"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

Bagaimana Munafiq Mencari Kemuliaan?


1. Benar kiriman Tuanku Permaisuri Agong ini. Sang Munafiq turut mencari kemuliaan mereka. Allah mencela mereka kerana mereka lebih mengutamakan orang-orang kafir daripada orang beriman itu sendiri. Si Munafiq mencari kemuliaan di sisi orang kafir. Firman Allah:

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

(Mereka) orang-orang (Munafiq) mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (al-Nisa: 139)

2. Orang-orang Munafiq juga adalah mereka yang menimbulkan keraguan tentang Islam. Mereka memberikan maklumat yang tidak benar tentang Islam. Allah menegur menegur sikap mereka di dalam Perang Khandaq. Mereka memburukkan perjuangan Islam dengan berkata:

وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا

“Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja". (al-Ahzab: 12)

3. Orang-orang Munafiq turut bersikap memburukkan Rasululllah. Mereka melemparkan fitnah terhadap Rasulullah dalam peristiwa Hadith al-Ifk dengan memberikan anggapan bahawa isteri Rasulullah (Aisyah) telah berlaku curang.

4. Orang Munafiq berusaha memecah-belahkan umat Islam. Dalam Perang Bani Mustaliq, berlakunya perselisihan antara Jahjah ibn Masu’d (dari Muhajirin) dan Sinan ibn Wabr al-Juhani (dari kaum Ansar). Perselisihan yang berlaku di telaga al-Muraysi’ itu hampir mencetuskan peperangan di antara kaum Muslimin. Jahjah telah meminta bantuan kaum Muhajirn untuk berlawan dengan Sinan, begitu juga dengan Sinan. Sinan menyeru kaum Ansar untuk menyokong pergaduhan ini.

Ketika perkara ini berlaku, Abdullah ibn Ubai (ketua Munafiq) geram apabila melihat pergaduhan ini tidak berlaku. Bahkan beliau merungut atas sikap Ansar yang selama ini banyak memberi bantuan kepada kaum Muhajirin. Lihatlah sikap si munafiq yang suka melihat perpecahan berlaku dan mengambil kesempatan atas emosi dan perselisihan kaum Muslimin. Bahkan munafiq ini juga dilihat tidak suka kebajikan yang dilakukan oleh kaum Ansar terhadap Muhajirin.

5. Perhatikan sikap-sikap ini. Apakah ada dikalangan kita yang lebih mengutamakan orang kafir dari orang beriman? Adakah ada dikalangan kita yang memburukkan Rasulullah atau membela orang yang menghina Rasulullah? Adakah dikalangan kita orang yang suka melihat perpecahan sesama Muslim? Apakah mereka membenci perpaduan Muslim?

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

No comments: