"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

Apakah Ibumu Masih Hidup?


1. al-Imam al-Bukhari meriwayatkan satu kisah yang menarik berhubung adab dengan ibubapa. Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Saidina Abdullah ibn Abbas mengadu tentang dosanya. Lelaki itu berkata: "aku telah melakukan dosa besar, apakah masih ada ruang untuk aku bertaubat?“

2. Reaksi Abdullah ibn Abbas sangat menarik. Soalan pertama yang ditanyakan kepada lelaki yang telah melakukan dosa besar itu ialah: "Apakah ibumu masih lagi hidup?" Lelaki tersebut menjawab: Tidak. Lalu Abdullah ibn Abbas berkata: Bertaubatlah kepada Allah dan bertaqwalah kepadaNya.

3. Setelah lelaki tersebut pulang, anak murid Abdullah ibn Abbas yang ada bersamanya tadi lantas bertanya: Mengapa engkau bertanyakan tentang ibunya sedangkan dia mengadukan kepadamu tentang dosanya? Abdullah ibn Abbas lantas menjawab:

لا أعلم عملا أقرب إلى الله عز وجل من بر الوالدة

"Tidak ada amalan yang paling dekat dengan Allah melainkan melakukan kebaikan terhadap ibu."

4. Begitu tinggi pahala berbuat baik kepada ibu sehingga Abdullah ibn Abbas melihatnya sebagai boleh menghapuskan dosa besar. Malah al-Imam Ahmad pernah berkata:

"بر الوالدة كفارة الكبائر

Berbuat baik kepada ibubapa (menghasilkan pahala) yang boleh menghapuskan dosa besar. (al-Adab al-Syariyyah Ibn Muflih)

5. Bahkan perlakuan baik Uwais al Qarni terhadap ibunya lah antara sebab yang menjadikan doanya mustajab. Sabda Rasulullah:

لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ، لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ

"Uwais mempunyai seorang ibu yang sering dia lakukan kebaikan buat ibunya. Sekiranya dia berdoa, pasti Allah menerima doa Uwais."

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

No comments: