"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 9 Jamadil Akhir 1441H☆


وَمَن یَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِینِهِۦ فَیَمُتۡ وَهُوَ كَافِرࣱ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ

"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)" [Surah al-Baqarah 217]

#Murtad ialah berpaling dari agama Islam kepada agama kufur samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur samada secara olok-olok, engkar atau iktiqad.

#Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan: “Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh.”

#Antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang muslim itu murtad ialah:

1. Mengingkari perkara-perkara pokok dalam agama.
2. Menghalalkan perkara yang telah diharamkan secara ijmak.
3. Mengharamkan perkara halal yang telah disepakati oleh umat Islam.
4. Mencela Nabi Muhammad saw atau salah seorang daripada para nabi dan rasul Allah
5. Mencela agama Islam.
6. Mengaku bahawa wahyu telah diturunkan kepadanya.
7. Menghina al-Quran dan hadis Rasulullah saw.
8. Meremehkan salah satu daripada nama Allah, perintah, larangan dan janjiNya.

#Apabila seseorang itu keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh.

♡Ingatlah bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. Kepada yang murtad, silalah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan hanya dengan Islam sahaja seseorang itu akan selamat di dunia dan akhirat. Jauhi murtad!!♡


No comments: