"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 29 Jumadal Akhirah 1441H☆



وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِینَ

"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin" [Surah al-Muddaththir 44]

#Allah swt memerintahkan kita agar peduli kepada orang miskin dan mereka yang lemah. Bagi sesiapa yang tidak peduli dan tidak membantu golongan yang lemah dan miskin, maka mereka diancam dengan ancaman neraka Saqar.

#Nabi saw bersabda:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلاَ تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ

“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu” (HR Muslim).

#Membantu orang miskin dan lemah adalah satu ibadah dan merupakan sunnah Rasulullah saw. Daripada Sayidina Jabir r.a katanya:

"Bahawa Rasulullah saw biasanya berjalan dibelakang sekali di dalam sesuatu perjalanan. Baginda menolong orang yang lemah mendapatkan rombongan dan menumpangkan ke atas kenderaan yang dinaikinya serta mendoakan untuknya” (HR Abu Daud)

#Bagi sesiapa yang menzalimi, mengasari dan tidak membantu orang miskin dan lemah, maka mereka di ancam dengan azab. Telah bersabda Rasulullah saw:

"Sungguh, Allah akan memberikan seksaan berat kepada orang-orang yang menyeksa orang-orang yang lemah" (HR Muslim)

#Orang yang tidak peduli golongan fakir miskin merupakan para pendusta agama. Firman Allah swt:

 أَرَءَیۡتَ ٱلَّذِی یُكَذِّبُ بِٱلدِّینِ * فَذَ ٰ⁠لِكَ ٱلَّذِی یَدُعُّ ٱلۡیَتِیمَ * وَلَا یَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِینِ

"Tahukah kamu akan orang yang mendustakan agama?. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim. Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin" [Surah al-Ma'un 1-3]

♡Di antara tanda keimanan seseorang itu ialah sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal orang-orang miskin serta mereka yang lemah. Bantulah mereka nescaya Allah akan membantu kita♡


No comments: