"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 16 Jamadil Akhir 1441H☆



وَمَاۤ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ

"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?" [Surah al-Balad 12]

#Tiga hari berturut-turut kita membincangkan (dalam Tadaddur Kalamullah 13, 14, 15 Jamadil Akhir 1441H) mengenai amalan yang jika dilakukan akan beroleh kedudukan/darjat yang tinggi disisi Allah swt. Amalan yang berikutnya ialah:

4. Menjamu (memberi) makan atau bantuan kepada orang yang tersangat miskin

أَوۡ مِسۡكِینࣰا ذَا مَتۡرَبَةࣲ

"Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah" [Surah al-Balad 16]

#Za matrabah (ذَا مَتۡرَبَةࣲ) yang bermaksud orang miskin yang hidup di jalanan (gelandangan), tidak punya rumah, dan tidak punya apa-apa. Maka mereka inilah yang sewajarnya dibantu, diberi makan, diberi tempat tinggal, pakaian dan keperluan hidup.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

السَّاعِي عَلَى الأَرْمَلَةِ وَالمِسْكِينِ، كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، أَوِ القَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ

“Orang yang bekerja agar dapat memberi sebahagian nafkah kepada janda, dan orang miskin, seumpama orang yang berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang tahajjud di malam hari, puasa di siang hari" (HR al-Bukhari dan Muslim)

5. Orang beriman yang sentiasa nasihat-nasihati dengan penuh kesabaran dan kasih sayang

 ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ * أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَیۡمَنَةِ

"Selain dari itu, ia menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang" [Surah al-Balad 18]

#Untuk beroleh darjat yang tinggi maka kita hendaklah melibatkan diri dengan dunia dakwah mengikut kemampuan kita samada terhadap ahli keluarga kita atau kepada masyarakat. Berdakwah dengan penuh sabar dalam menghadapi karenah manusia dan penyayang terhadap mereka.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” [Surah Fussilat 33]

#Inilah 5 amalan yang tinggi darjatnya disisi Allah yang perlu dilakukan untuk beroleh kemuliaan di sisi Allah swt. Jika kita mampu merebut tawaran Allah ini maka syurgalah tempat tinggal kita di akhirat kelak.

أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَیۡمَنَةِ

"(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga)" [Surah al-Balad 18]

♡Jom kita berusaha untuk membebaskan hamba, membantu manusia yang ditimpa bencana, menyantuni anak yatim, menolong golongan fakir miskin dan berdakwah mengajak manusia kepada Allah dengan penuh sabar dan kasih sayang. Semoga syurga menjadi tempat kediaman kita yang abadi di akhirat nanti. Aamiiin♡


No comments: