"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

Didik Anak Mencintai Rasulullah


1. Setelah tewas dalam Perang Uhud, tentera Muslimin pulang dalam keadaan sedih. Sampai di Madinah, mereka disambut oleh seorang wanita dari Bani Dinar. Kata wanita tersebut:

ما فعل رسول الله؟" فقالوا: "خيرًا يا أم فلان، هو بحمد الله كما تحبين". قالت: "أرونيه حتى أنظر إليه". فأشاروا إليه، فقالت: "كل مصيبة بعدك جَلَلٌ

"Bagaimana keadaan Rasulullah?" Para sahabat menjawab: Rasulullah dalam keadaan baik. Wanita ini berkata: Tunjukkan aku dimana Rasulullah sehingga aku dapat memastikan dia berada dalam keadaan yang baik! Para sahabat menunjuk ke arah Rasulullah. Lalu wanita tersebut berkata:" Semua musibah hanyalah kecil sahaja melainkan sekiranya Rasulullah yang ditimpa musibah."

2. Perhatikan kecintaan ibu ini kepada Rasulullah. Beliau sangat bimbang sekiranya Rasulullah disakiti. Bahkan menurut riwayat tersebut, anak-anak wanita ini telah syahid dalam Perang Uhud, namun yang diutamakan adalah Rasulullah sendiri.

3. Ceritakan pada anak-anak tentang bagaimana para sahabat mencintai Rasulullah. Ceritakan kepada mereka bagaimana Rasulu telah berkorban untuk menyampaikan Islam kepada kita. Fahamkan kepada mereka bahawa mencintai Rasulullah adalah tanda keimanan.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi 

No comments: