"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, April 24, 2010

Sukar ramal koma

KOMA yang disebabkan oleh kecederaan otak boleh membawa kesan besar terhadap pesakit kerana ia membabitkan bahagian yang mengawal fungsi tubuh. - Gambar hiasan

HATI mana yang tidak rawan apabila melihat anak yang selama ini membawa keceriaan kini hanya mampu terlantar di atas katil. Sesekali apabila teringat keletahnya yang selama ini lincah dan menghiburkan seisi keluarga, air mata mula membasahi pipi.

“Ibu bapa mana pun tidak akan sampai hati untuk melihat keadaan anak yang terlantar begini. Dia masih muda untuk melalui semua kesakitan ini.

“Namun, saya bersyukur. Nyawanya masih panjang walaupun sudah lebih setahun dia koma.

“Semangatnya yang kuat memberi kami harapan untuk melihatnya sembuh seperti biasa,” ujar Othman Awang, 54.

Bapa kepada Noorizzati, 10, sudah puas menangis mengenangkan nasib anak keempat daripada lima beradik itu. Noorizzati dimasukkan ke hospital 29 Mac 2009 selepas pengsan di rumah.

“Pagi itu Izzati bangun seperti biasa untuk ke sekolah. Masa (dia melangkah) mahu ke bilik air, dia kata sakit tengkuk. Saya pun fikir itu cuma lenguh biasa. Saya capai botol minyak angin lalu mengurut belakang lehernya.

“Tak lama kemudian, anak saya muntah-muntah dan terus pitam. Kami bawa dia ke Hospital Sungai Petani sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar,” kata Othman ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini.

Menurut Othman, anaknya yang terlantar di hospital itu koma disebabkan masalah saraf. Selepas 13 bulan tidak sedarkan diri, anaknya kini hanya mampu menggerakkan jari tangan dan kaki.

“Memang tak sangka kejadian ini boleh menimpa Izzati. Sebelum ini dia tidak ada masalah kesihatan dan sentiasa ceria. Malah sehari sebelum kejadian itu, dia masih rancak bermain dengan kawan-kawannya.

Otak bengkak

“Sekarang isteri saya, Rokiah Yusof, 45, menunggunya di hospital.

“Dua minggu sekali, saya akan menaiki bas dari Baling ke Alor Setar untuk menjaga Izzati sementara isteri pulang dan berehat di rumah,” cerita Othman yang meraih pendapatan sebagai penebang pokok.

Lebih memilukan, dia terpaksa meninggalkan anak bongsunya yang berumur dua tahun untuk dijaga saudara-mara atau jiran setiap kali keluar bekerja.


KEMALANGAN jalan raya merupakan punca utama koma.

Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur, Dr. Mohammed Saffari Mohammed Haspani, koma adalah suatu situasi kecemasan menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri dan tidak boleh memberi tindak balas walaupun diberi rangsangan yang menyakitkan.

Bukan sekadar itu, koma juga akan menyebabkan tahap kepekaan pesakit terhadap keadaan sekeliling menjadi amat rendah.



“Koma boleh terjadi atas pelbagai sebab termasuk kecederaan otak, penyakit kritikal seperti kencing manis, buah pinggang, sawan, strok, ketumbuhan dalam otak dan jangkitan kuman yang telah merebak ke dalam otak dan selaput luarnya.

“Bagaimanapun, kemalangan jalan raya adalah punca utama koma, malah setiap hari ada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerananya,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Jelas Saffari, koma yang disebabkan oleh kecederaan otak boleh membawa kesan besar terhadap pesakit kerana ia membabitkan bahagian yang mengawal fungsi tubuh.

Pesakit yang datang dengan kecederaan parah pada bahagian kepala dan tulang belakang turut berisiko mengalami masalah otak membengkak dan lebam selain kecederaan pada tisu otak serta retak tempurung kepala.

Selain itu, pesakit yang mengalami kerosakan pada pangkal otak juga boleh mengalami koma kerana kecederaan itu boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas, anak matanya mengecil dan berdepan dengan masalah-masalah lain.

Pengsan

Menurut Saffari, keadaan pesakit ketika dibawa ke hospital bakal menentukan keputusan akhir ujian atau pemeriksaan terhadap pesakit koma.

“Pesakit koma perlu dibawa terus berjumpa paramedik untuk didiagnosis.

“Memandangkan pesakit tidak sedarkan diri, maklumat yang diberitahu oleh orang yang menghantar (pesakit) sangat membantu pakar perubatan untuk menetapkan kaedah rawatan terbaik.

“Adakalanya, pesakit yang tenat memerlukan pembedahan segera. Sekiranya terdapat pesakit yang tidak sedarkan diri, jangan ambil mudah (kes itu) dengan menganggapnya hanya pitam.

“Membiarkan pesakit pengsan boleh memburukkan keadaan dan mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk. Malah, kelewatan memberi rawatan kepada mereka boleh membawa kepada kematian,” ujarnya.

Saffari yang mempunyai pengalaman 24 tahun dalam bidang kaji saraf menjelaskan beliau sering dihujani persoalan seperti bila dia akan sedar, adakah peluangnya untuk hidup tinggi atau adakah dia perlu bergantung kepada orang lain selepas sedar?

Rasa sakit

“Ia sesuatu yang sukar untuk dijawab. Kita tidak boleh meneka sebaliknya perlu melihat kepada situasi kesihatan pesakit.

“Ada pesakit koma beberapa jam sahaja dan ada yang koma berhari-hari. Saya juga sering berdepan dengan kes koma yang makan masa berbulan-bulan malah ada juga yang tidak sedarkan diri lebih dari setahun.

“Kebiasaannya pesakit kanak-kanak atau orang muda lebih cepat sedar berbanding warga emas.

“Disebabkan itu, cara rawatan yang diberikan juga berbeza. Untuk golongan muda, rawatan yang diberikan adalah lebih agresif,” jelasnya.

Tahap koma pesakit pula boleh ditentukan melalui siri pemeriksaan dan ujian.

Menurut Saffari, pakar perubatan akan memberi sedikit rangsangan kepada pesakit untuk melihat tindak balasnya.

Sekiranya tiada tindak balas, pesakit akan diberi sedikit rangsangan kesakitan. Pada peringkat ini, ada pesakit yang mampu sedar namun kembali koma.


KECEDERAAN serius di kepala dikaitkan secara langsung dengan situasi koma.

Namun, sekiranya pesakit langsung tidak memberi sebarang tindak balas walaupun dirangsang rasa sakit, mereka akan dikelaskan dalam peringkat koma yang paling teruk.

“Doktor akan menilai tahap koma pesakit berdasarkan tindak balas yang diberikan berpandukan Skala Koma Glasgow.

“Dalam penilaian itu, terdapat tiga komponen penting yang memberi petunjuk bahawa pesakit tersebut mampu berinteraksi dengan rangsangan iaitu membuka mata, respons lisan dan respons motor atau pergerakan,” jelas Saffari.

Setiap ujian rangsangan tersebut berperanan dalam menentukan indeks koma pesakit sama ada peringkat jaga, tidak bertenaga, stupor iaitu tidak boleh berfikir atau mendengar dan koma.

“Skala minimum adalah tiga, mewakili koma yang kritikal dan nilai maksimum ialah 15, mewakili keadaan koma yang tidak teruk.

“Bagaimanapun, bacaan pada skala ini boleh berubah. Ada pesakit yang datang dengan bacaan 13 dan beberapa jam berikutnya, skala menurun kepada 10 atau lapan menjadikan kes itu sebagai kritikal.

“Sebanyak 40 peratus daripada kebanyakan kes koma dengan bacaan lapan akan berakhir dengan kematian,” jelasnya.

Myopia di kalangan kanak-kanak

SEKITAR 20 tahun lalu, fenomena kanak-kanak memakai cermin mata bukanlah sesuatu yang biasa. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Hanya dua sebab utama yang dikaitkan dengan golongan ini ketika itu, satu disebabkan faktor keturunan dan satu lagi kanak-kanak mungkin 'ulat buku.'

Namun kini, situasinya berubah. Tidak kira di mana-mana, semakin ramai kanak-kanak yang terpaksa memakai cermin mata. Malah ada yang seawal usia enam atau tujuh tahun mula mengadu kabur penglihatan terutama untuk pandangan jauh.

Keadaan ini dinamakan myopia (rabun jauh). Biasanya ia disedari oleh guru yang mengajar kanak-kanak tadi apabila mendapati mereka seakan mengecilkan dan menggosok-gosok mata setiap kali memandang ke arah papan hitam.

Prof. Brien Holden dari Carl Zeiss Vision Institute berkata, myopia berlaku kepada 1.6 bilion penduduk seluruh dunia dan angkanya meningkat dengan pantas setiap tahun terutama melibatkan golongan kanak-kanak.

"Pada tahun 2020, dijangkakan jumlahnya akan meningkat hingga 2.5 bilion. Jadi apakah penyelesaiannya?" soal beliau ketika ditemui pada pelancaran kanta Myovision di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di Malaysia sahaja katanya, daripada jumlah 12.5 juta penduduk yang mengalami myopia, 7 juta adalah mereka yang berusia di bawah 16 tahun.

"Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun sahaja berjumlah 2.1 juta orang. Ini merupakan satu angka yang tinggi dan membimbangkan," katanya.

Menurut beliau, mata kanak-kanak membesar dari lahir dan mencapai saiz yang stabil pada satu ketika. Daripada memiliki pandangan sempit ketika lahir, mata akan membesar dan berkembang antara tahun pertama atau kedua untuk menghasilkan pandangan normal.

Ketika mata sedang berkembang, ia bergantung kepada beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran.

Ketika ini ibu bapa patut berjaga-jaga dan memastikan anak melalui pengalaman visual yang seimbang.

Apakah myopia?

Ketika kecil, kita mungkin sering disuruh makan lobak merah untuk mendapatkan penglihatan yang baik.

Namun, tahukah anda seberapa banyak pun lobak merah yang anda makan tidak membantu menghalang daripada seseorang itu menghidap myopia.

"Myopia adalah keadaan yang berlaku pada mata, bukan penyakit," kata Prof. Holden.

Secara asasnya, ia berlaku apabila bebola mata terlalu panjang atau sistem lensa pada mata terlalu kuat. Dalam dua-dua keadaan, imej objek dipantul di depan retina, yang mana kawasan sensitif visual terletak di belakang mata menyebabkan imej kelihatan tidak jelas.

Individu dengan myopia boleh melihat objek dekat dengan jelas namun kabur pada pandangan jauh.

Terdapat pelbagai bentuk myopia bergantung pada peringkat umur mana ia berlaku.

l Peratusan kecil (satu hingga dua peratus) kanak-kanak dilahirkan dengan myopia, dikenali sebagai Myopia Kongenital.

l Youth Onset Myopia, paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur antara enam hingga 16 tahun. Ia berbeza di setiap negara antara 10 peratus hingga 80 peratus.

l Adult Onset Myopia, terbahagi kepada dua iaitu awal dan lewat. Berlaku pada jumlah yang kecil di dalam sesuatu negara, antara lima hingga lapan peratus.

Punca

Satu kajian yang dijalankan menunjukkan myopia berpunca daripada kombinasi semula jadi dan persekitaran.

"Faktor keturunan memainkan peranan utama. Jika ibu dan bapa penghidap myopia, maka kemungkinan anak mendapat myopia adalah tinggi iaitu sekitar 30 hingga 40 peratus," kata Prof. Holden.

Buktinya kata beliau, keadaan myopia di kalangan masyarakat Jepun, China dan Korea lebih tinggi berbanding di kalangan masyarakat Eropah, Amerika Syarikat atau Afrika.

Bagi seorang ibu atau bapa yang mengalami masalah ini pula, kemungkinan mendapat myopia sekitar 20 hingga 25 peratus.

Namun myopia juga berlaku bukan disebabkan keturunan iaitu kurang 10 peratus.

Keadaan persekitaran turut mempengaruhi keadaan ini. Kurang aktiviti luar paling mendedahkan individu kepada myopia.

"Menonton televisyen dengan kerap tidak semestinya menyebabkan myopia. Pastikan anda tahu jarak yang selamat, namun yang paling penting, aktiviti luar membantu anda mengelak daripada masalah kesihatan," katanya lagi.

Jelas beliau, peningkatan masalah myopia di kalangan penduduk Asia terutama di bandar banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada kerja visual dekat.

Sebagai contoh, kajian menunjukkan terdapat perangkaan yang tinggi masalah myopia di kalangan kanak-kanak di Shanghai, Seoul dan Osaka berbanding di kawasan pedalaman.

Antara faktor penyumbang myopia:

belajar
paras kerja visual dekat (membaca)
jarak kerja dekat (penggunaan komputer)
waktu menonton televisyen
tempoh penggunaan komputer
pencahayaan
persekitaran rumah dan tempat belajar/ berkerja
masa terlibat dengan aktiviti dalam dan luar rumah
Rawatan konvensional

Kaedah yang banyak digunakan untuk memperbaiki myopia adalah penggunaan cermin mata kanta tradisional.

Penggunaan kanta negatif memperbaiki pandangan dengan meletakkan imej tepat pada retina, membolehkan individu dengan masalah ini mampu melihat dengan jelas.

Bagaimanapun, ia tidak melambatkan keadaan myopia di kalangan kanak-kanak.

Kanta lekap turut digunakan oleh individu yang mengalami myopia, kebanyakannya dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.

Perbaiki myopia

"Anda tidak boleh merubah genetik mendapat myopia. Namun terdapat langkah yang mampu meminimumkan perkembangannya," kata beliau.

Dengan kanta teknologi Vision CRC positif, imej akan dipantul tepat ( atau hampir tepat) pada bahagian retina.

Berbanding kaedah lama penggunaan kanta negatif, imej akan dipantulkan pada bahagian belakang saraf periferal retina.

Cara mengurangkan myopia di kalangan kanak-kanak:

Periksa mata seawal usia enam atau tujuh tahun. Penggunaan kanta yang betul mampu menghalang perkembangan keadaan ini daripada menjadi lebih teruk.
Galakkan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti luar.
Seperti pemeriksaan gigi, bawa anak berjumpa pakar optometri setiap enam bulan sekali bagi memeriksa tahap kesihatan mata mereka (andai mempunyai masalah mata).
Jangan biarkan anak terlalu dekat ketika melakukan kerja penumpuan penglihatan. Mereka sepatutnya membaca tidak kurang daripada 30 sentimeter dan sekiranya menonton televisyen, jarak minimum adalah tiga meter. Andai melakukan aktiviti tumpuan penglihatan dekat, rehat selama dua minit setiap setengah jam. Ambil masa untuk lihat pandangan jauh (luar tingkap atau pemandangan hijau).
Pencahayaan baik perlu untuk semua aktiviti.
Lakukan aktiviti luar rumah sekurang-kurangnya satu jam setiap hari. Aktiviti yang baik antaranya bermain bola sepak, tenis, olahraga dan sebagainya.
Kaedah alternatif memperbaiki myopia:

Kanta progresif kanak-kanak
Boleh mengurangkan perkembangan myopia, namun kesannya kecil dan tidak konsisten.

Ortokeratologi
Penggunaan kanta lekap keras untuk meratakan bentuk kornea ketika tidur. Ia memerlukan penjagaan yang teliti dari segi kebersihan.

Ubat titis farmakeutikal
Beberapa kajian menunjukkan penggunaan ubat titis Atropine dan Perenzipine mampu membantu mengurangkan perkembangan myopia. Kesan jangka panjang penggunaan ubat ini belum dikenal pasti.

Pembedahan refraktif Lasik
Lasik adalah prosedur surgikal yang mengubah bentuk kornea bagi memperbaiki myopia. Ia hanya dilakukan kepada orang dewasa selepas keadaan myopia stabil.

Panduan memilih dan menjaga cermin mata:

Boleh memilih bingkai mengikut fesyen semasa, tetapi harus bersandarkan keselesaan si pemakai.
Bingkai plastik sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tahan lasak.
Cuci kanta dengan pembersih khas atau sabun biasa dan lap sehingga kering.
Simpan di dalam bekas khas atau tempat selamat ketika tidak memakainya.

Kasih sayang pulihkan skizofrenia

RAI MAN berusia 30 tahun dan masih bujang. Dia menyewa sebuah pangsapuri di sekitar ibu kota. Sebelum memegang jawatan eksekutif di sebuah bank, dia pernah beberapa kali bekerja di tempat lain.

Ibunya seorang janda dan tinggal bersama anak sulungnya yang sudah berkahwin. Bapa Rai Man meninggal dunia sejak dia berumur 18 tahun. Hubungan Rai Man dengan bapanya amat renggang dan mereka jarang berkomunikasi dalam suasana yang mesra.

Mengikut kalendar Cina, Rai Man dilahirkan pada tahun naga - dipercayai membawa sial kepada bapanya. Sejak kelahirannya, bapanya mengidap penyakit paru-paru dan menghadapi kesukaran untuk menyara kehidupan seisi keluarga. Malang tak berbau, si bapa mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya patah. Dalam keadaan yang melarat, si ibu terpaksa membantu menjaga anak orang lain untuk menampung rezeki. Sejak kecil, Rai Man tidak pernah menikmati perasaan kasih sayang daripada bapanya. Dia amat mendahagakan belaian dan manja daripada bapanya namun hasrat itu hanya tinggal impian.

Sejak bapanya meninggal dunia, hubungan seisi keluarga menjadi renggang. Rai Man jarang meluahkan perasaan kepada sesiapa. Kebelakangan ini, Rai Man menjadi amat tidak bermaya untuk bekerja. Dia sentiasa memberitahu kawan sekeliling bahawa ada orang ingin meragut nyawanya. Ketika di rumah atau di pejabat, Rai Man suka bersendirian dan bercakap seorang diri. Rakan sejawat serta ahli keluarga mula mengesan perbezaaan yang ketara dalam tingkah lakunya. Mereka berasa hairan mengapa Rai Man berkelakuan aneh dan seolah-olah hidup dalam fantasi.

Rai Man tidak datang ke pejabat selama tujuh hari berturut-turut tanpa memaklumkan majikannya. Ibu dan ahli keluarga yang bimbang dengan perkembangan itu mendampingi Rai Man untuk mengetahui masalah sebenar pemuda itu. Menurut Rai Man, kebelakangan ini dia diekori seseorang dengan tujuan merompak dan membunuhnya. Ketika mencurahkan perasaan hati, air mukanya cemas dan badannya menggeletar. Ibunya turut menangis teresak-esak dan berasa amat khuatir dengan keadaan anak yang tidak stabil. Ahli keluarga berasa hairan setelah melihat Rai Man cuba menyorok diri di belakang tirai kononnya si penjahat yang ingin membunuhnya ada di sebelah rumah.

halusinasi

Pada tahap tersebut, dia mengalami tanda dramatik seperti melihat dan mendengar sesuatu yang tidak dilihat atau didengar oleh orang lain. Keadaan ini dinamakan sebagai halusinasi atau hallucination. Dia juga mempunyai kepercayaan yang tidak realistik jika dibanding dengan norma masyarakat. Contohnya menurut Rai Man, ketika dikejar oleh kumpulan pengganas, menutup mata dengan tapak tangan dan menyorok di belakang tirai kononnya boleh menyelamatkan nyawa. Keadaan ini digelar delusi atau delusion. Seisi keluarga amat bimbang dengan keadaan Rai Man dan mengajaknya tinggal bersama dengan mereka.

Dia hanya tidur lena selama tiga atau empat jam dan menimbulkan gangguan emosi kepada ahli keluarga yang lain. Pada suatu hari, Rai Man memberitahu ahli keluarga bahawa dia ingin keluar sebentar untuk membeli barangan. Namun, selepas beberapa jam dia masih tidak pulang. Selepas puas mencari, rupa-rupanya dia merayau di sepanjang jalan raya, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Kenapa Rai Man berkelakuan sedemikian? Adakah dia terlalu letih dan tertekan dengan kerjayanya sehingga mengalami tekanan emosi yang serius? Mungkinkah peninggalan bapanya sejak remaja meninggalkan kesan negatif yang begitu mendalam? Ataupun hubungan keluarga yang kurang baik melahirkan ketidakstabilan emosi sejak kecil?

Hakikatnya punca sebenar skizofrenia sukar diperolehi. Menerusi kisah benar ini, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Monash Sunway, Dr. Tam Cai Lian berkongsi maklumat tentang skizofrenia.

Ciri-ciri umum skizofrenia

Melalui gabungan kisah Rai Man dengan tanda-tanda umum, didapati pada keseluruhannya, pengidap penyakit ini menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

Menunjukkan tingkah laku yang pelik dan luar biasa.
Suka bercakap dan ketawa bersendirian.
Tidak mengambil berat tentang rupa paras dan kesihatan diri.
Tidak kisah pandangan orang lain terhadap tingkah lakunya.
Pertuturannya sukar difahami dan seolah-olah menggunakan bahasa yang hanya difahami dirinya.
Sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnya orang lain yang mengekori, ingin mencedera, mengawal ataupun membunuhnya.
Sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan hilang keyakinan.
Suka berkeliaran dan kadang kala menghilangkan diri tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga.
Suka bangun dengan kekerapan yang tinggi ketika tidur dan menghadapi masalah untuk tidur lena.
Cadangan rawatan yang berkesan

Rawatan berterusan iaitu melalui pengambilan tablet dan suntikan untuk beberapa tahun ataupun seumur hidup bagi kes yang serius.
Menjalani rawatan terapi elektrokonkulsif untuk kes yang serius.
Mengisikan masa untuk aktiviti seperti kerja dan belajar agar tidak mempunyai banyak masa lapang untuk memikirkan yang bukan-bukan.
Harus menerima kasih sayang dan sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Menerima rawatan pakar yang terlatih.
Sentiasa meluahkan perasaan hati dengan mereka yang mesra dan sudi mendengar.

Kepelbagaian guna cuka

CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.
Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.
Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.
Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.
Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.
Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.
Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.
Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.
Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.
Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.
Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

Pemakanan yang betul

ANAK-ANAK anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Bila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.

Mengasuh anak-anak makan dengan betul

Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan tauladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri tauladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang kurang memberi masa dan usaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?

Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Bagaimanapun, ada juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah pemakanan salah. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Kaji Selidik Kesihatan & Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

Makan secara berlebihan
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk bila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh menyebabkan mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berat badan yang berlebihan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

Kekurangan zat makanan
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini boleh mengakibatkan kekurangan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan penuh.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?

Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan diet yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun dahulu oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

Tidak mengambil sarapan
Snek tidak sihat
Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal

Serlahkan kecantikan

OKTOR minggu pertama saya kurangkan kalori dengan berpuasa berat mula menurun. Tapi kenapa selepas itu berat tak turun bahkan semakin meningkat. Ini yang membuat saya hilang semangat untuk berdiet.

''Kenapa sukar benar untuk kurus,'' keluh Puan Sal sambil menyuarakan rasa putus asa dan tidak percaya lagi bahawa dirinya mampu kurus.

Saya memberikan penerangan jelas bagaimana tubuh kita memecahkan lemak. Kini setelah menjalani rawatan beliau sudah pun mampu tersenyum semula. Beliau tampak muda dan jelita setelah tubuh menjadi langsing.

Obesiti bermaksud keadaan berat badan berlebihan atau overweight.

Maafkan saya kerana tidak menyokong obesiti. Bagi saya obesiti adalah satu masalah fizikal yang menyebabkan seorang yang cantik tertutup kecantikannya.

Meskipun kata-kata saya menghiris hati golongan gemuk namun anggaplah ia satu cabaran untuk menguruskan badan. Kata pepatah Melayu sayang anak tangan-tangankan. Sayang seorang doktor kepada pesakitnya adalah untuk merubah keadaan anda agar menjadi kurus, cantik dan sihat.

Kecantikan bagi seorang wanita merupakan aset yang sangat penting. Setiap wanita mahu mengekalkan kejelitaannya untuk sepanjang hayat namun ramai tidak dapat berbuat demikian kerana dilanda obesiti.

Seseorang yang terlalu gemuk sudah tentu tidak dapat menggayakan pakaian yang cantik. Apa sahaja yang dipakai akan tampak kurang menarik kerana faktor tubuh badan yang besar. Mereka juga sering kecewa apabila membeli-belah kerana tidak banyak pakaian yang dijual bersaiz besar. Ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk shopping dan lebih suka memakai baju besar dan longgar bagi menutupi kekurangan.

Wajah orang yang gemuk juga kurang cantik kerana bentuk muka yang sebenar dilitupi oleh lapisan lemak yang menutup kecantikan sebenar. Sudah tentu apabila sudah berjaya menjadi kurus mereka akan kelihatan sangat berbeza dan bertambah cantik.

Realiti kehidupan menunjukkan yang cantik disenangi justeru marilah kita mengubah penampilan diri menjadi lebih baik lagi. Lagi pun tidak rugi jika menjadi bertambah langsing cantik dan sihat.

Tidak salah jika saya katakan obesiti adalah raja segala penyakit lain seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini merosakkan sistem tubuh kita. Lalu ramai yang mengeluh kesal kerana nasi sudah pun menjadi bubur. Potongan tubuh yang langsing dan wajah yang cantik kini hanya tinggal kenangan belaka. Bolehkah ia dipulihkan semula? Sudah tentu boleh jika anda memulakan langkah yang betul.

Apakah punca overweight?

Overweight berpunca daripada lebihan lemak yang terhasil akibat ketidakseimbangan antara kalori yang diambil dengan kalori yang digunakan.

Maknanya seseorang makan makanan yang lebih banyak kalori daripada kalori yang digunakan. Lebihan kalori akan ditukar oleh badan dalam bentuk lemak yang tersimpan sedikit demi sedikit sehingga menjadi berbukit-bukit dan dan empunya badan menjadi gemuk gedempol.

Memahami konsep kalori

Kalori iaitu tenaga yang tersimpan dalam makanan ditukar menjadi lemak dan lemak sebegini sukar digunakan semula menjadi tenaga. Lemak tersimpan hanya akan digunakan apabila tubuh mengalami kurang kalori. Jika kalori yang diambil sudah cukup, tubuh kita akan menggunakan tenaga segera itu tanpa menjejaskan jumlah tenaga tersimpan.

Oleh kerana gaya hidup masa kini, amat mudah kita hanya melakukan aktiviti ringan dianggarkan kita mengenyahkan 2,100 kalori setiap hari.

Anda boleh menggunakan senarai di atas untuk membuat anggaran jumlah kalori yang anda gunakan setiap hari.

Kelebihan menggunakan carta adalah anda boleh membuat menu sendiri berdasarkan jumlah kalori yang tertera. Contohnya jika anda bermain tenis pada Isnin, maka anda boleh memilih makanan dalam jumlah kalori yang agak tinggi pada hari tersebut. Manakala jika anda tiada aktiviti yang menggunakan tenaga, maka anda harus mengurangkan jumlah kalori yang diambil.

Anda boleh makan apa sahaja asalkan tidak melebihi jumlah kalori yang diperlukan. Tidak perlu hanya makan salad kerana banyak lagi makanan lain yang rendah kalori.

Pastikan diet anda mengandungi semua kelas makanan seperti sayur, roti, nasi, ikan, daging dan ikan. Elakkan gula dalam minuman kerana ia mengandungi kalori semata-mata tanpa zat makanan yang lain. Anda perlu kreatif dalam menentukan sajian agar waktu makan menjadi indah meskipun makanan yang dinikmati rendah kalorinya.

Panduan

Jika anda menggunakan 4,000 kalori bagi aktiviti harian maka ambillah makanan sebanyak 2,000 kalori. Ketidakseimbangan begini akan menyebabkan berat badan anda menurun.

Begitu juga jika anda perlu menaikkan sedikit berat badan. Nilai kalori haruslah dinaikkan jika anda berhasrat meningkatkan lagi berat badan anda.

Pada minggu hadapan saya akan tampil dengan pelbagai konsep menarik untuk menangani obesiti. Bagi penerangan lanjut atau program menguruskan badan secara saintifik atau kaunseling menurunkan berat badan hubungi marissa aesthetic 013-2448484 atau 03-87234808. Kami menyokong usaha anda menurunkan berat badan.

Sindrom gangguan usus

SINDROM gangguan usus (IBS) adalah masalah yang melibatkan usus besar. Ia boleh mengganggu fungsi normal kolon (usus besar). IBS tidak merbahaya tetapi ia boleh menjejaskan gaya dan kualiti hidup anda. Anda mungkin akan rasa tidak selesa dan tertekan. Sesetengah pesakit yang mengalami IBS tidak boleh bekerja, menghadiri majlis sosial, atau melakukan perjalanan walaupun tempat yang dituju berdekatan.

IBS adalah masalah utama di negara Barat. Malah IBS adalah salah satu daripada masalah yang paling kerap didiagnos oleh pakar gastroenterologi. Masalah tersebut semakin menular di rantau Asia Pasifik dan menyebabkan semakin ramai orang menghidapnya. Secara umumnya, wanita dan golongan muda berisiko dua kali ganda menghidap IBS berbanding kaum lelaki. Wanita muda cenderung untuk mendapat IBS semasa kedatangan haid dan apabila mereka berada dalam keadaan tertekan.

Penyebab IBS

Penyebab utama IBS masih tidak diketahui. Umumnya pesakit IBS selalunya mempunyai kolon yang sensitif terhadap makanan tertentu. Ketidakseimbangan pergerakan usus iaitu pergerakan usus yang terlalu cepat mungkin menyebabkan cirit-birit dan pergerakan usus yang terlalu perlahan pula boleh menyebabkan sembelit. Penyebab lain IBS adalah masalah gangguan stimulasi pada sistem saraf otak ke perut. Aktiviti pergerakan usus kecil yang tidak normal juga memainkan peranan atau penyebab IBS. Pesakit yang pernah mendapat jangkitan usus cenderung mendapat IBS. Kajian menunjukkan pesakit IBS mempunyai usus yang lebih sensitif berbanding mereka yang tidak menghidap IBS.

Faktor persekitaran dan genetik saling mempengaruhi. Besar kemungkinan mereka yang mempunyai masalah IBS mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit ini.

Faktor gaya hidup seperti pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan kurang bersenam mungkin juga menyumbang kepada masalah IBS. Pengambilan diet berserat tinggi disarankan untuk menghindari IBS.

Merawat IBS

IBS mungkin sukar untuk dirawat. Tetapi ia boleh dikawal biarpun tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Rawatan IBS bergantung kepada jenis gejala yang dialami penghidap dan sejauh mana ia menjejaskan hidup anda setiap hari. Tiada ubat tertentu untuk merawat IBS. Rawatannya bertujuan mengurangkan kekerapan dan keseriusan gejala IBS. Ubat anti-spasma (ubat untuk meredakan kekejangan pada otot usus dan dinding abdomen), anti-keresahan trisiklik, ubat untuk merawat fungsi kolon, julap atau laksatif (untuk merawat sembelit) dan ubat anti cirit-birit adalah asas rawatan untuk IBS. Pengambilan lebih banyak serat atau makanan kesihatan tambahan mungkin boleh membantu sesetengah pesakit yang mengalami sembelit, namun ia akan menyebabkan kembung kepada sesetengah pesakit yang lain. Probiotik adalah juga didapati berkesan membantu mengurangkan gejala IBS.

Untuk peringatan, tiada satu jenis rawatan yang sangat berkesan untuk semua orang. Anda perlu bekerjasama dengan doktor anda untuk menentukan rawatan yang terbaik. Anda juga mungkin perlu menukar gaya hidup, khususnya berkenan pemakanan sihat dan amalan senaman.

Hidup dengan IBS

IBS menjejaskan kualiti hidup anda jika anda tidak mengambil langkah-langkah mencegah atau merawat gejalanya.

Langkah mengurangkan risiko IBS:-

Amalkan gaya hidup sihat. Selalu bersenam, tidur secukupnya dan berhenti merokok.
Amalkan tabiat makan yang sihat - Pastikan anda mengamalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam pemakanan
Anda juga dinasihatkan mengelak:-

Makan terlalu banyak
Makanan tertentu yang mungkin sensitif kepada anda
Rasa tertekan - Tekanan boleh merangsang pengecutan otot menyebabkan otot usus dan abdomen mengejang. IBS bukan penyakit yang boleh diambil mudah atau remeh. Ia menjejaskan kualiti hidup pesakit.

Sunday, April 18, 2010

Program SAMA bantu pesakit kanser

KERANAMU, wanita, Avon sentiasa bersedia membantu. Selain memberi peluang pendapatan kepada kaum wanita, syarikat itu sentiasa prihatin dan sensitif tentang kesejahteraan wanita Malaysia.

Sejak 16 tahun lalu, Avon telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam usaha membanteras kanser payu dara, penyakit yang digelar sebagai pembunuh nombor satu wanita.

Di bawah program Ciuman Selamat Tinggal kepada Kanser Payu Dara, sebanyak RM2 juta telah dikutip melalui aktiviti seperti jualan amal, larian amal, ceramah dan sebagainya.

Pada tahun ini, lima rekaan coli yang menarik berharga di antara RM19.90 hingga RM21.90 jenama Avon Intimates akan dijual daripada 16 April hingga 15 Mei bagi menambah hasil kutipan derma.

Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah berkata, kutipan derma tahunan untuk tahun 2010 itu akan dihulurkan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi memulakan program baru yang dikenali sebagai Terus Bersama, Maju ke Depan (Staying Abreast, Moving Ahead) atau SAMA.

Bercakap pada majlis pelancaran program pendidikan-psiko bagi pesakit-pesakit kanser, di ibu pejabat Avon baru-baru ini, Mansoor menambah, Avon positif dan yakin program tersebut akan memberi manfaat kepada ramai pesakit kanser dalam membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna dan berjaya.

''Objektif penubuhan SAMA ini memang seiring dengan misi Avon untuk memperkasakan wanita. SAMA akan membantu pesakit-pesakit kanser yang terselamat ini daripada segi sokongan, berkongsi pengalaman dan menjalani kehidupan dengan lebih sihat," katanya.

Beliau menjelaskan, kerjasama di antara Avon dan PPUM telah bermula pada tahun 2004 apabila Avon menubuhkan Pusat Sumber Kanser Payu Dara di PPUM yang menjadi pusat rujukan untuk kajian mengenai kanser payu dara.

Avon turut telah melancarkan satu lagi pusat yang sama di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan.

Sementara itu pada pelancaran program Ciuman Selamat Tinggal kepada Kanser Payu Dara, Mansoor menyerahkan cek sumbangan Avon sebanyak RM50,000 kepada Timbalan Dekan Fakulti Perubatan PPUM, Profesor Dr. Rosmawati Mohammad.

Kongsi pengalaman dengan pesakit

MELIHAT kepada usianya, lelaki ini sepatutnya menghabiskan masa di rumah sambil berehat atau melancong bersama keluarga.

Tetapi tidak bagi M. Balakrishnan. Setiap Isnin hingga Jumaat, dia memilih untuk berada di Institut Jantung Negara (IJN) selama tiga hingga empat jam. Kadang kala lebih daripada itu termasuk pada hujung minggu.

Pesara kerajaan berusia 73 tahun itu mempunyai sebab mengapa berbuat demikian.

"Saya terhutang budi kepada IJN kerana memberi 'kehidupan' baru selepas mengalami serangan jantung serius," katanya yang pernah menjadi penghuni hospital tersebut lebih 10 tahun lalu.

Mengimbas kembali peristiwa tersebut, bapa kepada dua anak lelaki itu diserang penyakit jantung kali pertama pada 1998. Dia dimasukkan ke Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya) dan menjalani angiograms bagi memperbaiki injap yang rosak.

Walaupun belum sembuh sepenuhnya, dia mengunjungi seorang rakan di utara tanah air dan mendapat serangan kedua.

Balakrishnan dimasukkan ke hospital dan disebabkan tiada pakar di situ, dia terlantar selama 10 hari tanpa sebarang rawatan.

Atas usaha anaknya yang juga seorang doktor, beliau dipindahkan dari hospital tersebut ke IJN.

Sekali lagi beliau menjalani pembedahan memasukkan sejenis tiub (stent) pada jantungnya.

"Berkat kesungguhan pihak IJN terutama Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim yang merawat saya, keadaan kesihatan saya pulih seperti sedia kala. ''Saya sangat terhutang budi kepada IJN kerana saya tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk pembedahan dan rawatan susulan. Kerana itu saya mengambil keputusan untuk menyertai Rakan IJN pada 2002," katanya yang lebih dikenali sebagai Mr. Bala di kalangan penghuni wad.

Berkongsi pengalaman dengan pesakit dan keluarga mereka di wad tidak menjadi masalah buat beliau. Ini kerana semua pengalaman yang dilaluinya memudahkan komunikasi dengan pesakit.

Sebagai antara ahli yang paling aktif, Balakrishnan dilantik jawatan Setiausaha Kehormat Rakan IJN pada 2003. Memegang jawatan itu hingga kini, beliau percaya setiap kebaikan pasti mendapat balasan setimpal.

Pengalaman rumahnya dirempuh lori lebih dua tahun lalu masih segar di ingatan.

"Lori itu merempuh ruang tamu rumah kami lebih kurang pukul 9 pagi. Memang itu antara ruang kegemaran saya dan biasanya saya akan berada di situ pada waktu tersebut. Syukur kerana hari itu saya sedang bermesyuarat di sini," katanya.

Menceritakan mengenai Rakan IJN, Balakrishnan berharap lebih ramai individu akan menyertai pertubuhan itu sebagai ahli aktif di samping mendapat sokongan banyak pihak.

"Kami mahukan ahli yang berkualiti. Tidak ramai tak mengapa, yang penting mereka menjalankan kerja dengan aktif," katanya.

Menurut beliau ketika ini Rakan IJN mempunyai lebih 100 ahli namun hanya sekitar 30 orang sahaja yang aktif menjalankan tugas.

Seminar Setiausaha UP&D

SEPERTI tahun-tahun sebelumnya, kemunculan April akan dinanti dengan penuh harapan khususnya oleh para setiausaha untuk menjamu selera di samping berhibur dengan persembahan artis pujaan masing-masing.

Pelbagai pihak terutama hotel mengambil kesempatan minggu setiausaha ini untuk menyediakan pakej yang menarik dan terbaik. Tidak ketinggalan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) turut memeriahkan kalendar minggu setiausaha ini dengan menganjurkan Seminar Setiausaha 2010 dengan tema Memperkasa Peribadi, Menjana Produktiviti.

Bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 27 April ini, seminar tersebut akan bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. Seperti biasa, UP&D menganjur majlis dengan gabungan nilai akademik, maklumat dan persembahan hiburan. Antara pengisian seminar, pengacara terkenal yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Adamaya Marketing Sdn. Bhd., Sharifah Shawati Syed Mohd akan berkongsi pengetahuan mengenai nilai-nilai peribadi setiausaha dan imej anggun dalam meningkatkan produktiviti syarikat. Beliau juga berkongsi petua komunikasi cemerlang, potensi dan kebolehan diri, perubahan sikap, mengenali ketua dengan lebih mendalam serta kesanggupan menghadapi cabaran.

"Ini merupakan kerjasama saya yang pertama bersama UP&D dan saya berharap peserta akan mendapat manfaat serta menyerap ilmu yang berguna melalui penyertaan dalam seminar ini," katanya.

Pada seminar itu nanti, Sharifah Shawati akan turut menyentuh mengenai pemilihan warna yang sesuai mengikut situasi juga bagi menyerlahkan penampilan.

Seorang lagi panel, Andi Muhammad Fajar dari ESQ Leadership Centre Sdn. Bhd. pula akan memfokuskan mengenai keterampilan melalui emosional dan spiritual bertujuan melahirkan setiausaha yang unggul. Beliau akan menyentuh mengenai cara mengembangkan potensi keperibadian supaya dapat mencapai nilai-nilai dasar untuk membangkitkan kekuatan tersembunyi.

Peranan

Konsep dan kandungan seminar berfokus kepada kepekaan, peranan dan tanggungjawab seorang setiausaha untuk membina semangat bagi meningkatkan keterampilan, pemahaman, kesedaran, merebut peluang, motivasi diri dan pembinaan organisasi ke arah kecemerlangan serta kegemilangan.

Pengarah Eksekutif UP&D, Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar berkata, pihaknya menyediakan tempat sehingga 300 peserta dan berharap seminar ini akan mencapai objektifnya.

Pelakon dan bekas ahli kumpulan X-Factor, Danny akan bertindak sebagai pengacara majlis manakala penyanyi popular, Awie akan menghiburkan peserta ketika makan tengah hari.

Yuran dikenakan RM280 termasuk cenderamata, cabutan bertuah, makan tengah hari, minum petang dan buku terbitan UP&D. Pelbagai hadiah menarik menanti peserta tajaan Rafflesia, Jojoba International, Jamu Mak Dara, Sendayu Tinggi, Adabi dan POTO Travel Sdn. Bhd. Maklumat hubungi Nurul Wahida atau Nurlailatul Qamar di talian 03-92856577 sambungan 162 atau dapatkan borang di www.upnd.com.my.

Amalan kebersihan atasi Leptospirosis

penyebaran virus lebih mudah

1. Pendedahan manusia terhadap kencing haiwan seperti tikus, lembu, kambing, babi, anjing dan sebagainya boleh menyebabkan Leptospirosis, tetapi mengapa Leptospirosis lebih dikenali dengan nama “virus kencing tikus” dan bukan sebutan terhadap haiwan-haiwan yang lain?

2. Penyakit Leptospirosis amat merbahaya tetapi kenapa pendedahan penyakit ini jarang didengar? Adakah ia satu gejala penyakit yang baru di negara ini?

n Aida, Kedah

Dr. Matvinder

1. Ini kerana tikus lebih banyak berkeliaran dan pergerakan haiwan tersebut menyebabkan penyebaran virus dengan lebih mudah.

2. Tidak, tetapi cara Leptospirosis tak begitu mudah merebak berbanding penyakit lain seperti H1N1.

Leptospirosis rosakkan fungsi hati

1) Benarkah penyakit ini boleh membawa maut?

2) Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk mengelak Leptospirosis?

n Nuri, Johor.

1. Ya, boleh menyebabkan kerosakan tenat fungsi hati dan buah pinggang hingga membawa maut.

2. Mengamalkan kebersihan diri dan sanitasi yang baik. Sanitasi mencegah manusia bersentuhan langsung dengan kotoran dan bahan buangan berbahaya lain dengan harapan usaha ini akan menjaga dan meningkatkan kesihatan manusia.

Tidur & sarapan rahsia kekal cergas

SIBUK berkerja hingga tiada masa untuk berehat? Apabila tiba malam, mata sukar terlelap dan keesokan harinya, anda terpaksa bangun awal. Namun, anda bangun lewat dan tidak sempat bersarapan. Sampai sahaja di pejabat, anda terus memulakan tugasan. Masuk waktu tengah hari anda sudah berasa letih. Ini menyebabkan anda tidak bersemangat membuat kerja.

Berdasarkan kajian berkenaan tekanan yang dijalankan pada akhir tahun lalu oleh jenama produk tenusu, Magnolia, 63 peratus daripada responden yang terdiri daripada orang dewasa muda Malaysia yang tinggal di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia selalunya tidur selepas pukul 12 tengah malam. Manakala 55 peratus daripada mereka sentiasa terasa letih sepanjang masa. Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa 73 peratus daripada mereka memerlukan rangsangan tenaga untuk menghadapi cabaran harian.

Tidur yang berkualiti dan sarapan berkhasiat kurang diambil berat oleh para pemuda yang bekerja disebabkan oleh jadual harian mereka yang sibuk.

Memahami trend kehidupan di kalangan orang muda Malaysia yang membimbangkan ini, Magnolia baru-baru ini melancarkan kempen gaya hidup 'Selamat malam, Selamat pagi (Good Night, Good Morning). Menerusi usaha ini, jenama produk tenusu yang mantap ini menyeru golongan muda yang sentiasa bekerja untuk menggalakkan mereka mempertingkatkan produktiviti dan merasa cergas sepanjang hari. Caranya mudah iaitu tidur nyenyak yang mengembalikan tenaga pada waktu malam dan sarapan yang berkhasiat pada waktu pagi.

Menurut pakar panel kempen ini, Dr. Edward Chan, yang juga adalah Perunding Psikologi Prinsipal untuk Persatuan Psikologi Malaysia (www.psychology.com.my), dan salah satu daripada ahli pengamal Malaysia Association of Psychotherapy, rehat yang optimum pada waktu malam dan makanan yang berkhasiat pada waktu pagi merupakan cara terbaik untuk menyediakan diri untuk menghadapi cabaran akan datang.

Malangnya golongan muda cuba mencapai sebanyak yang mungkin setiap hari demi kerja dan persaingan. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kebanyakan mereka terpaksa menanggung terlalu banyak tanggungjawab demi menyara diri dan keluarga mereka. Kadang-kala, beban ini ditambah pula dengan hubungan yang tidak menggembirakan dan kesesakan lalu lintas setiap hari.

"Tanpa perlu dijelaskan lagi, golongan muda yang bekerja kini hidup dengan bebanan tekanan dan kerisauan yang membimbangkan. Ini merupakan faktor utama gangguan tidur pada waktu malam," kata beliau.

Dr. Chan menerangkan tanpa rehat yang mencukupi pada waktu malam, seseorang akan merasa pening dan terganggu sepanjang hari. Emosi pula akan menjadi tidak stabil dan sukar membuat pertimbangan yang jelas. Akhirnya, mereka mungkin akan melakukan pelbagai kesilapan dan ini hanya akan menambah tekanan dan turut memberi kesan yang lebih serius untuk tidur pada waktu malam.

Selain daripada tidur yang optimum, sarapan pagi yang penuh berkhasiat juga penting untuk meningkatkan tahap tenaga dan produktiviti seseorang.

"Malangnya, tekanan akan menjejaskan selera makan dan menyebabkan orang tergesa-gesa pada waktu pagi. Akibatnya, ramai orang yang bekerja tidak bersarapan tanpa menyedari bahawa tabiat ini membawa keburukan kepada produktiviti harian. Tanpa sarapan, anda akan berasa cepat letih dan tidak selesa sepanjang hari. Ini akan memburukkan lagi keadaan saraf yang sentiasa keletihan dan seterusnya menjejaskan tidur anda sekali lagi," terang beliau.

Dr. Chan juga mengingatkan bahawa tekanan yang tidak terkawal akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, termasuklah gangguan kardiovaskular, gangguan makanan dan penghadaman, kemahiran sosial yang terganggu dan juga mengurangkan libido.

Kempen gaya hidup Magnolia ini disasarkan kepada golongan muda bekerja dengan menjemput mereka mencuba susu ini. Selain daripada sampel susu, Magnolia turut mengedarkan risalah gaya hidup yang menarik, menampilkan sesi soalan lazim mengenai tekanan untuk membantu mereka yang bekerja untuk mengenal pasti tahap tekanan mereka di samping memberikan maklumat akan cara mengurangkan tekanan berdasarkan keputusan soalan lazim mereka.

Menurut Pengurus Jenama Magnolia, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, Liew Ching Ching, untuk membantu golongan muda yang bekerja supaya dapat mengawal tahap tekanan mereka dan kekal bertenaga, Magnolia menggalakkan dua tabiat gaya hidup yang mudah.

Pertama, mengoptimumkan masa tidur pada waktu malam dan makan sarapan yang berkhasiat pada waktu pagi untuk memulakan hari mereka.

Susu lemak rendah Magnolia Good Night mengandungi laktium, sejenis protein susu yang unik, diperkembangkan dari Perancis, mempunyai fungsi untuk merehat dan menenangkan saraf supaya badan bersedia untuk tidur dengan lena dan nyenyak.

Selepas tidur nyenyak pada waktu malam, bermula dengan pagi yang segar. Walau bagaimanapun, permulaan hari yang segar tidak akan lengkap sekiranya kekurangan rangsangan yang berkhasiat. Maka, sarapan berkhasiat diambil bersama susu Magnolia Good Morning mungkin dapat mengekalkan kecergasan dan lebih bertenaga. Diperkuatkan dengan segala nutrien yang sesuai, susu ini mampu meningkatkan tahap tenaga anda untuk sepanjang hari," tambah Liew.

Apa kata mereka

Penyampai radio Fly FM, Ben

"Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya memulakan hari dengan pagi yang tidak baik akan merosakkan seluruh hari anda. Tambahan pula, hari saya bermula lebih awal berbanding dengan orang lain, maka saya akan menderita lebih sekiranya saya rasa tidak selesa sepanjang hari! Oleh itu, sebelum saya pergi kerja setiap pagi, saya akan mengambil sarapan yang mengenyangkan dan meningkatkan tenaga. Bagi saya, itulah yang terbaik untuk mood saya."

Penyampai radio Fly FM, Nadia

"Saya akan minum susu suam setiap malam untuk tidur nyenyak. Dengan cara ini, saya akan rasa segar dan cergas pada keesokan hari."

Kitaran obesiti

KESILAPAN memilih makanan menjadikan ramai kalangan rakyat Malaysia gemuk malah menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti di negara ini. Obes akan menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh. Seseorang yang obes tidak mungkin dapat kurus semula melainkan dia berbuat sesuatu bagi membaiki masalah ini.

Di klinik saya kaunseling peningkatan metabolisme menjadi asas kejayaan beratus individu yang kecewa dengan masalah obesiti.

Untuk membolehkan penurunan berat badan dilaksanakan dengan berkesan kita perlu mengenal pasti apa sebenarnya punca obesiti.

Ketagihan gula

Tubuh manusia mudah menjadi ketagih terhadap pelbagai jenis bahan dan molekul kimia seperti alkohol, kafein, garam dan gula. Otak manusia mempunyai sejenis memori yang mengesan bahan kimia.

Apabila lidah merasa bahan kimia tersebut, otak akan membuat rakaman memori itu. Apabila tidak mendapat bahan tersebut, otak akan ‘meminta’ sehingga akhirnya ketagihan berlaku sehingga akhirnya mengganggu sistem tubuh kita.

Ketagihan gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga menyukarkan pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung mengumpulkan lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman manis beberapa kali sehari. Dia juga akan cepat lapar dan mudah letih. Bila mengambil minuman manis dia berasa seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Dalam tempoh beberapa jam dia teringin minuman manis semula. Dengan erti kata lain perasaan letih dan lapar yang dialaminya merupakan satu ketagihan.

Meskipun banyak gula diambil, paras gula dalam darah sentiasa rendah (hypoglycaemia). Tubuh begitu cepat menukarkan gula kepada lemak. Kadar tindakbalas kimia dalam darah begitu cepat sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak baik.

Pada peringkat awal golongan ini menganggap diri mereka sihat kerana doktor memberitahu mereka tidak mengidap kencing manis. Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya.

Jelaslah obesiti dan paras gula yang rendah pada awalnya merupakan suatu petanda buruk dan permulaan kepada bahaya-bahaya lain yang bakal menimpa.

Kenapa begini

Metabolisme rendah mengundang keletihan, jantung berdebar-debar dan mood yang tidak stabil. Ramai yang pergi berjumpa doktor kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh mereka. Tetapi doktor gagal mengesan masalahnya kerana pemeriksaan pada darahnya adalah normal. Antara pemeriksaan yang dibuat adalah paras gula, paras kolestrol dan tekanan darah. Doktor memberitahu supaya berdiet dan melakukan senaman. Itu sahaja.

Mereka yang mengalami masalah ini pasti tertanya-tanya, jika mereka sihat mengapa berasa letih. Hati meronta-ronta mahu membuat senaman dan menjalani gaya hidup aktif tapi tubuh tidak mahu bergerak.

Apakah sebenar yang berlaku

Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin.

Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif.

Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan. Dia akan sering kelesuan.

Kitaran yang merbahaya

Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras tenaga. Keletihan dan kurang tenaga disalahtafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini menjadi suatu kitaran yang merbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.

Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita. Badan akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.

Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.

Bermula minggu depan saya akan membincangkan langkah memerangi obesiti termasuk dari sudut pengambilan makanan.

Manfaat koenzim Q10

SAIZ jantung adalah lebih kurang sebesar genggaman tangan dan ia terdiri daripada otot. Tisu otot jantung adalah menakjubkan dan dijumpai hanya pada satu tempat sahaja – iaitu di jantung. Bukan seperti dua jenis otot yang lain – otot boleh kawal dan otot luar kawal – otot-otot jantung tidak tahu berehat dan tidak pernah penat mengepam darah melalui saluran darah sepanjang 60,000 batu.

Jantung berdegup sebanyak kira-kira 72 degupan setiap satu minit, 100,000 degupan setiap hari tidak berhenti-

henti selagi anda masih hidup. Ini merupakan suatu kerja keras dan untuk melaksanakan tugas ini jantung anda memerlukan tenaga yang amat banyak.

Mendapatkan tenaga tidak menjadi masalah semasa kita muda. Badan kita mengeluarkan semua tenaga yang diperlukan oleh jantung. Tetapi apabila kita semakin tua, sistem enzim kita mula menjadi perlahan, dan tenaga yang dibekalkan kepada jantung menjadi kurang. Oleh itu, apabila usia kita mencecah 50-an dan 60-an, jantung kita secara mendadak mengalami kekurangan tenaga. Apabila jantung anda tidak memperolehi tenaga yang mencukupi, sudah semestinya ia tidak akan mampu untuk mengepam darah dengan begitu cekap menerusi arteri, urat dan kapilari yang berjumlah sepanjang 60,000 batu itu. Talian saluran darah ini menampung semua organ badan anda serta bertrilion sel dengan membekalkan oksigen dan nutrien-nutrien perlu. Sekiranya sel-sel dan organ-organ itu tidak memperolehi oksigen dan nutrien dengan mencukupi, kejadian pertama yang akan berlaku ialah anda akan berasa letih dan tidak bermaya. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, anda mungkin akan jatuh sakit. Oleh itu, jika anda merungut bahawa anda tidak lagi bertenaga seperti dahulu, masalah anda mungkin berpunca daripada keadaan jantung anda yang tidak memperolehi tenaga dengan jumlah yang benar-benar diperlukan olehnya.

Di mana dan bagaimana tenaga dikeluarkan dalam jantung?

Di dalam setiap sel yang bertrilion banyaknya itu, terdapat loji-loji penjana tenaga yang dikenali sebagai mitokondria. Reaksi biokimia yang kompleks berlaku di dalam mitokondria untuk menukarkan makanan menjadi tenaga kimia (adenosin trifosfhat atau ATP). ATP merupakan sejenis molekul yang mengandungi tenaga tersimpan seolah-olah seperti sebuah bateri yang diperlukan oleh sel-sel untuk berfungsi dengan licin. Koenzim Q10 (CoQ10) merupakan pemain yang penting dalam proses pengeluaran ATP dan tanpa CoQ10 tenaga tidak akan dapat dikeluarkan. Maka tidak hairanlah jika otot jantung yang merupakan suatu tisu yang paling aktif mengandungi 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan.

Tetapi malangnya, pengeluaran CoQ10 oleh badan kita menjadi perlahan apabila kita semakin berumur. Apabila umur anda mencecah 40-an, anda mempunyai 40 peratus kurang CoQ10 berbanding semasa anda berumur 20-an dahulu. Dan apabila umur anda mencecah 70-an, anda akan mempunyai 60 peratus kurang CoQ10.

Kesensitifan tisu otot jantung terhadap paras CoQ10 yang rendah

Semua sel memerlukan CoQ10 tetapi sesetengah daripadanya adalah lebih sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah. Beberapa sel, tisu atau organ mungkin mengalami rendah CoQ10 tetapi masih lagi dapat berfungsi dengan baik. Namun, sel, tisu atau organ yang lain mungkin amat sensitif terhadap kekurangan CoQ10 walaupun kekurangan itu sedikit sahaja, dan ia boleh membawa kepada kelemahan, keletihan dan beberapa penyakit yang lain. Organ-organ yang sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah ialah jantung, sistem imun, otak dan tisu-tisu gusi . Organ yang paling sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah ialah jantung. Ini mungkin satu sebabnya mengapa penyakit jantung merupakan antara beberapa penyakit yang tersenarai paling atas sebagai suatu penyakit pembunuh utama.

Tetapi ada berita baiknya; tenaga dapat dikembalikan kepada sel-sel dengan mengambil suplemen CoQ10.

Sumber CoQ10

Walaupun CoQ10 boleh didapati secara semulajadi dalam banyak makanan seperti daging lembu dan sayuran, jumlah CoQ10 dalam makanan ini adalah sangat kecil. Adalah amat sukar untuk memperolehi lebih daripada 5 miligram CoQ10 sehari daripada makanan kita. Tiada cara lain lagi untuk memperolehinya melainkan dengan mengambil suplemen CoQ10.

Penyerapan yang lebih baik daripada CoQ10 yang larut air (hydrosoluble)

Bentuk-bentuk tradisi suplemen CoQ10 (serbuk CoQ10 yang disampaikan dalam minyak soya dan dimasukkan ke dalam gel lembut, pil-pil yang berasaskan serbuk, kapsul gelatin keras yang diisikan dengan serbuk) adalah tidak mudah diserap oleh badan. Masalahnya ialah saiz zarah CoQ10 adalah sangat besar, serta tidak larut air dan juga tidak begitu larut dalam lipid, membuatkan ia sukar untuk diserap oleh badan anda.

Dengan CoQ10 yang berbentuk yang larut air (hydrosoluble) yang diperbuat dengan menggunakan teknologi BioSolv yang dipatenkan, saiz zarah CoQ10 itu dapat dikecilkan sehingga menjadi lebih kecil daripada saiz bakteria! Pada umumnya, dalam keadaan yang sedemikian, lebih kecil saiz zarah itu maka lebih baik pula penyerapannya. Bentuk CoQ10 yang larut air (hydrosoluble) memberikan lebih tiga kali ganda lebih tinggi penyerapan CoQ10 ke dalam badan berbanding suplemen-suplemen CoQ10 yang lain.

Oleh kerana ramai orang selepas umur 35 tahun mempunyai paras CoQ10 yang rendah, maka mengambil suplemen CoQ10 adalah difikirkan sebagai suatu pelaburan yang amat berharga untuk mencapai penuaan yang optimum.

Ramai orang yang mengambil suplemen koenzim Q10 lazimnya melaporkan peningkatan mendadak dalam paras tenaga mereka sebaik sahaja mereka mula mengambil bentuk CoQ10 yang larut air itu. Mereka dapat bermain lebih banyak golf, dapat kembali semula ke gelanggang tenis, dan selepas itu mampu lagi dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan cucu-cucu mereka.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.

Artikel ini disumbangkan oleh Live-well. Untuk maklumat lanjut mengenai CoQ10, sila hubungi Live-well INFOline 03-61407605 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau e-mail kepada livewell2u@pahangpharmacy.com.my