"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Friday, May 31, 2024

Playing Victim


Berhati-hati dan waspada dengan orang begini. Dia yang menyakiti tapi berlagak dan bercerita seolah-olah dialah yang disakiti.

Orang lain pula yang dikata jahat, diburuk-burukan dan paling red flags 🚩🚩 dia boleh berbuat apa sahaja agar nampak orang lain yang bersalah. 

❌ Melayan PROVOKASI individu begini
✅ Block, jauhi dan abaikan

Thursday, May 30, 2024

Free Palestin


*_Jadilah orang yang mudah memaafkan orang lain._*
*_Bukan hanya sebatas kerana mereka berhak dimaafkan,_*
*_tapi juga agar kamu berhak merasakan hidup yang damai dan tenang._*

*_Salam subuh dan selamat pagi jumaat barakah semua_*🇵🇸🍉🕌

SHOLAWAT FATIH LEBIH UTAMA DARI 100.000 TAHUN BERDZIKIR, BERSHOLAWAT DAN BERDO’A




Syekh Ahmad at Tijani R.A : Sholawat Fatih adalah كلام الذات القدسية Kalam Allah yg suci, (bukan karangan makhluk, bukan karangan ‘ulama atau Auliya'), yg tahu hanya Rasulullah SAW, dan sengaja diberitakan pada akhir zaman, seandainya dikabarkan pada masa sahabat, maka sahabat hanya akan menyibukkan diri dengan shalawat fatih & mengabaikan amalan yang lain. Ini dikarenakan Fadhilah yg sangat besar (Kitab Kasyful Hijab 564)

SHOLAWAT FATIH LIMAA UGHLIQ

۞ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ۞
۞ ﺍﻟﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ۞
۞ ﻭَﺍﻟﺨَﺎﺗِﻢِ ﻟِﻤَﺎ ﺳَﺒَﻖَ ۞
۞ ﻧَﺎﺻِﺮِ ﺍﻟﺤَﻖِّ ﺑِﺎﻟﺤَﻖِّ ۞
۞ ﻭَﺍﻟﻬَﺎﺩِﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺻِﺮَﺍﻃِﻚَ ﺍﻟﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢِ ۞
۞ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﺣَﻖَّ ﻗَﺪْﺭِﻩِ ﻭَﻣِﻘْﺪَﺍﺭِﻩِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴﻢِ ۩

Allahumma sholli ‘ala Sayyidina Muhammadinil
Faatihi Limaa Ugliqo
Wal Khootimi Limaa Sabaqo
Naa Shiril Haqqi bil Haqi
Wal Haadii ilaa Shiroothikal Mustaqiim
Wa ‘alaa aalihi Haqqo Qodrihi wa Miqdaarihil ‘Adziim

🕊Kelebihan Sholawat Fatih :
1. Membaca sholawat al-Fatih 1x setiap hari di jamin hidup bahagia dunia dan akhirat
2. Membaca sholawat al-Fatih 1x menghapus semua dosa
3.Membaca Sholawat Fatih 1 kali menyamai (mendapat pahala sama dengan) 600.000 kali lipat sholawatnya semua malaikat, manusia, dan jin sejak alam diciptakan hingga hari membacanya ditambah 400 perang Sabilillah
4. Membaca sholawat al-Fatih 1x menyamai pahala sholawat yang dibaca oleh seluruh mahluk dari awal di ciptakan sampai sekarang 600x lipat
5. Membaca sholawat al-Fatih 1x setiap hari, di jamin mati membawa iman ( husnul khotimah).
6. Membaca sholawat al-Fatih 10x di malam jum’at lebih besar pahalanya dari pada ibadah seorang wali yang tidak membaca sholawat al-Fatih selama 1 juta tahun.
7.Membaca sholawat al-Fatih 100x di malam jum’at menghapus dosa 400 tahun.

Allahumma sholli 'ala muhammad. Wa ala ali sayyidina muhammad

Tuesday, May 28, 2024

Jet Pejuang dan Jumbo Airbus

Sebuah Airbus 380 sedang dalam penerbangan melintasi lautan Atlantik. Ia terbang secara konsisten pada kelajuan 800 km/j pada aras 30,000 kaki, apabila tiba-tiba sebuah jet pejuang Eurofighter dengan kelajuan Mach 2 muncul.

Juruterbang jet pejuang itu memperlahankan jet dan terbang beriringan dengan Airbus dan menyapa juruterbang pesawat penumpang melalui radio.

"Airbus, penerbangan yang membosankan bukan? Sekarang anda tengok sini!"

Dia meluncurkan jetnya di belakangnya, memecut melepasi kelajuan bunyi, naik dengan cepat ke ketinggian yang memeningkan, dan kemudian menyapu hampir ke paras permukaan laut  yang menakjubkan. Dia berpusing semula seterusnya menghampiri kepada Airbus dan bertanya, "Nah, bagaimana dengan aksi saya itu?"

Juruterbang Airbus menjawab, "Sangat mengagumkan, tetapi lihat ini pula!". 

Juruterbang jet menonton Airbus dengan penuh teruja, tetapi tiada apa yang berlaku. Airbus tersebut terus terbang lurus, pada kelajuan dan ketinggian yang sama. Selepas 20 minit, juruterbang Airbus berbunyi, "Nah, bagaimana aksi yang saya tunjukkan?"

Dengan keliru, juruterbang jet bertanya, "Apa yang awak buat? Tak ada apa-apa yang menarikpun."

Juruterbang Airbus ketawa dan berkata, "Saya bangun dari kerusi, menghulurkan kaki saya, berjalan ke belakang pesawat untuk ke bilik air, basuh muka dan tangan, kemudian saya dapatkan secawan kopi dan pastri fudge coklat lalu menikmatinya."

Moral cerita ini ialah, ketika anda muda, kelajuan dan adrenalin nampaknya menjadi buruan yang dianggap hebat. Tetapi apabila anda semakin tua dan semakin matang, anda belajar bahawa keselesaan dan kedamaian adalah lebih penting dari segalanya.

Pesanan kepada semua warga senior, lambatkan masa yang tersisa anda dengan menikmati keselesaan dan kedamaian.

Nota: Gambar hanya hiasan.