"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Akhir 1441H☆


وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسۡنࣰا

"Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik" [Surah al-Baqarah 83]

#Islam mengajar umatnya agar sentiasa mengungkapkan kata-kata yang baik dan enak untuk didengari. Jangan sesekali menggunakan perkataan yang kasar, keji dan kotor walaupun ketika bergurau senda.

#Kebanyakan daripada kita pada hari ini kurang menjaga adab dalam pergaulan sesama kita terutama ketika bergurau senda. Semakin maju zaman, semakin manusia jauh dari akhlak yang mulia. Perangai jahiliyah dan kekerasan masih meliputi sebahagian kaum muslimin. Padahal Islam mencontohkan agar umatnya berakhlak mulia, di antaranya adalah dengan bertutur kata yang baik di mana-mana sahaja berada.

#Terdapat beberapa adab dan etika ketika pergaulan dan saat bergurau senda, antaranya:

1. Niat bergurau untuk eratkan hubungan persaudaraan dan silaturrahim serta untuk menghiburkan hati yang lara.
2. Tidak berlebihan dalam bergurau kerana boleh menyebabkan orang lain hilang hormat kepada kita.
3. Tidak menipu, menghina dan tidak menggunakan gelaran yang mengaibkan seseorang semasa bergurau.
4. Tidak memfitnah seseorang dengan sesuatu yang tidak benar
5. Tidak berbohong
6. Bergurau bukan untuk tujuan memperolehi keuntungan atau populariti.
7. Bukan tujuan mengusik atau mengenakan orang (prank)
8. Jangan usik maruah dan harga diri seseorang.
9. Tidak mendatangkan kecederaan kepada fizikal
10. Jangan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang lain.

#Daripada Abu Syuraih r.a, ia berkata kepada Rasulullah saw:

يَا رَسُولَ اللَّهِ، دُلَّنِي عَلَى عَمِلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ

“Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang dapat memasukkanku ke dalam syurga.” Baginda bersabda:

إِنَّ مِنْ مُوجِبَاتِ الْمَغْفِرَةِ بَذْلُ السَّلامِ، وَحُسْنُ الْكَلامِ

“Di antara sebab mendapatkan ampunan Allah adalah menyebarkan salam dan bertutur kata yang baik" (HR at-Thabrani)

♡Jom hiasi tutur kata kita dengan bahasa dan intonasi yang baik dan menarik walaupun ketika bergurau senda. Jangan sesekali melampaui batas yang telah ditetapkan Allah dan RasulNya♡

No comments: