"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 26 Jumadal Akhirah 1441H☆



یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَكُونُوا۟ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِینَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar" [Surah at-Tawbah 119]

#Di dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan kepada orang yang beriman dua perkara, yang pertama ialah bertaqwa kepada Allah swt.

#Ketahuilah bahawa sifat taqwa adalah jalan menuju ke syurga dan merupakan syarat untuk masuk syurga. Taqwa yang dimaksudkan ialah dengan melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan ke atas setiap Muslim merangkumi solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta dan mentaati pemimpin yang soleh.

#Daripada Sayidina Abi Umamah r.a, katanya:

 سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَقَالَ: اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ وَصُومُوا شَهْرَكُمْ وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ

"Saya telah mendengar Rasulullah saw berkhutbah ketika Haji Wada', Baginda saw bersabda: "Hendaklah kamu bertaqwa (takut) kepada Allah swt Tuhanmu, dan (melaksanakan yang difardhukan) solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta, dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke Syurga (milik) Tuhanmu.” (HR at-Tirmizi. Hadith hasan sahih)

#Yang kedua, Allah memerintahkan agar kita sentiasa berada bersama orang-orang yang benar. Allah swt menyebut di dalam surah al-Hujurat ayat 15 tentang ciri-ciri orang yang benar. FirmanNya:

(إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ یَرۡتَابُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)" [Surah al-Hujurat 15]

#Sabda Nabi saw:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا

"Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada kebaikan yang akan menuju ke Syurga. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai orang yang benar..."(HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Berimanlah kepada Allah dengan sebenar-benar iman, di samping berusaha sedaya mungkin untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa dan sentiasa bersama dengan kebenaran dan orang-orang yang benar♡


No comments: