"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 22 Jumadal Akhirah 1441H☆


 ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِی خَلَقَ * خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ * ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *  ٱلَّذِی عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ * عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ یَعۡلَمۡ

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" [Surah al-Alaq 1-5]

#Di antara tonggak terpenting kemuliaan Islam dan kekuatannya ialah ilmu. Adalah menjadi hikmah terbesar apabila Allah swt menjadikan mukjizat Rasulullah saw yang terhebat dikalangan para Rasul ialah al-Quran, yang terpancar daripadanya ilmu Allah yang tiada tolak bandingnya dan tidak akan habis-habis.

قُل لَّوۡ كَانَ ٱلۡبَحۡرُ مِدَادࣰا لِّكَلِمَـٰتِ رَبِّی لَنَفِدَ ٱلۡبَحۡرُ قَبۡلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَـٰتُ رَبِّی وَلَوۡ جِئۡنَا بِمِثۡلِهِۦ مَدَدࣰا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku (ilmu Allah), walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan" [Surah al-Kahfi 109]

#Membaca, menulis dan beramal adalah alat mencari dan memelihara ilmu. Rasulullah saw bersabda:

قَيِّدُوا الْعِلْمَ بِالْكِتَابِ

“Ikatlah ilmu dengan menulisnya" (Silsilah as-Shahihah)

#Asy-Sya’bi rahimahullah berkata:

إِذَا سَمِعْتَ شَيْئًا فَاكْتُبْهُ وَلَوْ فِي الْحَائِطِ

“Apabila engkau mendengar sesuatu ilmu, maka tulislah meskipun pada dinding".

#Berkata hukamak:

قيد العلم بالعمل

“Ikatlah ilmu dengan mengamalkannya”.

#Semua ilmu yang benar berpandukan petunjuk Allah, samada ilmu akhirat ataupun dunia dan sememangnya dunia dan akhirat itu tidak boleh dipisahkan. Al-Quran menjadi petunjuk dan Rasulullah saw adalah contoh teladan melaksanakan petunjuk itu. Maka al-Quran dan sunnah Rasulullah saw adalah sumber utama kepada ilmu Islam.

#Di zaman awal Islam, Khalifah Umar bin al-Khattab r.a menetapkan kepada setiap pasukan tentera yang membebaskan seluruh wilayah daripada penjajahan akan disertai oleh para ulamak di kalangan para sahabat, bukan sahaja menjadi pemandu ilmu kepada pasukan tentera Islam bahkan bertanggungjawab menyebarkan ilmu Islam di setiap wilayah yang di tawan.

#Khalifah Umar bin al-Khattab menegaskan dalam kata-katanya: "Ya Allah, ya Tuhanku!! Sesungguhnya aku hantarkan para pemimpin di seluruh pelusuk, supaya mereka berlaku adil dan menyebarkan ilmu kepada manusia berkenaan Islam dan ajaran nabi saw serta membahagikan bantuan kepada mereka semua". Akhirnya perkembangan ilmu Islam berlaku mengikut peranan pemimpin dan para ulamak sahabat kepada mereka semua.

#Berkata Sayidina Mu’az bin Jabal r.a:

العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ

“Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan itu berada di belakang setelah adanya ilmu.”

♡Inilah faedah dan kepentingan ilmu yang perlu diambil berat oleh seluruh umat Islam agar setiap urusan hidup kita dipandu sepenuhnya dengan ilmu yang benar dan tepat♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim 

No comments: