"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 16 Jamadil Awwal 1441H☆



ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَلَمۡ یَلۡبِسُوۤا۟ إِیمَـٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ

"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (iaitu syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah al-An'am 82]

#Menurut Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkaitan ayat ini: "Mereka adalah orang-orang yang mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagiNya dan mereka juga tidak menyekutukanNya (mensyirikkanNya) dengan sesuatu apapun. Mereka itulah orang-orang yang pada hari kiamat kelak akan mendapatkan keamanan dan petunjuk didunia dan di akhirat".

#Ayat ini menceritakan balasan Allah swt kepada orang yang benar-benar menjaga tauhidnya, memelihara imannya agar tidak rosak, tidak cacat dan tidak terbatal. Mereka akan beroleh keamanan dan petunjuk daripada Allah.

#Orang yang selamat, aman dan damai serta beroleh petunjuk di dunia dan di akhirat ialah mereka yang benar-benar beriman, mentaati Allah sepenuh jiwa raga, menjauhi larangan Allah sehabis mungkin, menjauhi perkara syirik, menjauhi khurafat, tidak terlibat dengan sifat-sifat mazmumah, sentiasa bergantung kepada Allah dalam setiap urusan, dan beribadah dengan penuh keikhlasan demi memperolehi keredhaan Allah swt. Mereka juga akan memperolehi ganjaran syurga.

جَزَاۤؤُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۖ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُۚ ذَ ٰ⁠لِكَ لِمَنۡ خَشِیَ رَبَّهُۥ

"Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya" [Surah al-Bayyinah 8]

#Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman: “Wahai anak Adam, seandainya kalian mendatangiKu dengan membawa dosa sepenuh bumi dan kalian bertemu denganKu dalam keadaan tidak mensyirikkanKu dengan sesuatu apapun, maka sungguh Aku akan datang padamu dengan ampunan sepenuh bumi juga" (HR Imam at-Tirmizi)

#Berhati-hati, bagi sesiapa yang mensyirikkan Allah, kufur kepadaNya, melakukan kederhakaan dan ragu-ragu akan perintah serta janjiNya maka mereka tergolong di kalangan orang yang sesat dan akan di azab di dalam neraka. Firman Allah swt:

وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

"Dan barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah maka sungguh dia telah tersesat dengan kesesatan yang jauh” [Surah an-Nisa' 116)

 إِنَّهُۥ مَن یُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِینَ مِنۡ أَنصَارࣲ

"Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim" [Surah al-Ma'idah 72]

♡Jagalah iman kita sebaik mungkin agar sentiasa bersih dan suci daripada perkara-perkara syirik dan dosa, agar kita sentiasa beroleh petunjukNya dan selamat daripada azab di akhirat kelak♡


No comments: