"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, June 28, 2008

Bantu perangi kanser rahim

AWAN hitam yang pernah menyelubungi hidupnya sudah berlalu. Kini, Anne Bautista-Inlong terus bangkit dan mengorak langkah luas demi membantu wanita-wanita lain agar tidak mengalami seperti apa yang telah beliau lalui.

Mengapa buah pinggang gagal

PENYAKIT buah pinggang sering berpunca daripada amalan gaya hidup kurang sihat yang boleh diubah untuk mengurangkan kadar kejadian dan melengahkan perkembangan penyakit

Menentang komplikasi berkaitan kencing manis

Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra kencing manis telah dihuraikan. Telah dinyatakan bahawa bukan penyakit itu yang harus dirisaukan tetapi akibat daripada tidak membetulkan ketidakseimbangan atau kerosakan kepada toleransi glukosa yang perlu ditangani, sama ada pesakit kencing manis jenis kedua atau pra kencing manis.

‘Vaksin’ luaran demam denggi

Saban hari kita mendengar pelbagai kempen dan operasi yang dijalankan oleh banyak pihak bagi memerangi nyamuk aedes yang membawa virus demam denggi.

Zainal Abidin amalkan suplemen dan vitamin

PADA usia mencecah 50 tahun November ini, penyanyi popular, Zainal Abidin mengakui amat mementingkan penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kempen Walk A Mile

MAJALAH I-Sihat terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. sebagai rakan media dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia dan Nestle Omega Plus akan mengadakan kempen Walk-A-Mile bermula hari ini sehingga 19 Oktober ini di beberapa tempat terpilih di Semenanjung Malaysia.

Ketumbuhan dalam payu dara

KEBANYAKAN wanita masa kini akan merasa gundah apabila mendapati di dalam payu dara mereka terdapat ketumbuhan. Ini memungkinkan mereka menghidap kanser payu dara.

Kesan pemakanan pada badan Kaitan susu soya dan kanser

Doktor,

Saya tidak boleh minum teh, kopi atau susu kerana saya menghadapi masalah angin di perut apabila meminum minuman tersebut.

Buah menggemukkan?

GULA asli yang terdapat di dalam buah-buahan menjadi epidemik terbaru yang menyumbang kepada obesiti masyarakat.

STIGMA PENGGUNA DADAH

Ubah persepsi anda! Jika tanggapan sudah buruk, maka tiada yang baik dapat dicetuskan. Oleh sebab itulah, orang ramai perlu berubah sikap dan menyedari bahawa usaha membantu golongan yang bergantung pada penggunaan dadah adalah tanggungjawab bersama.

IALISIS MASA TIDUR

Rawatan dialisis peritoneum (PD) adalah kaedah alternatif yang membawa berita besar bagi kehidupan pesakit yang mengalami kegagalan renal peringkat akhir (ESRF). Ia kini menjadi pilihan rawatan utama bagi pesakit yang ingin menjalani kehidupan aktif dan proaktif dalam menguruskan penyakit mereka.

Pendekatan psikososial

Banyak program disediakan untuk membimbing pesakit mendapat peluang kedua seterusnya mengembalikan kehidupan mereka ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

Wednesday, June 25, 2008

Bahaya jangkitan kuman pada rongga sinus

SAKIT kepala hingga kadang-kadang menjadi demam dengan hidung yang mengeluarkan cecair kekuningan ditambah pula dengan kurangnya deria bau adalah antara petanda yang anda menghidapi sejenis penyakit yang dinamakan sinusitis.

Susu formula ciptaan tempatan

AMALAN minum susu di kalangan rakyat Malaysia masih berada di tahap rendah, ertinya tidak semua isi rumah mengamalkan pengambilan susu, terutama apabila anak-anak mencecah usia 10 tahun ke atas. Kebanyakan ibu bapa juga memandang kepentingan susu sebagai satu perkara mudah, bertambahnya umur anak menjadikan ibu bapa lega kerana tidak perlu memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli susu mereka lagi

Angkara Salmonella

Bakteria ini menyebabkan pelbagai rangkaian restoran di Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan buah tomato daripada menu mereka. Apakah puncanya?

Kurangkan sakit belakang

KESAKITAN bahagian bawah belakang adalah perkara biasa sepanjang atau selepas tempoh kehamilan.

Ulam selepas bersalin

SATU lagi herba yang sama pentingnya dengan halia dan lain-lain rempah ratus ialah cekur.

Cegah sembelit

Jenis, jumlah makanan dan cara sistem penghadaman memproses makanan memainkan peranan penting.

Hebatkah dengan merokok?

Tidak ramai orang ternama sedia menggunakan pengaruh mereka untuk membantu menghindari tabiat merokok.

Kanser Hati

Dianggarkan seramai 378 lelaki dan 150 wanita bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser hati.

Probiotik

Diet orang Asia kaya dengan probiotik, misalnya tempe iaitu satu juadah popular masyarakat Melayu yang mengandungi bakteria asid laktik yang berguna untuk tubuh.

Monday, June 23, 2008

Tangani stres cara Islam

Dalam hidup ini terutama bagi yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, penduduknya terdedah kepada pelbagai bentuk stres atau tekanan.

Sakit belakang selepas bersalin secara pembedahan

SAYA bersalin secara pembedahan kerana kandungan songsang dan uri berada di bawah. Kini anak saya berumur setahun lima bulan. Selepas pembedahan itu, saya selalu sakit belakang terutama pada pinggul dan sakitnya seperti orang hendak bersalin. Bila saya buat kerja berat seperti mengalih sofa pasti akan berasa sakit. Saya ingin tahu kenapa masalah itu boleh berlaku? Adakah kerana suntikan bius ketika bersalin? Sebelum ini saya boleh melakukan kerja sedemikian tetapi selepas bersalin, saya kurang berupaya.

Pujuk anak mengamuk

FAQIF genap tiga tahun Disember ini. Anak comel yang lasak dan bijak itu bakal menerima kedatangan ahli baru dalam keluarga pertengahan Oktober ini tetapi sayang, Faqif masih tidak mampu mengucap kata-kata yang boleh difahami sesiapa walaupun ibunya.

Penawar Stres

KEHIDUPAN zaman sekarang menyebabkan sistem tubuh manusia tidak terlepas menerima kesan. Bukan hanya dari segi fizikal, kesan negatif yang sering manusia rasai ialah tekanan atau stress yang menjejaskan kesihatan mental dan emosi.