemu dengan seorang fasiq yang penuh dosa dan menderhaka kepada Allah Yang Esa. Fasiq merasa dirinya sangat hina dan tidak layak baginya bertemu dengan seorang abid yang sangat mulia di sisi Tuhannya. Dengan kesombongan yang tercetus di dalam diri abid tersebut sehingga dia memandang hina kepada seseorang yang tidak setara dengan dirinya menyebabkan Allah murka kepadanya. Lantas karamah yang diberikan kepadanya ditarik. Awan yang selama ini memayunginya dengan perintah Allah beralih memayungi si fasiq yang insaf dengan kekurangan dirinya".

♡Semoga ayat Allah, sabda Rasulullah saw dan kisah teladan ini menjadi pengajaran yang berguna buat kita. Jangan sesekali sombong dan memandang hina pada insan lain!!♡

No comments: