"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 1 Rejab 1441H☆


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya..." [Surah an-Nisa' 58]

#Allah swt memerintahkan supaya kita menjaga amanah serta serahkan segala amanah kepada orang yang selayaknya. Ini menunjukkan bahawa tidak boleh menyerahkan amanah sewenang-wenangnya kepada sesiapa yang berminat. Mesti diserahkan pada yang layak dan benar-benar dipercayai.

#Sabda Rasulullah saw: “Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran". Seorang sahabat bertanya: "Bagaimanakah mensia-siakannya, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw: "Apabila perkara (urusan) itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran”. (HR al-Bukhari)

#Amanah adalah suatu yang amat berat untuk dipikul. Setiap amanah yang dipikul di dunia ini, pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak.

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَیۡنَ أَن یَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومࣰا جَهُولࣰا

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" [Surah al-Ahzab 72]

#Ingatlah bahawa di akhirat kelak, setiap pemegang amanah, tidak akan terlepas satu pun setiap sesuatu yang di lakukan di alam dunia ini daripada neraca timbangan Allah swt. Amanah yang diserah kepada bukan ahlinya, pasti akan menerbitkan kecelaruan yang akan menyebabkan sistem menjadi tidak lancar dan akhirnya rosak binasa, bahkan diancam neraka.

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً ، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ ، إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

“Tiada di kalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya Syurga” (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Pastikan kita menyampaikan amanah (jawatan) kepada orang benar-benar dipercayai dan sentiasa takutkan Allah♡


No comments: