"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 21 Jamadil Awwal 1441H☆



فِیهِنَّ خَیۡرَ ٰ⁠تٌ حِسَانࣱ

"Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya" [Surah ar-Rahman 70]

#Dia antara kenikmatan Syurga yang diciptakan Allah untuk hambaNya yang beriman ialah diciptakan bidadari yang sangat sempurna kejadian dan akhlaknya. Kecantikan, kejernihan, kelembutan dan wangian tubuh mereka mengatasi semua wanita di muka bumi ini. Mereka seakan-akan permata yakut dan marjan. Mereka diciptakan khas untuk menjadi pasangan manusia-manusia yang bijak mengawal nafsu selama didunia kerana Allah swt.

#Firman Allah swt:

وَحُورٌ عِینࣱ

"Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya"

 كَأَمۡثَـٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ

"Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya" [Surah al-Waqi'ah 22-23]

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, Rasulullah saw bersabda:

"Andai seorang wanita Syurga menampilkan diri kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat serta penuhlah apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Selembar tudung yang menutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan seisinya" (HR al-Bukhari)

#Untuk mendapatkan mereka, maka kita perlu menyediakan mas kahwin untuk mereka sejak di dunia ini. Mas kahwin itu tidak lain adalah pelbagai amal ibadah dan pengorbanan di jalan Allah swt.

#Di dalam kitab at-Tazkirah, Imam al-Qurtubi bercerita kisah bapa Thabit al-Bunani rahimahullah, seorang ulamak Tabi'in Basrah. Suatu malam beliau bermimpi melihat seorang wanita yang sangat cantik. Kecantikannya tidak sama dengan manusia mana pun.

Beliau bertanya kepadanya: "Siapa kamu?".
Ia menjawab: "Aku bidadari, hamba Allah".
Beliau berkata lagi: "Berkahwinlah denganku".
Wanita itu menjawab: "Pinanglah aku daripada Tuhanku dan berikanlah mas kahwinnya".
Beliau berkata: "Apa mas kahwinnya?".
Ia menjawab: "Panjang (lama) bertahajjud". (Kitab at-Tazkirah, Imam Al-Qurtubi)

#Selain itu, mahar bidadari ialah mati syahid di jalan Allah. Sabda Nabi saw:

لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللَّهِ سِتُّ خِصَالٍ... وَيُزَوَّجُ اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ زَوْجَةً مِنَ الْحُورِ الْعِينِ

“Bagi orang yang mati syahid di sisi Allah enam keutamaan.... antaranya ialah ia dinikahkan dengan 72 bidadari dengan matanya yang indah dan cantik rupa parasnya" (HR Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Hasan)

♡Keindahan dan kecantikan  bidadari yang dijanjikan Allah dan Rasulnya, sepatutnya membuatkan setiap cabaran dalam beribadah dan jihad terasa ringan dan menyeronokkan. Beramallah dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan serta yakinilah bahawa janji Allah itu adalah benar. Moga kita dapat beristerikan bidadari Syurga. Aamiiin♡

No comments: