"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, September 18, 2010

Peranan GH dalam tubuh



stres kerja mempercepatkan proses penuaan sesorang individu.


Encik Kamal ialah seorang lelaki yang tegap dan cergas. Beliau berusia dalam lingkungan 57 tahun. Sewaktu masih muda (dalam usia 20-an), beliau terkenal sebagai seorang yang aktif bersukan dan sikapnya yang kekal cergas berterusan sehinggalah ke usia sekarang.

Encik Kamal seorang yang tenang dan sangat rasional. Personalitinya sangat disukai oleh orang di sekelilingnya. Sejak zaman persekolahan dan universiti beliau merupakan antara ketua pelajar yang disukai ramai lantaran sikapnya yang bertanggungjawab dalam memimpin sebarang tugas. Encik Kamal mementingkan ketepatan dan merupakan seorang yang rajin. Setiap tugas yang dipikul pasti akan dilaksanakan sehingga berjaya.

Tidak hairanlah beliau memegang jawatan yang tinggi dan dihormati ramai.

Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini beliau merasa tenaga dan ketenangan hatinya seolah olah tergugat.

Dengan tidak semena-mena beliau merasa tidak tenang. Hatinya sering berdebar-debar. Jika dulu beliau mampu menghabiskan masa berjam-jam melakukan tugasnya di pejabat namun kini beliau kurang dapat menumpukan perhatian kepada tugas itu. Sebaliknya daya tumpuannya telah terjejas. Beliau cuba mengawalnya dan menganggap apa yang dihadapinya adalah kerana tekanan bekerja. Baru-baru ini beliau bertemu sahabatnya yang merupakan seorang doktor dan sahabatnya mengesyorkan agar beliau mengurangkan stres dalam kehidupannya. Bagi Kamal pula hidupnya begitu tenang tanpa sebarang stres namun demi memperbaiki taraf kesihatannya beliau menurut juga cadangan sahabatnya.

Beliau cuba mengurangkan stres yang dihadapi dengan bermain golf dan aktiviti lain yang sesuai bagi usianya namun keadaan yang rasai tetap tidak berubah. Hatinya tidak tenang. Tidurnya juga tidak lena. Untuk bangun dari tidur pada awal pagi dia mula berasa sukar. Seperti kehabisan tenaga .

Penampilan fizikalnya juga sudah mula berubah. Apabila memandang cermin dia berasa seperti orang asing. Wajahnya terlalu kendur .Pipinya mula cengkung dan matanya mula mengendur. Bibirnya juga mengecut. Dia makin kehilangan dirinya. Di manakah jejaka muda yang tegap dan gagah pada suatu masa dahulu?

Dia teringat kembali tidak lama dahulu otot-otot nya tegap dan berketul-ketul dek kerana kesabarannya bekerja keras di pusat senaman. Dia sering berjogging dan mengangkat berat. Namun segala kerja kerasnya telah hilang begitu saja. Otot-otot sasa mula digantikan dengan sel sel lemak yang lembik dan menggelebeh sekali. Dia risau melihat perutnya yang mula gendut dan berlemak. Puas dia cuba menjaga pemakanannya namun tetap tidak berhasil.

Sebenarnya gejala-gejala yang dialami oleh Encik Kamal mungkin disebabkan oleh kekurangan growth hormone (Gh) yang dialaminya. Hal ini boleh dibuktikan dengan ujian pengesanan aktiviti Gh dalam darah kita.

Di makmal dua ujian boleh dibuat bagi memeriksa paras Gh iaitu GH assay dan IGF1 assay.
IGFi merupakan molekul yang dihasilkan oleh hati kita. Ia saling bertindak dengan Gh bagi menjalankan fungsinya. IGF 1 merupakan kaedah mengesan aktiviti Gh yang baik.

Dewasa ini kebanyakan makmal mempunyai khidmat bagi mengesan pelbagai paras hormon dalam darah dan ia nya menjadi semakin penting apabila kadar populasi warga emas semakin bertambah.

Gh merupakan hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pineal di otak kita. Kegunaannya ialah untuk tumbesaran. Sewaktu di dalam perut ibu sehinggalah membesar menjadi dewasa gh berperanan merangsang tumbesaran sel-sel dalam tubuh. Bagi orang dewasa pula ia berperanan memperbaiki sel-sel dan membentuk otot yang kuat. Ia juga menghalang pembentukan lemak dalam badan.

Pada usia 30-an jumlah gh yang dirembeskan oleh seseorang akan berkurangan. Pemeriksaan darah menunjukkan ia berkurangan dengan banyak sehinggalah usia lima puluhan kekurangan ketara akan berlaku.
Kekurangan yang ketara itu menyebabkan masalah keletihan menjadi lebih serius.

Peranan Gh:

Menjaga organ seperti saiz otak, kulit, rambut, otot, tulang dan organ dalam tubuh kita. Seseorang yang mempunyai masalah dalam penghasilan Gh akan menjadi seperti orang kerdil, saiz badan kecil dan pendek sahaja. Kekurangan hormon ini membuatkan kesan penuaan begitu cepat sekali berlaku.

Simptom kekurangan gh akibat penuaan:

l Rambut menjadi tipis.

l Wajah pipi menjadi kendur dan kulit pada mata menjadi kendur bibir tampak nipis tulang hidung dan tulang rahang menjadi nipis membuatkan wajah tampak layu.

l Leher kulit menggeleber pada leher.

l Tangan semakin halus dan meruncing .Kuku kelihatan jaluran putih. Tapak tangan kelihatan lebih rata disebabkan pengecutan otot-otot pada tapak tangan.

l Berasa kurang sihat meski pun tidak ada apa apa masalah.

l Keyakinan diri merosot.

l Kurang efisien dalam menjalani tugasan harian terutamanya yang memerlukan multiple tasking.

l Kurang kawalan diri. Berbicara dengan kasar dan mudah panik. Mudah berasa tertekan apabila menghadapi sesuatu peristiwa.

l Memerlukan tidur yang lebih banyak dari biasa dan mudah letih jika kurang tidur.

l Mudah menjadi gemuk biarpun mengamalkan diet yang ketat.

l Mudah berasa sejuk.

l Bagi lelaki ramai yang mengalami masalah seksual.

l Selera kepada daging dan protein hilang disebabkan anabolic yang rendah.

l Risiko penyakit yang mudah di perolehi ialah masalah jantung dan darah tinggi, peningkatan dalam kadar
kolestrol dalam darah, kegemukan, kencing manis type 2.

Selepas rawatan

Selepas rawatan pesakit akan merasa dirinya berasa lebih tenang. Ini adalah kerana GH mempunyai pengaruh yang besar ke atas system parasimpatetik tubuh iaitu saraf-saraf yang memberi kesan tenang kepada tubuh kita.

Teknik gaya hidup yang boleh membantu meningkatkan kandungan Gh. Mengambil kalori yang mencukupi bagi tubuh kita, diet yang terlalu ketat bertahun-tahun menjadikan seseorang terlalu kurus dan cepat tua. Diet mestilah mengandungi daging, telur dan ikan.

Elakkan pengambilan alkohol, makanan bercuka dan kafein. Elakkan makanan manis bergula dan makanan berasaskan tenusu. Jangan merokok dan mengambil sebarang dadah yang mengkhayalkan. Pastikan tidur mencukupi dan akhir sekali jangan stres.

Apabila kita mengecapi kadar kemajuan dalam bidang perubatan yang tinggi dan jangka hayat kehidupan yang lebih panjang, kita perlulah juga menjaga kesihatan agar produktif dan tidak bergantung kepada sesiapa pun untuk menjalani kehidupan di usia tua.

Melindungi lebih baik daripada mengubati


Nazrudin dan Sheahnee Lee gembira kerana berjaya memberi anak mereka vaksin penumokokal pada peringkat awal.


Nazrudin dan Sheahnee Lee, dua personaliti televisyen yang dipilih oleh GSK sebagai duta vaksin pneumokokal. Baru sahaja bergelar ibu dan bapa, mereka berasa bertuah kerana mendapat kesedaran awal tentang penyakit ini.

