"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, June 13, 2024

Nasi Daging



(Sukatan ikut suka hati ja.!!)🤭🤭
Daging
(Rebus smp empuk.. air rebusan simpan utk msak nasi & sup.)

Nasi :-
Beras
Minyak sapi (optional.. gna butter or mnyk msak pn blh)
Bawang merah*
Halia*
Bawang putih*
K.manis, b.lawang, cengkih& b.pelaga*
Rempah kurma
Daun pandan
Susu cair (optional.. klu nk boh air rebusan daging sja pn xpa..)
Kuib daging
Garam
Air rebusan daging
(tumis bhn bertanda smp agk kuning, masuk rempah kurma& beras.. kcau sebati.. kmdian msuk dlm rice cooker.. msuk air rebusan daging, susu cair& daging yg di rebus tdi.. msuk kiub daging& sdikit garam.. msak cm biasa..)

Air asam kerisik :-
Cili besar*
Cili padi*
Belacan*
Garam*
Air asam jawa
Kerisik
Limau nipis
Tomato
Bawang besar
(Tumbuk bhn bertanda.. kmdian msuk kerisik, air asam jawA& air limau nipis.. tomato& bawang besar.. kcau sebati..)

Sup :-
Gna air rebusan daging.. tmbh bwng.. halia.. garam.. daun sup& daun bawang..



Monday, June 10, 2024

RINGKASAN INFO KUALITI MOVIE



1-BluRay = Sangat Cantik 🌟🌟🌟🌟
2-BDRip = Sangat Cantik 🌟🌟🌟
3-BRRip  = Sangat Cantik 🌟🌟
4-WEB-DL  = Cantik ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
5-HDRip  = Cantik ⭐️⭐️⭐️⭐️
6-HDTV  = Cantik ⭐️⭐️⭐️
7-DVDRip   = Cantik ⭐️⭐️
8-WEBrip    = Cantik ⭐️
9-VCDRip    = Cantik 🌙
10-VHSRip = Okey Sikit 🍅
10-DVDScr  = Okey Sikit 🍅🍅
11-HDTC    = Okey sikit 🍅🍅🍅
12-HDTS  = Teruk 💩
13-HDCam  = Teruk 💩💩
14-CAM  = Sangat Teruk 💩💩💩

KOMPILASI MENU SIHAT SEMINGGU UNTUK ANDA YANG INGIN DIET




Adakah anda berazam untuk mengamalkan diet yang sihat? Akan tetapi, azam tanpa perancangan yang rapi boleh menyebabkan ianya gagal! 

Disini kami sertakan kompilasi menu sihat untuk seminggu khas untuk anda. Perlu ingat, saiz sajian perlu diambil mengikut sukatan supaya tidak terlebih kalori. Anda boleh gunakan panduan saiz sajian seperti berikut:

Kumpulan Sayur-sayuran:
- Sayuran berdaun hijau (dimasak) = 1/2 cawan (40 g)
- Sayuran kacang / buah / cruciferous (dimasak) = 1/2 cawan (50 g)
- Ulam (mentah) = 1 cawan (50 g)

Kumpulan Buah-buahan:
- Pisang berangan = 1 biji (60 g)
- Epal = 1 biji sederhana (110 g)
- Mangga = 1/2 biji (100 g)
- Betik = 1 potong (110 g)

Kumpulan Nasi, Bijirin Penuh, Produk Makanan Berasaskan Bijirin dan Ubi-ubian
- Nasi = 2 senduk (100 g)
- Roti = 2 keping (60 g)
- Bihun (direndam) = 11/2 cawan (150 g)
- Kuetiau (basah) = 1 cawan (100 g)
- Pasta (dimasak) = 11/2 cawan (150 g)
- Oat = 6 sudu desert (40 g)
- Biskut tinggi serat = 5 keping (30 g)

Kumpulan Ikan, Ayam, Daging dan Legum
- Dada ayam (tanpa kulit, mentah) = 1/2 ketul (70 g)
- Daging = Bersaiz 1 tapak tangan (60 g)
- Ikan = 1 ekor ikan kembung (70 g)  atau 1 keping ikan tenggiri (70 g)
- Telur (gred A, tanpa kulit) = 2 biji (100 g)
- Kacang tanah / Badam / Gajus = 10 biji / 2 sudu desert (15 g)
- Kacang walnut = 1 biji (15 g)
- Biji chia / Biji flaks / Biji labu / Biji bijan / Biji tembikai / Biji bunga matahari =  10 biji / 2 sudu desert (15 g)
- Kuaci = 10 biji / 2 sudu desert (15 g)

Kumpulan Susu dan Produk Tenusu:
- Susu, segar / penuh krim / rendah lemak = 1 gelas (250 ml)
- Yogurt, semulajadi / tanpa lemak / rendah lemak = 2 bekas kecil yogurt (270 g)
- Yogurt Greek = 1 pot yogurt (135 g)

Selamat mencuba! 

Rujukan: 
1. Malaysian Dietary Guidelines (2020)

"Char kuey teow"




klu ada cili jeruk lg sedap 😋😋 musim kerang skrg isi dia penuh2..resepi dibawah..plg ringkas & mudah cara sy masak..hidangan dibawah sy masak setiap pinggan berasingan..

Resepi...
1. Kuey teow (cuci toskan) 
2. Cili kering & bwg besar (dblend)
(Bhn² tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram)
3. Bwg putih ketok²..
4. Taugeh & kucai
5. Telor..
6. Udg direbus (asingkn air)
7. Kerang (direbus)

Panaskn kuali,masukkn myk..(myk lbih sikit ye,supaya masukkn telor nt kuey teow xbatat) kuey teow&myk dorg ni friend forever😆😆... tumis bwg putih,masukkn udg,cili diblend 3 sudu besar,(1 sudu besar sos cili,sos tiram,kicap pekat,) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau2..
masukkn air rebusan udg pecahkn telor kacau2 sebatikn, masukkn kerang,kuey teow,taugeh&kucai siap..pastikn guna api yg besar ye..

slamat mencuba😉

Cek Mek Molek


In making of cek mek molek@mek comeyy...rupa tak comeyy pun takpe la kann janji sedap...diuli penuh kasih sayang ni..goreng sikit je dulu baki dia boleh goreng petang nanti..nina buat cek mek xletak marjerin..tepung@keledek je...tepung jangan banyak nanti liat..

*Cek Mekk Molek*

-ubi keledek
-sedikit tepung gandum
-garam
-gula untuk inti

*keledek cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam
-rebus hingga empuk
-angkat dan toskan buang kulit
*lenyek ubi keledek hingga hancur dan masukkan tepung
-tepung tu masukkan sikit2 je dulu jangan banyak nanti liat
-bila dah jadi doh yang xmelekat kat tangan tu da okey la
*ambil sedikit doh masukkan gula dan bentukkan melonjong
*panaskan minyak goreng hingga perang
*api sederhana je nanti pecah

Tips buat cek mek molek


Tips rahsia kejelitaan Cek Mek..😆

🍠Tip 1 : Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.
(**bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).

🍠Tip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api.*

*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.

*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dlm kuali. 

**Gula terpulang nak letak byk mana. Yg ni sy letak gula byk, masa nak mkn sy buang sikit air gula sbb manis sgt🤭

🍠ADUNAN🍠

***part ni susah bab nak bagi sukatan sebab bergantung pada ‘keadaan’ ubi. Ada ubi ok. Kadang-kadang nasib tak baik, terkena ubi lembik walaupun jenis sama.

Yang saya guna ni, ubi keledek yg kulit OREN KEMERAHAN (isi oren).

~ Rebus ubi dengan sedikit garam sampai empuk - kasi kering air (jgn letak air byk sgt). 

~ Sy sejukkan depan kipas😁 *makesure kipas bersih tak bersawang

~ Lenyek ubi, sy lenyek dengan tapak gelas je (nak tumbuk pakai lesung pun boleh)

~ Uli bila ubi dh sejuk. Masukkan gandum skit2, uli sampai tepung x lekat kt tangan (sy tak pandai bagi sukatan🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻). Makesure jgn byk tepung. Nanti keras.

***Ada tips letak baking powder, ada yg letak marjerin. Utk adunan sy guna ni, sy guna tepung gandum je. Takde letak apa2. Garam dah letak masa rebus ubi. Tapi kalau rasa tak cukup masin, bleh tambah masa uli. 

Selamat mencuba!


Cek Mek Molek




1 kg ubi keledek oren/ stelo
Gula pasir
2 cawan Tpg gandum
Sesudu garam
1 sb marjerin/butter

Cara-cara

Rebus ubi hingga empuk.Toskan
Lenyek ubi sampai hancur dan masukkan garam halus .Masukkan tpg gandum .uli bg rata.Masukkan marjerin atau butter .Uli sampai doh rata.

Bulat-bulatkan sekepal tangan lebih kurang 30gm .Jgn besar sangat .Leperkan dan tekan di tengah bagi bentuk lekuk.Masukkan sesudu gula dan tutup rapat. Golek-golekkan atas tapak tangan utk membentuk bujur dan tirus seperti ubi stelo/keledek

Goreng dengan api sederhana .Sentiasa alihkan agar sekata kekuningannya.

KUIH CEK MEK MOLEK MERECIK.


Bahan-Bahan:

1. Ubi Keledak
2. Tepung Gandum
3. Gula
🍂🍃
🍃🍂🍃🍂🍃🍂
Cara-caranya:

1. Basuh ubi keledak sehingga bersih dan rebus dengan air bersih sehingga empuk isinya.

2. Selepas itu ubi keledek yang telah direbus dibuang kulitnya dan dilenyek isinya sehingga lumat. Boleh juga kalau nak tumbuk isi ubi keledek dengan lesung batu.

3. Selepas isi telah dilenyek sehingga lumat, campurkan dengan tepung gandum sehingga adunan tidak melekit dan senang dibentuk.

4. Kemudian bentukkan adunan (doh) tadi kepada bentuk bulat. Boleh susun banyak-banyak dulu dalam talam doh ni.

5. Selepas tu doh bulat ni ditekan tengah-tengah untuk diletakkan gula. Gula tu akan cair apabila digoreng nanti. So, jangan banyak sangat gula tu… jaga kesihatan huhuhu.

6. Selepas dimasukkan gula bentukkan semula doh ini dalam bentuk bujur macam di bawah. Pastikan tak bocor… kang tumpah pulak gula tu.

7. Akhir sekali goreng dalam minyak yang dah dipanaskan sehingga bewarna kuning keemasan. Tadaaa…. dah siap untuk dimakan. Lagi sedap dihidangkan dengan air kopi O panas atau air Teh O panas. Gerenti merecikk!!!

Sunday, June 9, 2024

Sambal limau nipis


Bahan;

Cili besar/cili msk-2 biji
Cili padi-7/8 biji
Sedikit garam
Sedikit belacan
.
Cara:
(Tumbuk lumat bhn di ats)

Bila dh lumat...masukkan 1 sudu mkn gula..lenyekkan dgn lesung..
1 biji limau nipis(hiris n perahkn airnya dlm sambal td..klu suka..blh hiriskn kulitnya nipis2 n gaulkn dlm sambal
Siap!!!
Slmt mencuba..

RESEPI Serbuk colek ala Thai



.
Bahan-Bahan:
Lada kering 15 tangkai
Belacan 3 inci
Udang kering 1 cawan
Gula pasir 2 cawan
.
cara2:-
sengai semua bahan2 kecuali gula.
dah garing semua bahan2 tu... sejukan dan bland kering.. kalau ikut resepi asal bland sekali dng gula.. tapi saya guna gula pasir yg halus tu.. 
terus campur bahan bland tu dng gula dalam bekas asing dan gaul sebati...
*add on garam kalau x cukup masin
*boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yg lebih
*yang paling penting pastikan bahan2 sengai tu sejuk dahulu baru bland.. kalau tak nanti x cantik kejadiannya...
selamat mencuba..

Jadilah seperti Sniper


*Tidak perlu menampakan diri untuk di segani orang lain.*
*Tidak perlu mencari muka untuk mendapat perhatian orang lain.*
.
*Cukup diam dan fokus pada sasaran*
*Dalam diam ia* *menumbangkan lawan.*
*Dan melindungi kawan.*
*Tak dikenal.*
*Tapi bekerja dengan penuh kesetiaan...*
.
*Jangan jadi pecundang*
*Yang mendapat pujian dari prestasi orang lain.*🖍️
.
💚Pelangi Tareem