"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Akhir 1441H☆



وَمَاۤ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ

"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?" [Surah al-Balad 12]

#Allah swt memerintahkan kita untuk melalui segala amal kebaikan dan dijanjikan ganjaran pahala yang besar. Namun begitu, terdapat amal kebaikan yang bila dilakukan akan beroleh darjat yang tinggi disisi Allah swt. Di dalam ayat berikutnya disebutkan 5 amalan yang perlu kita lakukan untuk mendapat darjat yang tinggi ini:

1. Membebaskan hamba

فَكُّ رَقَبَة

"Di antara amal-amal itu (bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba abdi" [Surah al-Balad 13]

#Bagi sesiapa yang berkemampuan hendaklah berusaha untuk memerdekakan hamba atau membantu agar hamba itu dapat menebus (membayar) kemerdekaan dirinya daripada tuannya. Juga termasuk dalam kategori ini ialah memerdekakan tawanan di kalangan orang Islam yang ditangkap, dipenjarakan dan di zalimi oleh orang kafir seperti yang berlaku ke atas saudara kita di Palestin, bangsa Uiyghur di China, bangsa Rohingya dan lain-lain lagi yang sedang di zalimi dan dikurung.

#Bagi yang tidak berkemampuan untuk memerdekakan hamba, maka boleh amalkan dua zikir di bawah ini yang pahalanya menyamai seperti membebaskan hamba.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَنْ قَالَ لا إلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَريكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ ؛ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، في يَوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وكُتِبَتْ لَهُ مِئَةُ حَسَنَةٍ ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِئَةُ سَيِّئَةٍ ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزاً مِنَ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِي ، وَلَمْ يَأتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلاَّ رَجُلٌ عَمِلَ أكْثَرَ مِنْهُ

“Barangsiapa mengucapkan

لا إلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَريكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ ؛ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Maksudnya: "Tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu") dalam sehari *seratus kali*, maka itu menyamai pahalanya dengan *membebaskan sepuluh hamba sahaya* dan dituliskan untuknya seratus kebaikan, serta dihapuskan dari dirinya seratus kejelekan (dosa). Zikir itu juga penjaga dirinya dari gangguan syaitan pada hari itu sampai petangnya. Dan tidak ada seorang pun yang datang membawa amal yang lebih baik daripada yang ia bawa, kecuali ada orang yang beramal lebih banyak daripada dirinya." (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Daripada Sayidina Abu Ayyub al-Anshari r.a, Nabi saw bersabda:

مَنْ قَالَ لا إلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ ؛ وَلَهُ الحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، عَشْرَ مَرَّاتٍ . كَانَ كَمَنْ أعْتَقَ أرْبَعَةَ أنْفُسٍ منْ وَلَدِ إسْمَاعِيلَ

“Barangsiapa mengucapkan

لا إلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ ؛ وَلَهُ الحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Maksudnya: "Tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu") sebanyak *sepuluh kali*" maka ia seperti orang yang telah memerdekakan empat jiwa dari anak keturunan Nabi Ismail” (HR al-Bukhari dan Muslim)

*Empat lagi amalan akan di sambung dalam Tadabbur Kalamullah yang berikutnya.....(bersambung)

♡Berusahalah didunia ini dengan segala kekuatan dan kemampuan yang dikurniakan Allah kepada kita untuk memperolehi kedudukan yang tertinggi dan termulia di sisi Allah swt di negeri akhirat kelak♡


No comments: