"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 27 Jumadal Akhirah 1441H☆



الذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ

"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang" [Surah Aali ‘Imran]

#Di antara sifat dan ciri orang yang bertaqwa ialah dapat menahan amarah dan mengawalnya. Malah ia merupakan satu sikap yang amat terpuji dan dituntut oleh Allah swt.

#Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Hurairah r.a:

أَنَّ رَجُلاً، قَالَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَوْصِنِي‏.‏ قَالَ ‏"‏ لاَ تَغْضَبْ " فَرَدَّدَ مِرَارًا، قَالَ ‏"‏ لاَ تَغْضَبْ ‏

"Seorang pemuda meminta nasihat daripada Nabi saw dan Nabi bersabda: "Janganlah kamu marah. Dia mengulangi pertanyaannya, dan Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali" (HR al-Bukhari)

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

 لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

"Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika ia marah.” (HR al-Bukhari)

#Namun ada ketikanya Nabi saw juga marah. Marah Nabi berkaitan dengan perihal agama yang dilanggari bukannya berkaitan hal keduniaan.

#Diriwayatkan mengenai peristiwa Sayidina Usamah bin Zaid r.a yang pernah membunuh seorang musuh di medan perang, meskipun musuh itu telah mengucapkan syahadah. Nabi saw berkata kepada beliau:

أَقَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَقَتَلْتَهُ ‌‏.‏ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّمَا قَالَهَا خَوْفًا مِنَ السِّلاَحِ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ أَفَلاَ شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لاَ

"Apakah kamu membunuhnya sedangkan dia telah mengucapkan La ilaha illallah?" Sayidina Usamah menjawab: "Dia hanya mengucapkannya kerana takut dibunuh". Nabi saw membalas: "Apakah kamu telah membelah hatinya untuk mengetahui samada dia benar-benar beriman ataupun tidak?" (HR Muslim)

#Disebut lagi dalam hadis yang lain tentang sifat marah Nabi saw:

لا تُغْضِبُهُ الدُّنْيَا ، وَلا مَا كَانَ لَهَا ، فَإِذَا تُعُدِّيَ الْحَقُّ , لَمْ يَقُمْ لِغَضَبِهِ شَيْءٌ , حَتَّى يَنْتَصِرَ لَهُ ، وَلا يَغْضَبُ لِنَفْسِهِ ، وَلا يَنْتَصِرُ لَهَا

"Perkara keduniaan tidak membuat Nabi marah. Adapun jika menyanggahi kebenaran, tiada apapun yang mampu berdepan Baginda, sehingga Baginda memenangkan kebenaran itu. Nabi juga tidak marah jika ia melibatkan urusan peribadi Baginda, dan tidak berusaha untuk memenangkan diri Baginda" (HR at-Tirmizi)

#Kekuatan yang sebenar-benarnya seseorang itu ialah tatkala ia dapat menguasai diri dalam keadaan marah. Marah mesti kena pada tempatnya sebagaimana marah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw, bukan marah yang dikuasai nafsu dan syaitan serta kerana dendam kesumat.

♡Kita hendaklah berusaha menjauhi sifat marah dan banyakkan bersabar dalam menghadapi sesuatu perkara. Jangan terlalu diikutkan emosi dan amarah dalam diri. Jangan sampai syaitan berjaya menguasai kehidupan kita. Banyakkan bersabar!!♡


No comments: