"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, March 30, 2024

15 adab kita yang anak akan cepat tiru.



1 - Panggil orang
Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2 - Bercakap
Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3 - Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4 - Sebut tolong
Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5 - Ketika makan
Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6 - Marah orang
Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7 - Hormat orang tua
Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8 - Sabar
Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9 - Mulut laser
Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10 - Senyum
Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11 - Ucap terima kasih
Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12 - Meminta maaf
Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13 - Mendengar
Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14 - Toleh
Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15 - Mengamuk
Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan salah anak jika dia tak beradab.

Wallahu A’lam,

Pokok Seringan / Meringan




Nama Saintifik: Flemingia Strobilifera

Pokok ini banyak tumbuh liar di tepi jalan dan di kampung-kampung. Cuba tanya saudara atau sahabat yang tinggal di kampung, insya Allah mereka kenal pokok ini.

Khasiat:

1. Membantu melegakan sakit sendi dan saraf.
2. Membantu melancarkan peredaran darah
3. Mengurangkan rasa stress, tegang urat, tegang otot
4. Membantu menghilangkan bau badan
5. Mengurangkan angin di dalam badan
6. Meringankan badan
7. Mencepatkan anak yg lambat berjalan

Untuk Rawat Sakit Saraf:

Ambil daun ini 10 - 15 helai, masak dalam periuk dengan air sampai mendidih. Bila air telah suam bolehlah dijadikan sebagai air mandian. Insya Allah amalkan, badan akan rasa makin ringan, segar dan sakit akan beransur baik.

Untuk Rawat Anak Lambat Berjalan:

Ambil setangkai daun dari pokok seringan ini pukulkan di kaki anak. Jangan pukul kuat. Ini petua orang dulu. Insya Allah, anak cepat pandai berjalan.
Wallahuaklam

*Semoga BERMANFAAT 🥰*

Yusuf (12:105)


Petikan daripada Al-Quran: Yusuf (12:105)

وَكَاَيِّنۡ مِّنۡ اٰيَةٍ فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ يَمُرُّوۡنَ عَلَيۡهَا وَهُمۡ عَنۡهَا مُعۡرِضُوۡنَ‏wa ka`ayyim min āyatin fis-samāwāti wal-arḍi yamurrụna 'alaihā wa hum 'an-hā mu'riḍụn

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.

Saidina Ali bin Abi Talib RA diserang sebelum meninggal

Hari ini 1,405 tahun Hijrah yang lalu, Saidina Ali bin Abi Talib RA diserang sebelum meninggal dunia 2 hari kemudian.

Saidina Ali RA lahir pada tahun 601 Masihi di Makkah. Bapanya Abu Talib adalah pembesar puak Quraisy yang juga bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali RA merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam.

Ketika Rasulullah SAW meninggalkan Mekah ketika peristiwa Hijrah, Saidina Ali RA bertindak sebagai umpan memperdaya musuh Islam dengan tidur di katil Rasulullah SAW, sekali gus menggagalkan rencana membunuh Baginda oleh para penentangnya. 

Sebagai sepupu Rasulullah SAW, Saidina Ali RA menjadi Khalifah ar-Rashidin ke-4 menggantikan Saidina Uthman ibn Affan pada 36H. Namun beliau berdepan tentangan daripada pelbagai puak termasuk Gabenor Syria, Muawiyah bin Abu Sufian dari Bani Umayyah.

2 perang saudara tercetus (Perang Unta & Perang Siffin) dalam tempoh yang dipanggil Fitnah Pertama, membawa kepada pemansuhan Khilafah ar-Rashidin & bermulanya kekuasaan Dinasti Umayyah.

Rentetan Perang Siffin yang berakhir buntu, Saidina Ali RA bersetuju untuk menimbang tara dengan Muawiyah untuk mencari titik pendamaian. Namun ada kumpulan daripada tentera Saidina Ali RA yang tak setuju lalu memberontak. Mereka digelar 'Khawarij' (mereka yang keluar).

Khawarij merumuskan bahawa kemelut Islam berpunca daripada Saidina Ali RA, Muawiyah & Gabenor Mesir, Amr ibn As & mereka bertiga mesti dibunuh untuk menamatkan segalanya. Abd al-Rahman ibn Muljam dipilih untuk menjalankan misi tersebut.

Maka pada hening pagi 19 Ramadan 40H/28 Januari 661M, Ibn Muljam menetak Saidina Ali RA di kepala dengan sebilah pedang beracun ketika beliau sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Besar Kufa, Iraq. 2 hari kemudian, beliau syahid di usia 62/63 tahun.

Jasad Saidina Ali RA dimakamkan di tengah malam gelap di Najaf, Iraq. Sehari kemudian, Ibn Muljam berjaya ditangkap & dihukum mati secara Qisas oleh anak Saidina Ali RA, Hassan RA.

*Gambar: Masjid Besar Kufa di Iraq pada 1915, tempat di mana Saidina Ali RA diserang.

Sumber: World History, Republika Id, Islamic Finder

#PeristiwaHariIni

Al Quran


28

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian la menghidupkan kamu; setelah itu la mematikan kamu, kemudian la menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

KHASIAT AIR BUNGA TELANG, RAWAT PELBAGAI PENYAKIT

*
Nama lain bagi bunga telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan khususnya untuk memberi warna biru dalam masakan dan makanan.

*Mudah sahaja nak buat air bunga telang ini, caranya:*

-Ambil bunga telang, kelopak yang berwarna hijau jangan dibuang.
-Isi air panas ke dalam cawan yang berisi bunga telang tersebut
-Boleh tambahkan jus lemon, perahan limau atau madu untuk meningkatkan rasanya.
-Kemudiankan biarkan selama 20 minit
-Minum sebelum sarapan (disarankan untuk anda yang menghidap kanser)

Menurut sebuah kajian pada tahun 2021, ekstrak bunga telang mungkin dapat meningkatkan hidrasi kulit sebanyak 70% selepas penggunaan. Selain itu, kebaikan mengamalkan air bunga telang ini juga mampu untuk:


*1.Bunga telang mampu mencuci pasir-pasir kotor atau lendir di usus dan buah pinggang.*

*2.Bantu cegah dari kanser.*

*3.Cuci dalaman tubuh, untuk orang yang kuat merokok.*

*4.Merawat kencing manis.*

*5.Membantu merawat asma.*

*6.Bantu betulkan kitaran haid.*

*7.Menggalakkan pertumbuhan rambut.*
Semoga bermanfaat untuk semua.

Selamat menCuba...

Lompat Tikam


yuhuuuuu minum petang terajin kehhh..sng je nk buatnya...💐lompat tikam cik acar in d'houz💐abaikn bekas2 yg xbrpa nk lawo tuu jnji rasa sedap😋



🌺Pulut🌺
2 cawan pulut
2 cawan air
pewarna merah
sehelai daun pandan
secubit garam
masak pulut pakai rice cooker jer

🌺Lapisan Hijau🌺
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 helai daun pandan *
1 cawan air*
blendkn bahan bertanda *
2 cawan santan cair
secubit garam
1 sudu besar gula
hujung sudu teh kapur makan
masukkn semua bahan dn kacau rata
masakkan diatas api perlahan kacau hingga pekat.sentiasa kacau supaya tidak berketul.

🌺Bahagian Putih🌺
2 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
secubit garam
adun semua bahan jgn bagi berketul
masakkan atas api kecil kacau sehingga sekali mendidih.

🌺Air Gula🌺
2 cawan air
seketul gula anau @ 3 keping  gula melaka
masak sehingga agak pekat

Potong bahagian hijau,putih,pulut dn air gula siap dihidang.

*TIPS MENJELANG 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN*

*◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*


1. Mulailah dengan niat yang bersih dan tulus. Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksima, bersiaplah untuk memaksimakannya. Jika benar-benar ingin memperbaikinya, masih ada waktu! 

2. Hari ini, bacalah tafsir surah al-Qadr, dan fahami apa yang sesungguhnya berlaku pada Laylatul Qadr. Kau akan merasai keagungan dan kekuatannya, in sya Allah.

3. Jangan menunggu hingga malam ke 27 untuk mengerahkan segalanya. Seluruh malam dari 10 malam terakhir seharusnya jadi targetmu. Bangunlah setiap malamnya. Jangan sampai Laylatul Qadr berlalu begitu saja.

4. Ikutilah sunnah Nabi ﷺ. Tuntunan beliau adalah, "Barangsiapa yang berjaga (tidak tidur) dan berdoa pada malam Laylatul Qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni." 

5. Hafalkan doa Laylatul Qadr yang diajarkan Rasulullah ﷺ ini, "Allaahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu'annii" (Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan menyukai pengampunan, maka ampunilah aku).

Kredit: Sheikh Tawfique Chowdhury.

Allahumma ballighna Laylatal Qadr.🤲🤲🤲

#Ramadan
#10MalamTerakhir
#AbuFaqihCentre
#MengajiSepanjangHayat
#MogaBermanfaat
#SebarkanIlmu

--------------------------------------

✨ _“Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”_ (HR. Muslim, no. 1893)

19 Ramadan 1445H30 Mac 2024M



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kadangkala atau bahkan mungkin sering kali, orang menyangka yang dikatakan bersaudara itu hanyalah rakan baiknya, teman rapatnya, sahabat sejamaahnya atau saudara mara dan kerabatnya.

Namun pada hakikatnya, semua orang yang beriman itu adalah bersaudara.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ 

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
(Al Hujurat: 10)

Oleh itu, tunaikanlah segala hak-hak saudara keimananmu itu.

Di antara perkara yang sering merosakkan ruh ukhuwwah dan silaturrahim ialah bila mana kita sering menghukum sesuatu yang kita tidak nampak.

Niat seseorang.

Keikhlasan seseorang.

Apa yang sedang difikirkan.

Sesuatu yang belum berlaku.

Dan banyak lagi...

Sedangkan yang maha mengetahui tentang semua hanyalah DIA, ALLAH 'azza wa jalla, Al 'ALIM, AL KHABIR.

وَإِن تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى 

Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahasia dan yang lebih tersembunyi.
(Taha: 7)

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ  

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.
(Ghafir: 19)

وَاتَّقُوا اللَّـهَ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ 

Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengetahui isi hati(mu).
(Al Maidah: 7)

إِنَّ اللَّـهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ  

Sesungguhn ya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Luqman: 34)

Oleh kerana itu, hati-hatilah dengan jahat sangka kerana ianya adalah perosak ukhuwwah dan silaturrahim.

Kerana dosa ukhuwwah jadi retak...

 عن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول: 
المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله ـ ويقول: 
والذي نفس محمد بيده؛ ما تواد اثنان ففرق بينهما، إلا بذنب يحدثه أحدهما

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Seorang muslim itu saudara seorang muslim (yang lain). Ia tidak menzaliminya, ia tidak membiarkannya".

Dan Baginda bersabda lagi: “Dan Demi Zat yang diri Muhammad di TanganNya, Tidaklah dua orang saling mengasihi , kemudian keduanya berpisah (kerana berselisih), melainkan pasti disebabkan oleh dosa yang dilakukan salah seorang di antara keduanya.” 
(Hadith Riwayat Ahmad)

Justeru, apabila seorang muslim itu mula merasakan kelainan sikap dari saudaranya, maka hendaklah ia bermuhasabah menilai dirinya sendiri terlebih dahulu, mungkin ia telah melakukan dosa seperti mengumpat, mencerca, bersangka buruk atau perlakuan-perlakuan dosa yang lain. Tambah kalau dosa itu dilakukan terhadap csadaranya itu sendiri. Jika benar, maka hendaklah ia segera bertaubat dan mohon kemaafan agar cinta dan kasih sayang saudaranya akan kembali bersemai padanya...

~ Abu Imtiyaz ~

Manusia, Al-Quran dan Ramadan



Tahukah kita siapakah sebaik-baik manusia? Adakah kita tergolong dalam kalangan sebaik-baik manusia?

Pelbagai kriteria dan ciri boleh kita sebut yang menunjukkan seseorang itu terbaik. Mari kita lihat siapakah sebaik-baik manusia menurut Rasulullah SAW dalam hadis baginda.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (HR Bukhari no. 5027).

Al-Quran adalah firman Allah SWT bersifat mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang tertulis dalam mashaf, disampaikan secara mutawatir dan berpahala ibadah apabila membacanya. Al-Quran juga adalah sumber utama hukum syariat Islam serta panduan hidup yang mengandungi keterangan petunjuk serta penjelasan yang benar dan salah.  Firman Allah SWT:

هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ

(Al Quran) sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (al-Baqarah, 185). 

Ibn Kathir menjelaskan hadis ini bertujuan menjelaskan sifat-sifat orang Mukmin yang meneladani para rasul untuk memberikan manfaat kepada diri mereka dan melebar manfaatnya kepada orang lain yang mengikutinya (Fadail al-Qur’an, 1/126) melalui mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.

Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa orang yang belajar al-Quran mendapat kebaikan walaupun tidak mengajarkannya. Namun, orang yang belajar al-Quran dan kemudian mengajarkannya kepada orang lain akan mendapat kebaikan lebih banyak kerana mendapat manfaat sebagai (guru) yang diikuti (Fath al-Bari, 9/76). 

Hadis ini juga menjelaskan kemuliaan dan kelebihan bagi mereka yang mempelajari al-Quran. Bagi mereka yang telah belajar dan berkemampuan, mereka dituntut mengajarkannya pula kepada orang lain. Belajar al-Quran adalah dengan maksud mempelajari cara bacaan terutama secara musyafahah, memperbetulkan sifat huruf dan makhraj serta bertajwid bagi mencapai bacaan yang tartil.

Mereka yang tidak tahu membaca al-Quran, wajib mempelajarinya walaupun sudah berusia tanpa rasa malu.

Setelah berilmu, dituntut pula menjadi guru al-Quran kerana banyak ganjaran pahala bagi ilmu yang dimanfaatkan, lebih-lebih lagi ilmu al-Quran yang sentiasa dibaca oleh murid. 

Kita juga dituntut bertadabbur dengan merenungi ayat al-Quran, memahami dan mengamalkan isi kandungannya. Jika mempunyai kemampuan, hafaz dan belajarlah ilmu-ilmu al-Quran, antaranya tafsir, asbab al-nuzul, nasikh mansukh dan sebagainya. 

Al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadan adalah kitab hidayah, justeru jangan biarkan sebagai hiasan rak rumah dan masjid sahaja. Bergeraklah kita menjadi umat Muhammad yang terbaik di muka bumi ini dengan mempelajari, membaca dan menghayati al-Quran.

Terdapat hadis lain yang menjelaskan kelebihan ahli al-Quran, antaranya diangkat darjat di sisi Allah SWT serta pemberi syafaat pada hari akhirat kelak. Kelebihan bukan hanya untuknya sahaja malah untuk kedua ibu bapanya.

Daripada Buraidah al-Aslamiy RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ  وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا  فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ  فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ  ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا  فَهُوَ فِي صُعُودٍ  مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا

“Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia.

Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al-Qur’an)”. [Riwayat Ahmad, 38/42, no. Hadith 22950] al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan sanad hadis ini hasan. 

Mari kita jadikan Ramadan kali ini sebagai bulan al-Quran dengan banyak membaca, menghayati dan mengajarnya.

Friday, March 29, 2024

SEBARKAN KEBAIKAN




*Satu peluru hanya boleh menembus satu kepala, namun sebaris tulisan kebaikan mampu menembusi ribuan, bahkan jutaan kepala.*

*Teruskanlah sebarkan kebaikan walaupun tanpa kita dikenali, meskipun hanya dengan tulisan sahaja.*

*Seorang yang baik,*
*Setiap detiknya adalah berharga hingga disosial media pun dia jadikan sebagai ladang amal dan pahala.*
*Semoga hari ini..*
*Awalnya INDAH..*

*Tengahnya MUDAH..*
*Hujungnya BERKAH..*
*Aamiin.*
*In Syaa Allah…*

Magic

KALAM HIKMAH.` `KEJUJURAN


ও━━━━༺♦📖♦༻━━━━ও

`اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ`
`بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ`
`♡اللٌَــهـُـمٌَ صَـلِّ عَـلَـى سـَـيْـدِنَـا مـُـحَـمٌَــدٍ وَعَـلَى آلِــہِ وَصَـحْـبِــہِ وَبَـارِك وَسَـلِّـم♡`


`📖.`

```Berpegang teguhlah pada kebenaran, meski kebenaran itu akan membunuhmu.
(Umar bin Khattab)

Sedekat apapun dengan seseorang. Amatlah sulit untuk mengetahui isi hatinya. Namun dapatlah dikira bagaimana isi hatinya dari lisan yang dikeluarkannya dan hasil perbuatan nyata. 

Biarpun isi hati disembunyikan dengan manisnya tutur kata, kelak, ALLAH akan menampakkanya pada sikap dan prilakunya. 
Belajar untuk jujur pada diri sendiri, karena itu kunci kejujuran pada orang lain.

Hargai sahabat yang hadir untuk mengingatkanmu, dengan melakukan perubahan sikap dan prilakumu, karena yang hadir manis didekatmu bisa jadi akan mendorongmu ke api membara.

Hati-hatilah dengan nafsumu, jangan mengolah kata, mempengaruhi orang-orang disekitarmu untuk setuju dengan perbuatan salahmu. 

Janganlah hidup di bawah kecurangan karena hidup hanya sebentar, manfaatkan sisa umur untuk kebaikan..```


*━━━♡𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭♡━━━*

`♡اللٌَــهـُـمٌَ صَـلِّ عَـلَـى سـَـيْـدِنَـا مـُـحَـمٌَــدٍ وَعَـلَى آلِــہِ وَصَـحْـبِــہِ وَبَـارِك وَسَـلِّـم♡`

╭────────────────────────
╰─➤ *ⓘ* 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐬𝐡𝐚𝐫𝐞 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 🅜🅐🅕🅘  . *!*

Liptint

Liptint

Biskut Coklat Chip




Ramuan

Bahan A

250 gram marjerin Pelangi

1 cawan brown sugar (boleh kurangkan lagi sekiranya nak kurang manis)

1 sudu kecil esen vanilla

1 biji telur gred A

Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum (diayak terlebih dahulu)

1/2 cawan tepung jagung (diayak terlebih dahulu)

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil soda bikarbonat

6 sudu besar minyak

Bahan C

300 gram coklat chips (pilih size kecil)

Langkah-langkah

1 Campurkan kesemua bahan A

2 Gaul rata

3 Kemudian, masuk kan bahan B

4 Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan B

5 Selepas rata, masukkan coklat chips ke dalam adunan. Kacau rata.

6 Masukkan adunan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit

7 Panaskan oven sebelum masukkan adunan yang telah dibentuk kan.

8 Bentuk kan adunan bulat kecil, dan jarak kan sedikit antara adunan untuk biskut mengembang.

9 Bakar pada suhu 160 degree selama 20 minit.

10 Kemudian rehat kan sekejap biskut sebelum dipindahkan ke bekas lain.

*Let's try 🥰*

GANJARAN MEMBACA SURAH AL KAHFI PADA HARI JUMAAT



Kelebihan membaca al-Quran itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar walaupun seseorang itu tidak faham bahasa Arab.

Justeru, mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan.

Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadis-hadis yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya : 

"Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur'an" 
( H.R Bukhari, Kitab Fadha'il Al-Qur'an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898)

Rasulullah bersabda: 
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Juma'at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum'at."
(HR. An-Nasa'i & Baihaqi)

Bacalah sentiasa kita sebagai Hamba Allah yang Maha berkuasa dan ambil lah manfaat dariNya.

Wallahualam.

Tradisional Orang Cina Untuk Sakit Pinggang




Pokok Telinga Kera. Pokok ini bagus dalam merawat sakit buah pinggang dan melancarkan peredaran darah ( yang sihat pun boleh minum ). Selain itu, air rebusan daun periuk kera juga mampu untuk melawaskan pembuangan air kencing.

Petua ini dapat dari seorang rakan. Katanya, beliau pula mendapat tahu tentang khasiat pokok telinga kera ini daripada doktor buah pinggang berbangsa cina.

Bahan- Bahan Untuk Membuat Air Rebusan Pokok Telinga Kera
Untuk buat air minuman:

1. 20 helai daun telinga kera 
2. 1 kg kurma cina merah

Cara Penyediaan Air Pokok Telinga Kera:

-Daun dicuci bersih. Masuk dalam periuk. Rebus dgn kurma cina merah. Reneh selama 1/2 jam api perlahan. Kemudian tapis. Ambil airnya. Tambah air. Rebus lagi sampai kurma tanggal dari biji. Tapis, campurkan dengan air rebusan yg pertama. Simpan dalam botol, dalam peti ais. Dibuat minuman harian. Insya Allah akan menyembuhkan buah pinggang.