"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 19 Jumadal Akhirah 1441H☆



وَوَصَّیۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَ ٰ⁠لِدَیۡهِ إِحۡسَـٰنًاۖ

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya..." [Surah al-Ahqaf 15]

#Allah swt mewajibkan seorang anak untuk berbuat baik kepada kedua ibubapanya, menyantuni mereka, menolong mereka, menyayangi mereka, memberi nafkah kepada mereka, menjaga keselamatan dan kesihatan mereka, menziarahi mereka, menggembirakan mereka, berbakti kepada mereka dan membuatkan mereka sentiasa bahagia.

#Diriwayatkan bahawa Sayidina Abu Hurairah r.a tinggal di sebuah rumah dan ibunya tinggal di rumah yang lain. Apabila Sayidina Abu Hurairah keluar rumah, dia berdiri terlebih dahulu di hadapan pintu rumah ibunya dan memberi salam 'Assalamualaiki ya Ummi wa rahmatullahi waktu barakatuh' (keselamatan untuk wahai ibuku dan rahmat Allah serta keberkatanNya). Ibunya menjawab 'Wa alaikas salam ya Ibni wa rahmatullahi waktu barakatuh' (Dan untukmu keselamatan wahai anakku dan rahmat Allah serta keberkatanNya). Sayidina Abu Hurairah kemudian berkata: "Semoga Allah menyayangimu kerana engkau telah mendidikku semasa aku kecil". Ibunya menjawab: "Dan semoga Allah merahmatimu kerana engkau telah berbakti kepadaku ketika aku berusia tua". Perkara yang sama akan dilakukan oleh Sayidina Abu Hurairah ketika hendak masuk ke dalam rumah" (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)

#Diriwayatkan juga daripada Anas bin Nazr al-Asyja'i, dia bercerita: " Suatu malam ibu kepada Sayidina Ibnu Mas'ud r.a meminta air minuman kepada anaknya (Sayidina Ibnu Mas'ud). Setelah Sayidina Ibnu Mas'ud datang membawa air kepada ibunya didapati ibunya terlena, sudah pun tertidur. Sayidina Ibnu Mas'ud berdiri dekat kepala ibunya sambil memegang bekas berisi air tersebut sehingga pagi menjelang" (Kitab Birr al-Walidain, Imam Ibnu Jauzi)

#Lihatlah bagaimana para sahabat nabi saw memuliakan, menggembirakan dan berbakti kepada ibu mereka dengan penuh kesungguhan. Maka sewajarnya dan sewajibnya kita mematuhi perintah Allah dan meneladani para sahabat dalam melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa kita.

#Menyantuni ibu bapa bukan sahaja dijanjikan ganjaran pahala yang besar bahkan boleh menghapuskan dosa seorang anak.

#Diriwayatkan seorang lelaki telah datang bertemu dengan Sayidina Abdullah bin Abbas r.a mengadu tentang dosanya. Lelaki itu berkata: “aku telah melakukan dosa besar, apakah masih ada ruang untuk aku bertaubat?”. Jawab Sayidina Abdullah bin Abbas: "Apakah ibumu masih lagi hidup?” Lelaki tersebut menjawab: "Tidak". Lalu Sayidina Abdullah bin Abbas berkata: "Bertaubatlah kepada Allah dan bertaqwalah kepadaNya". Setelah lelaki tersebut pulang, anak murid Abdullah bin Abbas yang ada bersamanya lantas bertanya: "Mengapa engkau bertanyakan tentang ibunya sedangkan dia mengadukan kepadamu tentang dosanya?". Sayidina Abdullah bin Abbas lantas menjawab:

لا أعلم عملا أقرب إلى الله عز وجل من بر الوالدة

“Tidak ada amalan yang paling dekat dengan Allah melainkan melakukan kebaikan terhadap ibu" (HR al-Bukhari)

#Malah Imam Ahmad rahimahullah pernah berkata:

برالوالدة كفارة الكبائر

"Berbuat baik kepada ibubapa (menghasilkan pahala) yang boleh menghapuskan dosa besar". (al-Adab al-Syariyyah Ibn Muflih)

♡Pastikan di sepanjang hidup kita ini digunakan untuk berbakti, berkhidmat dan menggembirakan kedua ibubapa kita. Mereka berdua adalah syurga kita. Sayangilah mereka berdua!!♡


No comments: