"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, September 4, 2010

Badan pear atau epal?

KITA sering melihat bentuk tubuh manusia yang berbeza-beza. Ada orang yang besar di dada dan lengan. Ada pula mempunyai dada dan lengan yang kecil namun saiz punggung lebar dan besar

Seorang sahabat saya mempunyai punggung yang serta paha yang besar walaupun jika dipandang daripada saiz tubuhnya di bahagian atas dia tampak kecil sahaja. Badan yang sebegini dinamakan bentuk pear. Ia seolah-olah buah pear yang kecil daripada tangkainya namun lebar di bawah.

''Saya terpaksa memakai skirt atau kain kembang bagi menutup kekurangan ini,'' kata kawan saya itu lantaran menurut beliau memakai seluar memang tidak sesuai kerana punggung yang terlalu lebar. Keadaan itu mendatangkan masalah kepada sahabat saya apabila mahu membeli baju.

Jika bajunya muat sudah tentu kainnya ketat lantaran saiz tubuhnya yang mengembang di bahagian punggung. Seorang sahabat yang lain pula mempunyai tubuh yang berbentuk epal. Tubuhnya besar dan lebar di bahagian dada dan belakang (atas), manakala paha dan kaki pula kecil. Punggungnya juga kecil. Namun beliau kelihatan sangat gemuk kerana bahagian belakang badan dada dan pinggangnya berlemak. Dengan kata lain bentuk tubuh seperti ini diberikan gelaran bentuk epal lantaran bentuknya yang gempal di atas dan menguncup pula di bahagian bawah..

Seorang sahabat saya pula mengadu perutnya buncit. Walaupun dia tidaklah terlalu gemuk namun perutnya tidak dapat disembunyikan. Puas dia mencuba pelbagai jenis jamu dan ubat-ubatan tradisional bagi menurunkan saiz perut namun tidak berjaya. Masalah perut buncit sering berlaku kepada lelaki.

Seorang sahabat pula mengadu anaknya terlalu gemuk dan rendang sahaja. Tubuhnya seimbang dari atas ke bawah dipenuhi lemak sahaja. Dia turut berasa hairan apakah masalah yang dihadapi oleh anaknya itu.

Apabila berdiet berat tidak boleh turun dengan mudah. Anaknya juga tidak makan terlalu banyak namun berat badannya sentiasa sama sahaja meskipun menjaga pemakanan dengan ketat.

Mengapakah ini berlaku? Mengapakah seseorang tidak serupa bentuk tubuhnya berbanding orang lain?

Jawapannya adalah kerana di dalam tubuh kita terdapat kelenjar hormon yang berbeza-beza keaktifannya.

Kelenjar hormon yang aktif akan menjadi kelenjar yang dominan di dalam tubuh seseorang dan akan merembes lebih banyak hormon berbanding kelenjar yang kurang aktif.

Kelenjar hormon bukan sahaja mempengaruhi bentuk tubuh seseorang malah juga mempengaruhi perangai seseorang, corak pemakanan, kecenderungan terhadap cuaca dan suhu persekitaran dan sikap seseorang dalam menangani kehidupan sehariannya. Hal sebegini sangat unik. Justeru itu jika kita tahu kelenjar hormon yang dominan dalam tubuh adalah lebih mudah bagi untuk menangani masalah kesihatan kita.

Kelenjar utama dalam tubuh kita adalah kelenjar pituitary yang terletak di otak, kalenjar insulin di pankreas, kelenjar tiroid di leher dan juga kelenjar adrenal di buah pinggang kita. Kesemua kelenjar ini memainkan peranan yang berbeza, berfungsi membentuk tubuh dan menjadikan tubuh berbeza-beza bentuknya.

Tubuh kita akan terbentuk mengikut rangsangan hormon yang dominan. Jenis hormon yang dominan ditentukan oleh genetik seseorang di mana setiap daripada kita mempunyai kelenjar yang berbeza aktivitinya.

Seseorang yang lahir di kalangan ahli keluarga yang mempunyai kelenjar tiroid yang dominan akan mempunyai bentuk tubuh yang tinggi lampai dan berbadan kurus. Mereka ini mempunyai kadar metabolik tubuh yang amat tinggi dan mampu membakar lemak dengan mudah dan cepat.

Oleh kerana itu mereka tidak mudah gemuk melainkan jika wujudnya masalah yang membuatkan kerosakan pada kelenjar tiroid mereka. Mereka yang mempunyai kelenjar adrenal sebagai kelenjar dominan akan mempunyai tubuh berbentuk epal. Bahagian atas tubuh besar dan berlemak manakala bahagian yang lain kecil saja.


Kumpulan ini mempunyai tenaga yang tinggi sepanjang hari. Mereka tidak mudah merasa letih dan mampu bekerja atau menjalankan aktiviti fizikal sepanjang hari. Mereka juga mempunyai semangat yang tinggi dan amat tekun dalam urusan pekerjaan.

Mereka yang mempunyai punggung lebar dan dikatakan berbentuk pear pula mempunyai hormon gonad sebagai kelenjar mereka yang dominan.

Sara ialah seorang gadis berusia 35 tahun dan bertubuh gemuk. Dari zaman kanak-kanak lagi tubuhnya besar dan tidak pernah turun beratnya meskipun Sara mengamalkan diet yang ketat. Sara telah mencuba pelbagai kaedah diet namun tidak juga berhasil. Perubatan tradisional dan moden juga dia telah dicuba namun tidak juga berhasil.

Sara cepat berasa letih. Dia cuba melakukan senaman namun tubuhnya terasa berat sekali. Dia juga berasa tangan dan kakinya agak sejuk. Apabila teman-teman mengajak berenang di kolam maupun pantai Sara enggan masuk ke dalam air kerana dia berasa sejuk. Sara hairan kerana dia mempunyai lemak yang banyak dalam badan namun kenapa asyik berasa sejuk. Sejak akhir akhir ini Sara berasa berat badannya naik mendadak lagi. Dia juga melihat perubahan pada struktur kulitnya yang tampak kasar dan dan di bawah matanya kelihatan agak lebam.

Rambutnya menjadi agak kasar dan gugur dengan banyak. Sara mengagak mungkin hal ini disebabkan oleh usianya yang meningkat.

Masalah yang dihadapi oleh Sara adalah kekurangan hormon tiroid di dalam tubuhnya. Ini membuatkan Sara menjadi perlahan pergerakannya dan lemak mudah berkumpul. Hormon tiroid adalah hormon yang menjana metabolik tubuh. Ia membolehkan tubuh kita menjana tenaga yang digunakan bagi aktiviti tubuh kita. Apabila usia meningkat hormon ini semakin berkurangan dan menyebabkan kita semakin lesu. Memang benar ramai di antara kita yang tidak menyedari hakikat ini namun setelah dibuat analisis barulah kita faham masalah sebenar.

Amalan pesakit diabetes

Walaupun umat Islam berada dalam minggu terakhir Ramadan, pesakit diabetes yang beragama Islam dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawasi paras gula darah mereka demi mengelakkan hipoglisemia (paras gula darah yang terlalu rendah) pada siang hari dan hiperglisemia (paras gula darah yang terlalu tinggi) pada waktu malam.

Oleh demikian, pesakit-pesakit diabetes yang ingin melaksanakan ibadah puasa diminta terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada doktor mereka.
Semasa berpuasa, risiko gula darah menurun ke bawah paras normal adalah lebih tinggi daripada waktu biasa.

Jika tanda-tanda hipoglisemia timbul, anda harus mempertimbangkan berhenti puasa dan mengambil jus buah-buahan ataupun satu sudu besar gula dengan segera. Lakukan ujian paras gula darah anda jika telah berhenti puasa dan juga laporkan sebarang ketidakselesaan ataupun keletihan yang dialami kepada doktor anda.

Anda boleh mengurangkan risiko hipoglisemia pada siang hari dengan:

* Tidak mengabaikan pengambilan makanan

* Makan sahur sebelum terbit fajar

* Mengambil makanan yang seimbang

* Minum air dengan mencukupi

* Dapatkan nasihat doktor tentang pengubatan yang sesuai untuk anda

* Mengubahsuai pelan pemakanan bersama doktor atau pakar diet anda

Selepas Iftar, risiko gula darah melebihi paras normal adalah semakin tinggi. Demi mengurangkan risiko hiperglisemia, anda dinasihati mengamalkan cara pemakanan sihat dengan mengambil hidangan makanan berkandungan lemak dan karbohidrat yang seimbang. Mulakan Iftar anda dengan makanan yang telah dirancang oleh pakar diet dan mengambil ubat mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor anda.

Pengawasan secara tetap terhadap paras gula darah adalah mandatori semasa bulan Ramadan. Pengukuran tahap gula darah sebaik-baiknya dijalankan pada awal pagi sebelum puasa dan selepas Iftar dan Sahur. Walau bagaimanapun, anda adalah dinasihati supaya berhenti puasa jika bacaan gula darah menurun ke bawah paras sasaran yang sepatutnya pada waktu pagi dan tengahari

Umat Islam dengan penyakit kencing manis jenis 2 yang tidak memerlukan suntikan insulin biasanya dapat menjalankan ibadah puasa tanpa sebarang masalah semasa Ramadan. Pesakit-pesakit yang hanya memerlukan satu suntikan insulin biasanya boleh berpuasa tanpa masalah besar tetapi mereka dinasihati berjumpa doktor untuk mengetahui jenis insulin yang sesuai untuk mereka.

Semasa berpuasa, adalah penting untuk pesakit-pesakit mengenali tanda-tanda hipo dan hipeglisemia, mengetahui cara-cara manangani mereka, mengukur paras gula darah dengan cara yang tertentu, meminum air yang cukup dan mengamalkan kesederhanaan dari segi pemakanan.

Di samping masalah-masalah yang tersebut di atas, terdapat satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya iaitu mengetahui tentang tanda-tanda keto-asidosis. Ketoasidosis adalah sejenis keadaan serius yang mengancam nyawa dan ia berlaku apabila badan pesakit benar-benar kekurangan insulin dan tahap gula darah menjadi terlalu tinggi.

Pesakit-pesakit kencing manis dari kumpulan-kumpulan tertentu adalah dinasihati supaya tidak berpuasa:

* Pesakit diabetes jenis 2 yang memerlukan lebih daripada satu suntikan insulin

* Pesakit diabetes jenis 1

* Wanita mengandung yang berpenyakit diabetes

* Mereka yang menghidapi penyakit, dimasukkan ke hospital ataupun sedang menjalani rawatan jantung

Kunyit mencegah pelbagai penyakit?

Kunyit (curcumin), sejenis rempah yang digunakan dalam masakan, merupakan salah satu penyembuh semulajadi paling mujarab. Kegunaannya telah bermula selama 2,500 tahun dahulu. Rempah tersebut dengan perlahan telah memperlihatkan sifat perubatan sejak berabad lamanya.

Sejak kebelakangan ini, kunyit mulai mendapat tumpuan ramai kerana keupayaannya dalam pencegahan banyak penyakit. Penyelidikan menunjukkan curcuminoid (komponen aktif dalam kunyit) boleh digunakan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser kolorektum, Alzheimer, arthritis dan gangguan kulit.

Kajian menunjukkan curcuminoid mempunyai sifat anti oksida, anti radang dan menurunkan takat kolestrol. Ia merupakan sejenis perencat COX-2 semulajadi bagi melegakan kesakitan dan juga adalah agen anti-kanser.

Para saintis juga mencatatkan curcuminoid menyokong metabolisme gula darah yang sihat dan memberikan harapan untuk melawan diabetis.

Dalam 688 kajian, lebih daripada 400 yang telah dikemukakan mengesahkan sifat anti karsinogenik, anti-radang dan anti oksida yang menakjubkan pada kunyit. Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat mempunyai empat ujian klinikal untuk menguji tindakan curcuminoid terhadap kanser kolorektum, pankreas, mieloma berganda dan Alzheimer.

Sifat anti kanser kunyit

Kajian mencadangkan mereka yang mengambil diet kaya dengan kunyit akan mempunyai kadar rendah kanser payu dara, prostat, paru-paru dan kanser kolon.

Bharat B. Aggarwal, professor perubatan kanser di Jabatan Terapeutik Pusat Kanser Anderson University of Texas M.D. telah melakukan kajian rempah ini selama satu dekad.

Penyelidik Pusat Kanser tersebut mendapati curcuminoid juga menghalang aliran biologi penting yang diperlukan dalam perkembangan melanoma dan kanser lain. Kajian tersebut diterbitkan pada 15 Ogos 2005 dalam isu jurnal Cancer dan menunjukkan bagaimana kunyit menghentikan strain melanoma di makmal daripada berganda dan mengarahkan sel kanser untuk membunuh diri sendiri.

Kunyit- Mencegah Alzheimer

Penyakit Alzheimer, sejenis gangguan otak yang teruk mempengaruhi keupayaan seorang untuk melakukan aktiviti seharian melibatkan bahagian otak yang mengawal pemikiran, ingatan dan bahasa. Ciri Alzheimer digambarkan oleh plak amiloid yang terbentuk dalam otak. Plak amiloid adalah gugusan sejenis protin dikenali sebagai amiloid beta. Plak tersebut merosakkan sel otak dengan "mencekik" mereka. Plak amiloid juga menjana radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel otak.

Kunyit membantu dalam peneutralan radikal bebas ini dengan mencegah kesan pemusnahan pada tahap lebih awal. NFkB menyebabkan radang yang juga menyumbang kepada pembentukan amiloid beta. Kunyit telah menunjukkan keupayaan menurunkan pembentukan amiloid beta melalui perencatan NFkB. Dengan merencat pembentukan amiloid beta melalui mekanisme dwi-tindakan dalam perlindungan terhadap radang dan kerosakan radikal bebas, curcuminoid menjadi agen semulajadi untuk mencegah dan memperlahankan perkembangan Alzheimer. Kajian klinikal sedang dijalankan di UCLA dengan menggunakan curcumin bagi penyakit Alzheimer.

Kunyit - Kelegaan bagi sakit sendi dan radang

Arthritis adalah sejenis penyakit pro-radang. Kunyit telah digunakan berdekad lamanya untuk merawat keadaan radang seperti osteoartritis. Tindakan anti-radang adalah disebabkan oleh perencatan NFkB. Pada tahun 2006, curcuminoid bersama dengan ubat popular, Celecoxib, sejenis perencat COX-2 telah menunjukkan tindakan bersinergi mengurangkan radang.

Penemuan ini adalah penting kerana perencat COX-2 mempunyai kesan sampingan. Jika anda menggabungkan rawatan ini dengan curcuminoid anda boleh mengurangkan dos ubat tersebut dan mengurangkan kesan sampingannya.

Masalah utama dalam penggunaan kunyit

Kunyit adalah bahan yang tidak larut dalam air dan ia susah diserap ke dalam peredaran darah,
Sekiranya ia berjaya diserap, ia amat cepat diuraikan. Ini mungkin merupakan sebab kebanyakan orang tidak dapat memperoleh kesemua faedah curcuminoid apabila diambil sebagai makanan tambahan yang mengandungi kunyit sahaja.

Untuk memperolehi faedah curcuminoid secara menyeluruh, sila rujuk ahli farmasi anda hari ini.

Ini penting untuk mendapat formulasi khas menggabungkan piawaian esktrak kunyit agar mengandungi 95 peratus curcuminoid dengan bioperine yang dipatenkan iaitu esktrak Lada Hitam.

Laparaskopik buang hempedu






Siti Nur Aisyah Razali, 17, pelajar SMK Perimbun, Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur. Kira-kira tiga bulan lalu dia diserang kesakitan yang amat sangat di bahagian perut. Ketika itu dia sedang menikmati nasi lemak. Kesakitan Aisyah menyebabkan dia tidak mampu berjalan. Gadis itu dibawa ke klinik dan di peringkat awal diberi ubat tahan sakit. Namun kesakitan yang dialami Aisyah tidak juga reda. Hasil ujian ultrasound yang dijalankan ke atasnya mendapati dia mengidap penyakit batu di dalam hempedu.

Oleh kerana keadaannya serius, pakar perubatan mencadangkan dia menjalani pembedahan membuang hempedu. Aisyah yang dimasukkan ke hospital dua hari sebelum pembedahan turut mengidap sickle cell atau penyakit berkaitan darah. Dia yang ditemui Mingguan Malaysia sejam sebelum pembedahan memberitahu, penyakit tersebut dihidapinya sejak sekolah rendah.

Sejak disahkan mengidap sickle cell dia juga tidak boleh bergiat aktif. Biar pun meminati bidang sukan namun Aisyah tidak mempunyai pilihan dan hanya menjadi penonton.

Aisyah ditemani ibunya Saoyah akur terhadap cadangan pakar perubatan supaya dia menjalani pembedahan lantaran tidak sanggup lagi menanggung kesakitan.

Pakar Runding Pembedahan, Pusat Perubatan UKM, Dr. Hairol Azrin Othman ditanya kes Aisyah memberitahu, gadis itu mengidap penyakit batu di dalam hempedu disebabkan sickle cell yang dideritainya sejak lama dulu. Beliau memberitahu, individu yang mempunyai penyakit berkaitan darah berpotensi untuk mendapat masalah batu di dalam hempedu.

Peluang masuk ke dewan bedah bersama jurugambar menyaksikan prosedur membuang hempedu Aisyah sememangnya mengujakan. Walaupun kaedah laparaskopik semakin biasa digunakan dalam banyak kes (bukan batu hempedu saja), namun menyaksikan sendiri Dr. Hairol bersama pasukannya menjalankan prosedur tersebut memberi gambaran yang sangat jelas.

Pakar Runding Pembedahan itu dibantu Dr. Tan Guan Hee dan Mejar Dr. Ngoo Kay Seong untuk memastikan pembedahan ke atas Aisyah berjalan lancar.

Prosedur membuang hempedu tersebut menggunakan teknik lubang kekunci (Key-hole surgery) di mana pundi hempedu dan batu berkenaan dibedah menggunakan kamera dan peralatan laparoskopik tanpa perlu membuat luka yang besar pada badan. Kaedah itu, menurut Dr. Hairol lebih baik kerana ia tidak melibatkan parut yang besar, lebih kosmetik dan cepat sembuh.

Fungsi hempedu

Ditanya mengenai fungsi hempedu, Dr. Hairol memberitahu, hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu.

Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu.

Beliau berkata, biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi.

''Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal,'' katanya.

Menurut Dr. Hairol, keadaan itu memerlukan pundi hempedu berkenaan dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang.

Simptom batu dalam hempedu

Ditanya sama ada terdapat simptom spesifik penyakit pundi hempedu, Dr. Hairol menjelaskan, ia lazimnya adalah radang pundi hempedu yang penyebab utamanya adalah batu hempedu. Di antara tanda-tanda penyakit radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah kanan badan, di bawah tulang rusuk. Ia boleh merebak hingga ke belikat sebelah kanan. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan makanan berlemak yang berlebihan.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua individu yang mempunyai batu hempedu mengalami simptom-simptom tersebut malah hanya hanya segelintir sahaja yang melaluinya.

Ditanya punca kesakitan tersebut dirasai, Dr. Hairol memberitahu, ada dua jenis kesakitan disebabkan oleh batu hempedu.

i. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang dirasai selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu berkenaan dengan dinding pundi hempedu, kerana pundi hempedu akan mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan lemak.

ii. Untuk simptom radang pundi hempedu pula, kesakitan yang dialami disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik.

Dr. Hairol ketika ditanya mengapa ada individu tidak mengalami simptom biarpun mempunyai batu dalam hempedu berkata: ''Ini soalan yang susah hendak dijawab kerana sakit itu sendiri sesuatu yang relatif.

''Mungkin sesekali seseorang itu mengalami senak perut selepas makan tetapi tidak berapa serius dan menjangka hanya mengalami gastrik.''

Dilihat dari sudut faktor pemakanan, katanya, mungkin jika seseorang itu berpantang makanan yang berlemak atau berminyak boleh mengawal daripada mengalami sakit biliari kolik.

Sunday, August 29, 2010

Risiko puasa ibu hamil


JANIN tidak akan kelaparan semasa si ibu berpuasa kerana ia mendapat bekalan makanan daripada tubuh ibu secara semula jadi. - Gambar hiasan.


SUHANA Zainal Abidin, 28, kini sarat mengandung cahaya mata ketiganya. Pasangan kepada kakitangan kerajaan Che Wan Asyamuzari, 33, ini memberitahu, dia yakin dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik walaupun kandungan sudah mencecah usia tujuh bulan.

Ujar Suhana yang berasal dari Hulu Selangor, Selangor, dia akan mengikuti semua saranan yang dinasihatkan doktor demi keselamatan bayi serta dirinya.

“Saya mengamalkan memakan makanan yang berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan serta sayur-sayuran,” katanya yang ditemui Jurnal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya baru-baru ini.

Kehamilan kali ini sangat mencabar buat Suhana berikutan komplikasi kencing manis dan darah tinggi apatah lagi dia terpaksa melaluinya dalam bulan Ramadan.

“Kedua-dua kehamilan anak saya sebelum ini turut membabitkan komplikasi tetapi selepas bersalin penyakit itu hilang. Mungkin disebabkan bawaan budak,” katanya ketawa.

Lesu

Berbicara soal puasa wanita hamil, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor mempunyai pendapat tersendiri.

Katanya, tahap kesihatan janin bergantung pada pemakanan dan metabolisme tubuh ibu.

Bicaranya, pakar perbidanan kebiasaannya tidak menggalakkan ibu hamil berpuasa pada bulan pertama hingga ketiga.

“Pada awal kandungan, ibu hamil sering mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaik-baiknya elakkan berpuasa.

“Ketika itu bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang mencukupi daripada ibu,” katanya.

Ujarnya lagi, ibu hamil pada bulan keempat hingga keenam dibenarkan berpuasa jika mental mereka baik setelah pakar perbidanan mengesahkan bahawa puasa mereka tidak memudaratkan.

Shah Reza memberitahu, ibu hamil boleh mengalami masalah ketidakhadaman dan senak perut jika terlalu banyak makan makanan berempah, berlemak, bergoreng dan minuman bergas.

“Mereka juga boleh mengalami sembelit jika makan makanan yang diproses selain mudah lesu dan keletihan kerana makanan yang dimakan mempunyai banyak kandungan kanji, karbohidrat dan lemak.

“Selain itu, ibu hamil perlu tidur yang mencukupi untuk menghindari sakit kepala dan masalah kekejangan otot,” katanya.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Noor Azmi Mat Adenan pula berpendapat, ibu hamil perlu sentiasa merujuk kepada doktor peribadi mereka.

NOOR AZMI



Makanan janin

“Ini kerana doktor yang merawat mereka lebih mengetahui tentang
sejarah kandungan dan kesihatan wanita hamil tersebut.

“Berkemungkinan doktor akan menasihati wanita itu agar tidak berpuasa sekiranya menghidapi penyakit kencing manis terutama dalam kes membabitkan suntikan insulin,” ujarnya.

Katanya lagi, ibu hamil juga perlu minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari untuk mengelak tubuh kekurangan air atau dehidrasi.

“Bersahur juga baik untuk ibu mengandung,” katanya.
Sementara itu, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari turut senada dengan Noor Azmi dan Shah Reza.

“Tidak perlu memaksa diri berpuasa. Ini membahayakan kandungan kerana janin boleh mengalami kekurangan zat gula, kalori dan nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya,” katanya.

Ujarnya lagi, kehamilan bukanlah sejenis penyakit tetapi keadaan normal yang boleh dialami oleh semua wanita.

Beliau menjelaskan, ibu hamil yang menjalani ibadah puasa tidak perlu bimbang anak dalam kandungan mereka kelaparan.

Katanya, jika janin memerlukan makanan, ia secara automatik akan mengambil gizi daripada tubuh ibunya
yang dibekalkan sepenuhnya melalui uri.

Noor Aini bagaimanapun memberitahu, wanita hamil yang mengalami kekurangan nutrien dalam pemakanan akan menyebabkan tumbesaran bayi bermasalah.

“Semua bekalan yang ada dalam tubuh ibu akan diambil sepenuhnya oleh janin yang sedang membesar. Ini akan menyebabkan ibu-ibu ini semakin tidak sihat.

“Jika mereka tidak mengubah tabiat pemakanan, anak yang di dalam kandungan turut terjejas,” katanya
sambil menambah, kekurangan makanan berzat walaupun sedikit tetap akan menjejaskan kesihatan wanita
hamil serta janinnya.

SLE penyakit seribu wajah




PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tinggal sebulan lagi namun Zakira Adlia Mohd. Zarawi tiba-tiba diserang demam. Bukan sehari dua sebaliknya demam itu berlarutan sehingga tiga minggu. Terdapat juga ruam di tangannya. Doktor yang memeriksa kesihatannya di klinik kemudian merujuk Zakira Adlia ke hospital apabila kesihatannya masih di takuk yang sama.

Selepas dua hari menjalani ujian darah di hospital, dia kemudiannya disahkan mendapat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Sejujurnya pada masa itu, dia sendiri tidak tahu apa reaksi yang hendak diberi. Antara terkejut dengan tidak, dia sebenarnya tidak pernah tahu dan mendengar tentang penyakit itu.

“Saya tak pernah dengar nama penyakit itu sebelum ini. Kerana sakit, saya tidak dapat menghadiri banyak kertas peperiksaan pada masa itu,” kata Zakira Adlia, 19, mengenang kembali saat dia mula menghidap SLE dua tahun lalu. Zakira Adlia yang bakal mengambil peperiksaan SPM sekali lagi pada tahun ini menjelaskan, dia tidak berupaya mengulang semula peperiksaan tahun lalu kerana mengalami sakit-sakit pada sendi, keguguran rambut, sakit perut, kaki dan bengkak pankreas semuanya disebabkan oleh SLE. Dia telah dimasukkan ke wad selama tiga bulan termasuk menjalani pembedahan membuang bengkak di pankreas.

“Sehingga hari ini, saya mesti makan ubat setiap hari. Tidak boleh tertinggal sehari pun. Ubat yang perlu dimakan sangat banyak. Kira-kira 10 jenis ubat yang perlu diambil,” katanya ketika ditemui di pusat beli-belah Sungei Wang, Kuala Lumpur dalam satu program meraikan pesakit SLE baru-baru ini.

Penyakit kronik

SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan
untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.

KEBANYAKAN pesakit SLE mula menderitai penyakit itu dengan kemunculan ruam merah pada muka atau tubuh badan.




Erythematosus bererti ruam merah manakala lupus ialah perkataan Latin bagi serigala.

Pada tahun 1851, Dr. Cazenave menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala.

Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler mengenal pasti bahawa ramai individu yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem badan yang lain. Penyakit tersebut kemudian dinamakan SLE.

Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia
mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.

Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).

Ruam

RAMBUT gugur juga merupakan salah satu simptom SLE.


Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.

Pesakit yang terlewat dikesan penyakit ini berisiko maut apabila antibodi berkenaan sudah terlalu aktif dan
terus merosakkan sel atau organ badan tanpa disedari.

Heselynn memberitahu, untuk merawat penyakit ini, doktor akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan kekuatan antibodi. Rawatan asas atau wajib ialah pengambilan hydroxychloroquine.

“Memang pesakit biasanya perlu makan banyak ubat, tetapi bukan kesemuanya khusus untuk SLE.
Memandangkan SLE menyerang organ, maka ada ubat yang perlu diambil untuk melindungi organ tertentu dan ubat steroid. Itu sebabnya ada yang perlu makan banyak ubat,” jelasnya.

Heselynn menegaskan penyakit ini tidak boleh disembuhkan dan ia hanya boleh dikawal. Ubat perlu diambil secara berterusan.

“Pesakit perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor. Sebarang perubahan bilangan ubat akan ditentukan oleh doktor. Jangan buat keputusan sendiri untuk berhenti atau mengurangkan bilangan ubat apabila rasa sudah baik sedikit. Pesakit digalakkan menjalani hidup normal seperti biasa,” katanya.

Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratus penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen.

HESELYNN




Seorang lagi pesakit, Hazwani Amzan, 21, menghidap SLE sejak berusia 11 tahun. Cerita Hazwani, pada masa itu, dia perlu tinggal di hospital selama sebulan sehingga doktor benar-benar dapat mengesahkan yang dia menghidap SLE.

“Sehingga hari ini, saya masih mengambil ubat seperti yang disyorkan. Mesti makan ubat setiap hari,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pesakit lelaki, Mohd. Izwan Affendy Abdul Latiff, 23, memberitahu, dia mendapat SLE tidak lama selepas menduduki SPM. Dia berkata, simptom yang dialaminya ialah seluruh tubuh termasuk matanya menjadi kekuningan seperti kehilangan banyak darah merah.

“Doktor pun pelik sebab jarang lelaki dapat SLE,” ujarnya.

Masa untuk berhenti merokok

JIKA bagi wanita, kedatangan bulan puasa masa paling baik untuk mula berdiet, berbeza pula lelaki yang lebih kepada untuk berhenti merokok.

Tapi untuk menghilangkan tabiat merokok bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika rokok sudah menjadi teman sejati sejak sekian lama.

Menurut Dr. Azrul Rozaiman Abdullah dari Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, Selangor, perokok terbahagi kepada beberapa kategori dan ini ditentukan menerusi satu ujian yang dinamakan Fagerstrom test for Nicotine Dependence.

"Secara umumnya, ketagihan ada empat kategori iaitu rendah, rendah hingga sederhana, sederhana dan ketagihan tinggi.

"Dari senarai yang diberikan di atas, golongan perokok yang paling sukar membuang tabiat merokok ialah yang ketagihan tinggi," jelasnya ketika sesi ceramah sempena seminar Sakit Bukan Halangan Meraih 

Takwa.

Seminar tersebut anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dengan kerja sama Hospital Pakar An-Nur (HPAN), Bangi, baru-baru ini.

Dr. Azrul Rozaiman juga memberitahu pendapat yang mengatakan perokok wanita lebih berisiko mendapat penyakit kronik berbanding lelaki tidak benar kerana semuanya bergantung kepada dos bahan-bahan kimia yang disedut ke dalam tubuh.

"Selain itu faktor mudahnya penyakit terjadi akibat merokok juga bergantung kepada kekuatan tubuh individu itu sendiri. Individu yang mempunyai sistem imunisasi yang kuat, sihat dan tanpa penyakit kronik lain.

"Ada perokok yang memberitahu bahawa apabila mereka berhenti merokok mereka akan menjadi tidak sihat.

Ini berlaku kerana ketagihan rokok tegar menyebabkan mereka secara fizikal dan psikologikal terpaksa bergantung dengan aktiviti merokok untuk mengekalkan paras nikotin dalam badan. Dengan itu mereka dapat kekal 'rasa seronok' dan akan rasa sebaliknya jika tidak mengambil rokok," ujarnya.

Pankreatitis punca keradangan usus

Apakah Pankreatitis? Pankreatitis adalah keradangan yang berlaku pada pankreas. Apabila pankreas membengkak, enzim yang dirembes - yang biasanya aktif di dalam usus kecil - menjadi aktif dalam kelenjar pankreas, malah mula menghakis tisu pankreas. Ini mengakibatkan kecederaan pada pankreas.

Pankreatitis mungkin boleh berlaku secara akut (secara tiba-tiba, dalam jangka masa yang pendek) atau kronik (berlanjutan, dalam jangka masa panjang), tetapi kedua-duanya boleh menjadi bahaya dan mengakibatkan komplikasi yang boleh meragut nyawa. Kebanyakan kes pankreatitis adalah kes akut.

Pankreatitis Akut

Pankreatitis akut berlaku secara tiba-tiba. Kebanyakannya adalah kes ringan dan peluang untuk penyembuhan adalah cerah. Namun, ada juga pesakit yang menghidapi pankreatitis akut yang teruk, di mana keradangan, kerosakan tisu dan jangkitan pankreas berlaku. Berkemungkinan besar organ lain juga turut terlibat seperti kegagalan ginjal atau penglibatan jangkitan pada paru-paru. Pankreatitis akut yang parah perlu dirawat segera untuk mengelakkan komplikasi dan kematian.

Penyebab

Penyebab utama pankreatitis akut adalah batu hempedu dan penyalahgunaan alkohol dalam jangka masa yang lama. Kedua-dua sebab ini menyumbangkan kepada 80 peratus kes-kes pankreatitis akut. Penyalahgunaan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan sel-sel pankreas dan menyebabkan keradangan pankreas. Batu hempedu pula boleh menyekat salur pankreas atau salur hempedu, menyebabkan cecair pencernaan berkumpul dalam pankreas.

Penyebab lain yang lebih jarang adalah kecederaan perut, selepas melakukan prosedur ERCP (prosedur untuk membuang batu hempedu dari salur hempedu), ubat-ubatan, pankreas yang tidak normal, dan trigliserida (sejenis lemak) tinggi dalam darah.

Tanda gejala dan komplikasi

l Sakit bahagian atas abdomen - Kesakitan biasanya teruk, ia adalah gejala utama walaupun kebanyakan orang salah anggap kesakitan ini sebagai sakit gastrik.

l Sakit yang merebak ke bahagian belakang badan - Sakit biasanya menyebar ke bahagian di mana letaknya organ pankreas.

l Sakit selepas makan atau minum - Kesakitan menjadi lebih teruk selepas makan atau minum, terutama selepas makan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi.

l Mual dan muntah - Biasa berlaku.
Gejala lain adalah demam, perut kembung, denyutan jantung yang cepat, kurang air dalam badan dan tekanan darah rendah. Jika tidak dirawat dengan segera, gejala akan bertambah teruk dan boleh mengakibatkan kegagalan ginjal, kesulitan pernafasan dan tekanan darah menjadi terlalu rendah, pesakit boleh mengalami kejutan.

Rawatan

Rawatan pankreatitis akut adalah bergantung kepada keadaan dan punca pankreatitis. Pemeriksaan fizikal, ujian darah dan pemeriksaan imej digunakan untuk mengdiagnos dan menilai keadaan pankreatitis akut.

Setelah itu, doktor akan menjalankan rawatan sokongan dan merawat punca pankreatitis.

Pankreatitis kronik

Sekiranya keradangan pada pankreas tidak sembuh dan pesakit mendapat pankreatitis akut secara berulang-
ulang, ini boleh menyebabkan pankreatitis kronik yang boleh memusnahkan pankreas. Minum alkohol berlebihan dalam jangka panjang adalah faktor utama terjadinya penyakit pankreatitis kronik.

Gejala dan komplikasi pankreatitis kronik yang biasa berlaku adalah:

l Sakit pada bahagian atas abdomen - Pesakit pankreatitis kronik tidak semestinya rasa sakit. Jika ada, kesakitannya kurang berbanding dengan pankreatitis akut, tetapi mungkin berterusan.

l Letih dan lesu

l Najis berminyak - Ini disebabkan kekurangan enzim yang mencernakan lemak dalam makanan. Najis akan timbul di dalam mangkuk tandas dan susah untuk dipam.

l Berat badan turun tanpa sebab - Kurang penghasilan enzim pankreas untuk mencernakan makanan menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan sempurna oleh badan.

l Diabetes - Sel-sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas rosak, dan tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup.

Rawatan untuk pankreatitis kronik adalah pemberian ubat tahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit, atau
suplemen enzim pankreas diberi untuk mengatasi masalah kekurangan enzim. Pesakit disarankan makan makanan yang tinggi dalam karbohidrat dan rendah lemak, makan kerap kali dalam jumlah yang kecil dan hentikan pengambilan alkohol.

Buat sendiri di rumah

Apa yang kita makan setiap hari bukan saja menjadi membentuk badan secara fizikal malah menentukan masa depan kesihatan tulang jantung dan juga risiko mendapat diabetes ketika mencecah usia akhir 40-an.

Oleh itu ambil makanan dan minuman yang mampu merangsang metabolisme antaranya:

* Menambah cili atau mustard dalam makanan akan membantu membakar sehingga 12 peratus kalori.

* Lima cawan teh hijau sehari juga dipercayai merangsang metabolisme dan membakar 100 kalori sehari.

* Amalkan susu soya, tauhu dan kacang soya dalam pemakanan harian. Ia mengandungi oestrogen yang membantu menseimbangkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan kelaparan.

* Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang boleh menimbulkan rasa lapar.

* Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan; tuna, salmon, kekacang dan ayam untuk makan tengah hari; daging merah tipis atau produk berasaskan soya bagi makan malam.

* Amalkan makan kekacang antara makan tengah hari dan minum petang. Badam boleh merangsang kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang berkualiti dan cantik selain membantu mengawal berat badan.

* Beri perhatian kepada makanan yang kaya dengn nutrisi dan jangan 'bazirkan' kalori anda untuk makanan yang tidak mampu merangsang nutrisi penting untuk badan.

* Tukar diet bebas lemak dan karbohidrat kepada diet sihat yang seimbang dengan mengawal peratusan makanan yang diambil.

Bina piramid pemakanan anda terdiri daripada 40 peratus karbohidrat kompleks, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak sihat.

Pulih selepas mata disuntik

Ismail Wahab, 70 sanggup berbelanja besar demi memulihkan penglihatan yang semakin hari semakin kabur.

Walaupun pelbagai rawatan tradisional disarankan, dia lebih yakin dengan perubatan yang ditawarkan di hospital.

Mengakui pelbagai penyakit akan dihidapinya apabila usia semakin meningkat, Ismail lebih bersedia melakukan rawatan daripada membiarkannya menjadi lebih teruk. Atas cadangan seorang rakannya, Ismail menjalankan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ismail disahkan mengalami masalah degenerasi makular berkaitan umur (AMD).

"Ketika doktor memberitahu saya bahawa penyakit ini boleh membawa kebutaan, saya agak terkejut.

Namun, saya bertekad untuk merawatnya daripada membiarkannya menjadi lebih serius. saya akui sebelum ini penglihatan saya semakin teruk. Nak memandu pun saya kena bawa dengan perlahan dan sentiasa ditemani oleh isteri," katanya pada sidang akhbar mengenai AMD di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Apa yang lebih membimbangkan Ismail, pandangan sebelah kanan nampak senget walaupun mata kirinya baik.

"Ia masih menyukarkan saya memandang sesuatu. Walaupun saya masih boleh menjaga kedai runcit, pergerakan saya masih perlahan.Akhirnya, doktor menyarankan mata saya disuntik. Alangkah terkejutnya ketika itu. Apa akan jadi pada mata saya? Namun, saya tahu doktor pakar lebih memahami keadaan saya.

Atas bantuan keluarga, saya bersetuju melakukan rawatan tersebut walaupun menelan perbelanjaan yang agak tinggi. Mujur saya masih ada anak yang boleh membantu kewangan saya," ujarnya.

Doktor memberitahu Ismail, matanya masih sempat dirawat kerana masalah AMD yang dihidapi masih di peringkat awal. Secara keseluruhan, Ismail memerlukan tiga suntikan untuk merawat mata kanannya.

Mungkin ramai yang takut apabila mendengar mata anda akan disuntik tetapi bagi Ismail, dia bersedia
berhadapan dengan risiko sakit agar penglihatannya kembali pulih.

"Mulanya agak terkejut apabila melihat ternampak buih dalam mata. Ia sebenarnya adalah buih daripada cecair ubat yang disuntik. Memang tak sakit dan penglihatan semakin baik selepas sepuluh hari disuntik.

Selepas suntikan pertama ini, benda yang bengkok sudah nampak lurus sikit," katanya.

Penglihatan Ismail semakin pulih dan dia kini boleh melihat semua objek dalam keadaan lurus selepas tiga
suntikan.

Nasihat Ismail kepada orang ramai, kalau ada penyakit seperti yang dialaminya, segeralah berjumpa doktor.

Walaupun kos yang ditanggung hampir mencecah RM12,000 Ismail amat berpuas hati kerana penglihatannya
kini semakin baik.

Dalam pada itu, Perunding Oftalmologi, Prof Madya Dr. Fong Choong Sian menjelaskan, kaedah terbaik untuk mengesan AMD adalah dengan menjalani pemeriksaan mata tahunan terutama pada individu berumur 60 tahun ke atas.

Rawatan yang biasa diberikan kepada pesakit AMD lanjutan basah adalah suntikan intra-vitreal seperti ranibizumab.

Hormon anti penuaan


PELBAGAI rawatan dilakukan untuk tampil sihat walaupun pada usia tua.


Ramai yang memberi reaksi positif apabila saya memperkatakan tentang anti penuaan. Tidak kurang juga yang mempunyai tanggapan negatif kerana tidak tahu dan kurang memahami pengertian anti aging atau anti penuaan yang sebenar.

Mereka menganggap perubatan anti penuaan sebagai cubaan melawan takdir ketentuan Ilahi dan hanya mampu memberi kulit yang licin tanpa kedut tanpa membantu kesihatan dalaman tubuh. Ini adalah tidak benar kerana perubatan anti penuaan mempunyai matlamat menghindari penyakit dan masalah manusia apabila berhadapan dengan isu-isu penuaan.

Anti penuaan adalah satu cabang kesihatan yang membolehkan kita hidup sihat pada usia tua, mengekalkan kesihatan dan kehidupan ideal manusia. Ia mengekalkan fungsi organ dalaman badan seperti jantung, buah pinggang, kelenjar-kelenjar yang penting serta kesihatan otak manusia. Ia juga menjadikan kelenjar hormon dalam tubuh kita berfungsi semula sebagaimana semasa muda.

Pada zaman ini tempoh hayat seorang manusia dianggarkan selama 90 tahun. Ramai yang masih hidup sihat meskipun sudah melebihi usia tersebut.

Kata-kata yang sering diluahkan oleh mereka yang kurang pengetahuan mengenai anti penuaan adalah:

l Menjadi tua dan mengalami menopaus adalah proses semula jadi maka tidak ada apa yang mampu mengubahnya.

l Saya sudah menopaus dan mencapai usia 60-an maka tidak mungkin saya boleh kembali muda. Saya tidak percaya wujudnya kaedah yang boleh membuatkan saya lebih muda.

l Usia tua adalah takdir yang tidak boleh ditolak.

l Saya mengamalkan cara hidup sihat, senaman serta mengamalkan pemakanan seimbang. Sudah tentu badan saya sihat. Mengapa saya perlukan perubatan anti penuaan?

Cuba anda fikirkan fakta ini.

l Punca utama kematian adalah usia yang tua. Orang yang mencecah usia 40 ke atas mudah mendapat kanser, kerana itu mereka digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

l Orang yang berusia mudah mendapat tulang rapuh. Ramai orang orang tua terlantar di hospital kerana osteoporosis yang teruk membuatkan tulang patah.

l Orang yang tua mudah murung dan sensitif

l Orang tua mudah mendapat darah tinggi, sakit jantung dan sakit kronik lain berbanding orang muda.

l Paras kolestrol, gula dalam darah dan fungsi organ akan menjadi tidak baik apabila usia meningkat.

Mestikah seseorang berasa murung, letih, layu dan kelesuan apabila usia meningkat? Mestikah paras rupa berubah menjadi cengkung dan berlekuk-lekuk, wajah menjadi berpigmen serta berkedut?

Usia tidak dapat ditolak namun jika kita mengamalkan perubatan anti penuaan kita akan dapat menghalang penyakit penyakit dan masalah penuaan.

Masalah penuaan bagi lelaki

l Andropaus. Lelaki menjadi murung kurang bertenaga, mudah marah dan mudah tertekan.

l BPH prostat menjadi bengkak dan mula mengganggu sistem urinasi (kencing). Mereka mula mendapat jangkitan kencing yang kerap.

l ED adalah masalah menegangkan zakar.

Bagi wanita pula;

l Menopaus

l Masalah pada buah dada

l Masalah rahim dan vagina.

Bagi lelaki dan wanita

l Atherosclerosis

l Darah tinggi dan kencing manis

l Dementia (nyanyuk atau pelupa)

l Lain lain yang melibatkan sakit tua seperti tulang rapuh dan sakit badan.

Dari segi kosmetik pula kesan kesan penuaan mengakibatkan paras rupa yang cantik hilang serinya.

Apabila usia bertambah kelenjar hormon pada tubuh bekerja keras bagi memastikan penghasilan yang cukup untuk tubuh badan kita. Hormon merupakan molekul-molekul yang amat penting serta mempunyai tugas khas bagi menseimbangkan dan memastikan fungsi tubuh badan menjadi lancar. Kelenjar ini menjadi mengecut dan kurang aktif apabila usia meningkat. Hal ini dapat dilihat melalui kajian para saintis yang menilai saiz kelenjar melalui kaedah CT scan.

Cuba lihat di sekeliling kita. Seorang wanita atau lelaki yanng periang berubah menjadi murung dan anti sosial apabila usia meningkat. Tidak kurang juga mengalami masalah berat badan yang tidak dapat diturunkan melalui pemakanan semata-mata. Diet tidak akan berkesan tanpa pengurusan hormon yang betul. Dengan terapi hormon yang betul barulah seseorang mampu menurunkan beratnya dengan efektif.

Seseorang yang kurang hormon akan letih, lesu dan kurang gembira. Badannya terasa berat dan sukar untuk bersenam. Apabila hormon rendah tubuh akan berasa malas dan letih selalu. Apabila hormon metabolik tertentu ditambah, ia akan berubah menjadi lebih baik dan cantik. Tubuh mula membakar lemak di dalam badan. Hasil tubuh mendapat tenaga yang baik dan mula menjadi lebih langsing.

Mengapa kadar patah tulang, serta tulang rapuh sering berlaku pada orang tua. Jawapannya adalah kerana hormon tubuh sangat rendah membuatkan kadar penyerapan kalsium menjadi tidak efektif.

Mengapa orang orang tua cepat tersinggung dan mudah bersedih. Ini juga kerana tubuhnya tidak mempunyai hormon yang cukup. Hormon tertentu merangsang perasaan agar positif dan sentiasa gembira.

Apabila kelenjar hormon mengalami keletihan maka penghasilan hormon terjejas. Kelenjar-kelenjar yang keletihan akhirnya gagal berfungsi. Inilah puncanya seseorang menjadi lesu dan lemah. Bagi wanita pula kegagalan fungsi hormon seks mengakibatkan menopaus yang merupakan satu gangguan hebat bagi tubuh.

Justeru menjaga kelenjar hormon agar menopaus berlaku dalam suasana yang tidak mengganggu fungsi tubuh
adalah disarankan.

Pada minggu akan datang saya akan mengupas isu hormon dengan lebih mendalam lagi.

Laparaskopik buang hempedu




Siti Nur Aisyah Razali, 17, pelajar SMK Perimbun, Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur. Kira-kira tiga bulan lalu dia diserang kesakitan yang amat sangat di bahagian perut. Ketika itu dia sedang menikmati nasi lemak.

Kesakitan Aisyah menyebabkan dia tidak mampu berjalan. Gadis itu dibawa ke klinik dan di peringkat awal diberi ubat tahan sakit. Namun kesakitan yang dialami Aisyah tidak juga reda. Hasil ujian ultrasound yang dijalankan ke atasnya mendapati dia mengidap penyakit batu di dalam hempedu.

Oleh kerana keadaannya serius, pakar perubatan mencadangkan dia menjalani pembedahan membuang
hempedu. Aisyah yang dimasukkan ke hospital dua hari sebelum pembedahan turut mengidap sickle cell atau penyakit berkaitan darah. Dia yang ditemui Mingguan Malaysia sejam sebelum pembedahan memberitahu, penyakit tersebut dihidapinya sejak sekolah rendah. Sejak disahkan mengidap sickle cell dia juga tidak boleh bergiat aktif. Biar pun meminati bidang sukan namun Aisyah tidak mempunyai pilihan dan hanya menjadi penonton.

Aisyah ditemani ibunya Saoyah akur terhadap cadangan pakar perubatan supaya dia menjalani pembedahan lantaran tidak sanggup lagi menanggung kesakitan.

Pakar Runding Pembedahan, Pusat Perubatan UKM, Dr. Hairol Azrin Othman ditanya kes Aisyah memberitahu, gadis itu mengidap penyakit batu di dalam hempedu disebabkan sickle cell yang dideritainya sejak lama dulu. Beliau memberitahu, individu yang mempunyai penyakit berkaitan darah berpotensi untuk mendapat masalah batu di dalam hempedu.

Peluang masuk ke dewan bedah bersama jurugambar menyaksikan prosedur membuang hempedu Aisyah sememangnya mengujakan. Walaupun kaedah laparaskopik semakin biasa digunakan dalam banyak kes (bukan batu hempedu saja), namun menyaksikan sendiri Dr. Hairol bersama pasukannya menjalankan prosedur tersebut memberi gambaran yang sangat jelas.

Pakar Runding Pembedahan itu dibantu Dr. Tan Guan Hee dan Mejar Dr. Ngoo Kay Seong untuk memastikan pembedahan ke atas Aisyah berjalan lancar.

Prosedur membuang hempedu tersebut menggunakan teknik lubang kekunci (Key-hole surgery) di mana pundi hempedu dan batu berkenaan dibedah menggunakan kamera dan peralatan laparoskopik tanpa perlu membuat luka yang besar pada badan. Kaedah itu, menurut Dr. Hairol lebih baik kerana ia tidak melibatkan parut yang besar, lebih kosmetik dan cepat sembuh.

Fungsi hempedu

Ditanya mengenai fungsi hempedu, Dr. Hairol memberitahu, hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu.

Beliau berkata, biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi.

''Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal,'' katanya.

Menurut Dr. Hairol, keadaan itu memerlukan pundi hempedu berkenaan dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang.

Simptom batu dalam hempedu

Ditanya sama ada terdapat simptom spesifik penyakit pundi hempedu, Dr. Hairol menjelaskan, ia lazimnya adalah radang pundi hempedu yang penyebab utamanya adalah batu hempedu. Di antara tanda-tanda penyakit radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah kanan badan, di bawah tulang rusuk. Ia boleh merebak hingga ke belikat sebelah kanan. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan makanan berlemak yang berlebihan.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua individu yang mempunyai batu hempedu mengalami simptom-simptom tersebut malah hanya hanya segelintir sahaja yang melaluinya.

Ditanya punca kesakitan tersebut dirasai, Dr. Hairol memberitahu, ada dua jenis kesakitan disebabkan oleh batu hempedu.

i. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang dirasai selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu berkenaan dengan dinding pundi hempedu, kerana pundi hempedu akan mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan lemak.

ii. Untuk simptom radang pundi hempedu pula, kesakitan yang dialami disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik.

Dr. Hairol ketika ditanya mengapa ada individu tidak mengalami simptom biarpun mempunyai batu dalam hempedu berkata: ''Ini soalan yang susah hendak dijawab kerana sakit itu sendiri sesuatu yang relatif.

''Mungkin sesekali seseorang itu mengalami senak perut selepas makan tetapi tidak berapa serius dan menjangka hanya mengalami gastrik.''

Dilihat dari sudut faktor pemakanan, katanya, mungkin jika seseorang itu berpantang makanan yang berlemak atau berminyak boleh mengawal daripada mengalami sakit biliari kolik.