Pada awalnya, mereka sendiri tidak pernah terfikir tentang bahaya penyakit ini.
Seperti membeli insurans, Nazrudin menyedari vaksin ini dapat memberi perlindungan jangka masa panjang untuk bayi perempuan mereka, Zara.

"Seperti yang kita ketahui, pneumokokal menyebabkan kematian sejuta setiap tahun. Kadang-kadang ibu bapa menganggap demam panas sebagai penyakit biasa. Kita tahu mungkin pneumokokal sedang menyerang anak kita," cerita Nazrudin.

Justeru itu dia dan isterinya, mengambil keputusan menerima tawaran GSK.

Anak mereka menerima tiga suntikan vaksin untuk imunisasi yang lengkap.

"Apabila mendengar tentang kematian kanak-kanak disebabkan vaksin ini kian meningkat, saya lebih berhati-hati. Harga vaksin yang ditawarkan juga berpatutan. Bayangkan jika anak kita sakit, kita perlu bawa mereka berjumpa dengan doktor. Ia memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan penyakit," ujar Sheahnee.

Sebagai ibu baru, dia akan berasa sangat sedih jika ada sebarang masalah yang dihadapi oleh anaknya.
Berkongsi pengalaman ketika Zara demam, dia amat risau mendengar batuk dan selesema anaknya. Bagi memberi tumpuan penuh terhadap Zara, akhirnya ibu jelita ini mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Dia kini menjadi pembaca berita sambilan di ntv7.

Bahkan, dia memberi anaknya susu badan untuk memberi kasih sayang dan perlindungan penyakit.

Walaupun hidup di kota metropolitan, Sheahnee percaya susu ibu adalah penawar yang baik.
Mengulas tentang kesedaran masyarakat tentang pneumokokal, Nazrudin yakin ramai yang belum ada pengetahuan dengan penyakit ini.

Sebelum ini, masyarakat hanya didedahkan vaksin imunisasi yang sedia ada untuk perlindungan mereka.
"Kami dulu juga naif tentang penyakit ini. Selepas diberi penerangan, kami sedar semuanya kena bermula daripada awal. Kini anak kami berusia enam bulan dan Alhamdulillah, dia hanya pernah demam sekali,"
katanya.

Nasihat Nazrudin dan Sheahnee kepada ibu bapa lain, pengetahuan tentang penyakit yang mungkin dialami kanak-kanak perlu dipertingkat.

Mereka yakin, semua ibu bapa mahu menjadi yang terbaik. Justeru itu, perlindungan perlu bermula sejak lahir lagi.

Selain itu, ibu bapa perlu berhati-hati tentang pelbagai promosi vaksin yang terdapat di pasaran.

"Ibu bapa perlu melakukan pertimbangan sesetengah produk. Pelaburan ini hanya sekali dan kita perlu berwaspada. Pilihlah vaksinasi yang terbaik. Sebaiknya dapatkan vaksin pneumokokal di hospital kerajaan dan swasta," ujar Nazrudin.

Selepas ini, kedua-dua selebriti akan meneruskan promosi bersama GSK untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penumokokal.

Bagi mereka, setiap ibu bapa perlu memikirkan kesihatan masa depan kanak-kanak. Dengan adanya perlindungan menerusi vaksin, anak-anak boleh dicegah daripada penyakit serius.

"Mungkin pada masa hadapan, kerajaan boleh memberi imunisasi vaksin pneumukokal percuma kepada orang ramai," ungkap mereka.

Mengancam nyawa kanak-kanak


VAKSIN Pneumokokus dihasilkan daripada lapisan luar protein dinding sel bakteria yang berupaya untuk merangsang badan bayi anda mengeluarkan antibodi.


RAMAI yang kurang prihatin terhadap masalah penyakit penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak. Perkara ini harus dipandang serius kerana kira-kira dua juta kanak-kanak berusia bawah lima tahun mati setiap tahun. Antara penyakit berjangkit dan kematian utama di kalangan kanak-kanak yang semakin disedari di seluruh dunia ialah pneumokokal (PnD).

Penyakit itu antara penyakit pembawa maut yang paling mudah berjangkit pada hari ini. Dianggarkan seorang bayi meninggal dunia setiap seminit di seluruh dunia akibat jangkitan bakteria pneumokokus.

Anggaran yang dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu turut mendapati, setiap tahun penyakit itu menyebabkan kematian lebih sejuta kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara membangun.

Dianggarkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak tadika dan prasekolah juga menjadi pembawa bakteria pneumokokus yang boleh disebarkan kepada kanak-kanak lain dalam pergaulan harian di tadika atau taman asuhan.

Penyakit PnD adalah punca utama penyakit serius di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia.

Bakteria s. pneumoniae menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa seperti pneumonia, meningitis dan bakteremia (keracunan darah) dan juga otitis media (jangkitan bahagian tengah telinga).

Setiap tahun, bakteria S. pneumoniae dianggarkan membunuh hampir satu juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun di seluruh dunia terutama di negara membangun.

Jika dulu pakar pediatrik mendapati kes jangkitan Hib penyebab utama penyebaran pneumokokus dan kematian yang membabitkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun, tetapi sejak 2005 kajian mendapati,

PnD adalah punca utamanya.

Penyakit itu bukan saja menjangkiti kanak-kanak, malah warga emas berusia melebihi 55 tahun berikutan sistem pertahanan badan yang agak lemah.

Walaupun tiada sebarang ubat khusus untuk merawat PnD , ia masih boleh di atasi dengan penggunaan vaksin. Lebih 20 peratus kanak-kanak membawa kuman ini melalui hidung dan tekak. Justeru, suntikan vaksin amat berfaedah bagi menghalang mereka dijangkiti.

Setakat ini, vaksin adalah kaedah paling berkesan bagi mencegah kanak-kanak daripada dijangkiti kuman ini. Vaksin itu adalah imuniti kelompok yang bermaksud ia boleh membantu melindungi kumpulan kanak-kanak daripada diserang jangkitan PnD.

Perlindungan baru pneumokokal

Menurut Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, vaksin adalah kaedah paling berkesan bagi mencegah kanak-kanak daripada dijangkiti kuman ini. Vaksin itu adalah imuniti kelompok yang bermaksud ia boleh membantu melindungi kumpulan kanak-kanak daripada diserang jangkitan pneumokokal .

"Ibu bapa di Malaysia kini boleh melindungi anak-anak mereka dengan vaksin pneumokokal pediatrik generasi akan datang daripada GlaxoSmithKline (GSK), untuk mencegah penyakit pneumokokal invasif (IPD) dan Otitis Media Akut (AOM) yang disebabkan oleh streptococcus pneumoniae di kalangan bayi dan kanak-kanak dari usia enam minggu hingga dua tahun." jelas Dr. Zulkifli.

Ia adalah vaksin berkonjugat Protein D influenza Hemofilus tidak berjenis dan polisakarida pneumokokal 10 valen.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi pra kelayakan kepada vaksin ini untuk penggunaan global. Pra kelayakan ini adalah yang pertama untuk vaksin menentang penyakit pneumokokal.

Apa itu pneumokokus?

Pneumokokus juga dikenali sebagai bakteria Streptococcus pneumoniae. Ia adalah penyebab penyakit
pneumokokus (PnD), penyakit yang amat mudah berjangkit dan merebak di kalangan kanak-kanak melalui cecair yang dilepaskan ke dalam udara apabila mereka bersin atau batuk. Pneumokokus bukan sahaja boleh menyebabkan meningitis, malahan penyakit lain yang berbahaya seperti pneumonia, bakteremia (kuman di dalam darah) dan jangkitan telinga tengah.

Bagaimanakah vaksin pneumokokus bertindak?

Vaksin pneumokokus dihasilkan daripada lapisan luar protein dinding sel bakteria yang berupaya untuk merangsang badan bayi anda mengeluarkan antibodi. Keupayaan ini akan membantu badan bayi menghasilkan sel imun khas untuk melawan jangkitan pneumokokus.