"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

Allah Kirim Salam Pada Khadijah


1. Al-Imam al-Bukhari merekodkan satu dialog yang menarik di antara Jibril dan Rasulullah. Jibril dikatakan telah datang kepada Rasulullah dan berpesan bahawa Allah telah menyampaikan salam kepada Khadijah, satu penghormatan tertinggi kepada Ibu buat orang yang beriman ini (Ummu al-Mukminin). Kata Jibril:

يَا رَسُولَ اللَّهِ: هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْ مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ، أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلاَمَ مِنْ رَبِّهَا وَمِنِّي وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الجَنَّةِ

“Wahai Rasulullah, ini adalah Khadijah. Dia akan datang kepada engkau dengan bekas berisi makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, maka sampaikanlah salam daripada Tuhannya dan dariku. Dan beritahulah kepada dia berita gembira bahawa Allah menyediakan baginya istana di syurga." (HR a Bukhari)

2. Perhatikan hadith ini betul-betul. Sekiranya Allah menyayangi seseorang, Allah akan menyebut nama mereka, Allah menyampaikan salam buat mereka, bahkan Allah menjanjikan kepada mereka ganjaran yang tidak terhingga buat mereka yang dikasihi Allah.

3. Apa yang membuatkan Khadijah menerima keistimewaan ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana peranan beliau dalam mempertahankan Rasulullah dan agama Islam. Ini dinyatakan sendiri oleh Baginda Nabi yang menyebutkan:

قَدْ آمَنَتْ بِي إِذْ كَفَرَ بِي النَّاسُ، وَصَدَّقَتْنِي إِذْ كَذَّبَنِي النَّاسُ، وَوَاسَتْنِي بِمَالِهَا إِذْ حَرَمَنِي النَّاسُ

“Dia (Khadijah) adalah wanita yang beriman kepadaku disaat manusia kufur (engkar) kepadaku. Dia (Khadijah) membenarkanku disaat manusia mendustakan diriku, dan dia juga membantuku dengan hartanya disaat manusia menutup diri mereka dariku. (HR Ahmad)

4. Begitulah tingginya ganjaran buat mereka yang mempertahankan Rasulullah dan agama Islam. Hari ini, disaat Rasulullah dihina, setiap Muslim seharusnya tampil mempertahankan Rasulullah. Di saat agama Islam diperlekeh dan dipandang rendah, setiap Muslim seharusnya mengangkat dan memperjuangkan Islam.

Semoga Allah memelihara dan membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

No comments: