"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

Isu Arak: Berapa Nyawa Lagi Akan Terkorban?


1. Seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang maut selepas dirempuh pemandu wanita warga China yang memandu dibawah pengaruh alkohol di Pulau Pinang. Dalam kejadian jam 6.50 pagi Jumaat, mangsa Mohaidin Gani Mohamad, 58, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

2. Kejadian demi kejadian yang melibatkan pemandu mabuk dilaporkan oleh media. Apa yang menyedihkan insiden sebegini terkadang mengorbankan nyawa yang tidak bersalah. Berapa banyak nyawa lagi yang harus dikorbankan sebelum kita mengambil tindakan tegas berhubung perkara yang melibatkan arak?

3. Melihat kepada kemudaratan yang jelas inilah Rasulullah melaknat semua pihak yang terlibat dengan arak. Bahkan Khalifah sesudah Baginda mengambil tindakan tegas dalam urusan ini. Umar Abdul Aziz diriwayatkan pernah mengarahkan supaya orang kafir tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (non Muslim) yang tinggal bersama Muslim, beliau menyebutkan:

 كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ: أَلَّا يُظْهِرُوا الْخَمْرَ

“Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya majlis arak (bagi non Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup). (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar, 13/383).

4. Bahkan, Umar Abdul Aziz dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Zanjaweh di dalam kitab al-Amwal:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ عَامِلُهُ عَلَى الْكُوفَةِ: أَنْ «لَا تُحْمَلَ الْخَمْرُ مِنْ رُسْتَاقٍ إِلَى رُسْتَاقٍ.

“Umar Abdul Aziz menulis surat kepada Abdul Hamid ibn Abdul Rahman iaitu Gabenor beliau di Kufah: (kata Umar) Jangan dibawa arak dari satu bandar atau wilayah (rustaq) kepada bandar atau wilayah yang lain.” (Ibn Zanjaweih, al-Amwal, 1/282).

6. al-Imam Ibn Abi Syaibah merekodkan gambaran yang hampir sama. Umar Abdul Aziz diriwayatkan sangat bertegas dalam menguruskan arak (punca kepada kerosakan manusia). Beliau melarang aktiviti import eksport arak, dari satu kampung ke satu kampung yang lain. Kata Ibn Abi Syaibah:

عَنْ مُثَنَّى بْنِ سَعِيدٍ، قَالَ: شَهِدْتُ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ كَتَبَ إِلَى عَامِلِهِ بِوَاسِطٍ: «أَنْ لَا تَحْمِلُوا الْخَمْرَ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَى قَرْيَةٍ...

“Muthanna ibn Sa’d berkata: Aku menyaksikan Umar Abdul Aziz menulis kepada Gabenornya bahawa: Jangan dibawa arak dari satu kampung ke satu kampung yang ian.” (Ibn Abi Syaibah, al-Musannaf, 5:100)

7. Menyedari betapa bahayanya kerosakan arak ini, Rasulullah, para sahabat serta khalifah terdahulu bertindak tegas menanganinya. Jangan pula ada dikalangan kita yang melihatnya sebagai dosa peribadi yang kita tidak perlu masuk campur. Dari perkara peribadi inilah ia merosakkan nyawa orang lain. Jangan pula ada yang terkeliru dengan konsep Rahmatan Lil Alamin sehingga membiarkan sahaja kerosakan yang berlaku atas alasan “private sphere.”

8. Jangan juga ada dikalangan pemimpin kita yang menganggap ringan perkara ini sehingga melihat arak ini seumpama orang kafir yang “meminum teh sahaja.” Ini kerana kesan “teh” ini bukan sahaja merosakkan akal, bahkan mengorbankan nyawa Muslim.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

No comments: