"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 19 Jamadil Awwal 1441H☆


فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ

"...Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya..." [Surah Ali Imran 185]

#Kejayaan yang sebenar adalah selamat daripada azab neraka dan mendapat ganjaran terbesar iaitu berjaya memasuki syurga. Inilah sebesar-besar kejayaan dan senikmat-nikmat kebahagiaan.

#Mereka bukan hanya memasuki syurga, malah diberi kerehatan sepenuhnya tanpa sebarang gangguan serta tidak perlu memikirkan apa-apa perkara pun. Mereka berehat dalam suasana yang penuh nyaman dan damai.

مُّتَّكِـِٔینَ فِیهَا عَلَى ٱلۡأَرَاۤىِٕكِۖ لَا یَرَوۡنَ فِیهَا شَمۡسࣰا وَلَا زَمۡهَرِیرࣰا

"Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk" [Surah al-Insan 13]

#Untuk memperolehi syurga dan dijauhi daripada neraka, maka pastikan kita pulang mengadap Allah dalam keadaan membawa amal yang soleh serta bersih daripada sebarang dosa. Ini kerana dosa bakal menjadi penghalang seseorang itu ke syurga.

#Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: "Wahai para pencari syurga! Sungguh, dengan hanya satu dosa, bapamu (Nabi Adam a.s) dikeluarkan dari sana (syurga). Apakah engkau masih berkeyakinan masuk ke dalamnya (syurga) dengan dosa-dosa yang engkau belum lagi bertaubat daripadanya?".

♡Beramallah dengan penuh ketaatan dan kesungguhan serta sentiasa bertaubat, agar kita layak memasuki syurga dan dijauhkan daripada neraka. Itulah sebenar-benar kejayaan apabila dinobatkan sebagai ahli syurga♡


No comments: