"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 4 Rejab 1441H☆



إِنَّكَ لَا تَهۡدِی مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ یَهۡدِی مَن یَشَاۤءُۚ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)" [Surah al-Qasas 56]

#Menurut Imam Ibnu Kathir rahimahullah: "Ayat di atas turun berkaitan dengan kisah kematian bapa saudara Nabi saw, Abu Talib bin Abdul Muttalib.

#Abu Talib mempunyai jasa dan sumbangan dalam membantu Nabi saw berdakwah di bumi Mekah. Abu Talib menjadi pelindung dan pembela Nabi saw. Namun, kesudahan riwayat Abu Talib amat menyedihkan kerana meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman kepada Allah swt.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, dia berkata: "Tatkala Abu Talib berada di ambang kematian, Rasulullah saw mendekatinya seraya bersabda: “Wahai bapa saudaraku, ucapkanlah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, nescaya aku menjadi saksi bagimu (membelamu) pada hari kiamat kelak"

Jawab Abu Talib: “Kalaulah tidak kerana aku akan diaibkan oleh Quraisy dengan kata-kata mereka bahawa tidak ada yang mendorongku untuk mengucap kecuali kerana takutkan kematian, nescaya aku akan mengucapkannya demi menenangkan matamu. Ya, aku tidak akan mengucapkannya melainkan kerana aku ingin menenangkan matamu (hatimu)!” (HR Muslim dan at-Tirmizi)

#Perhatikan jawapan Abu Talib kepada Rasulullah saw bahawa Abu Talib ingin mengucapkan kalimah yang diajarkan oleh Rasulullah saw demi untuk menyenangkan hati anak saudaranya yang sangat dicintai dan disayanginya itu. Namun dia memilih untuk tidak mengucap dua kalimah syahadah kerana tidak mahu nanti dia dicemuh oleh kaum Quraisy dengan tuduhan bahawa dia hanya mengucap dua kalimah syahadah kerana takutkan kematian!

#Betapa rugi dan menyesalnya kalau kita asyik fikir apa orang kata, padahal mereka tidak berupaya sedikit pun untuk memberi manfaat atau mudarat kepada kita.

♡Sesungguhnya hidayah milik Allah swt. Kita hanya mampu mengajak manusia kepada Allah dan kepada kebaikan, selebihnya terserah kepada Allah samada memberinya hidayah ataupun tidak. Berdoalah kepada Allah agar dikekalkan hidayah dan menjadikan kita istiqamah dijalanNya hingga ke akhir hayat♡


No comments: