"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

Tadabbur Kalamullah 29 Safar 1441H



لَهُۥ دَعۡوَةُ ٱلۡحَقِّۚ وَٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ لَا یَسۡتَجِیبُونَ لَهُم بِشَیۡءٍ إِلَّا كَبَـٰسِطِ كَفَّیۡهِ إِلَى ٱلۡمَاۤءِ لِیَبۡلُغَ فَاهُ وَمَا هُوَ بِبَـٰلِغِهِۦۚ وَمَا دُعَاۤءُ ٱلۡكَـٰفِرِینَ إِلَّا فِی ضَلَـٰلࣲ

"Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan" [Surah ar-Ra'd 14]

#Doa adalah satu ibadat seorang hamba kepada Tuhannya untuk melahirkan rasa rendah diri dan tunduk kepada Allah swt sambil menyatakan hajat atau permohonan yang dikehendaki. Namun doa yang dipanjatkan oleh orang yang tidak beriman kepada Allah, pada hakikatnya ia tidak mempunyai nilai di sisi Allah swt kerana mereka tidak mempercayai keEsaan Allah swt.

#Menurut Imam al-Qurtubi: "Ayat ini membawa maksud bahawa ibadat orang kafir terhadap berhala-berhala itu tidak memberi apa-apa makna melainkan kesesatan kerana ianya syirik, dan dikatakan juga bahawa dengan doa itu hanya boleh menyesatkan lagi bahkan mereka sekali-kali tidak akan mendapati jalan keluar. Ibnu Abbas mengatakan bahawa suara-suara orang kafir itu terhijab daripada Allah dan Allah tidak mahu mendengar seruan doa mereka" (Tafsir al-Qurtubi)

#Berkata Imam at-Tabari: "Ayat ini merupakan perumpamaan terhadap golongan kafir yang berdoa kepada berhala yang sekali-kali tidak akan menjawab seruannya bahkan tidak akan memberikan sebarang kebaikan kepadanya serta tidak juga mendatangkan sebarang mudarat kepadanya sehingga ajal menemuinya. Bandingannya ialah seperti seorang yang membuka kedua telapak tangannya untuk mendapatkan air ke mulutnya, namun air tidak sampai ke mulutnya kerana telapak tangan yang terbuka tidak dapat menampung air sehinggalah dia mati kehausan".

#Berdoa termasuk dalam kategori ibadah. Ia merupakan salah satu tanda keimanan dan kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Oleh itu, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Tidak diterima doa yang dipanjatkan oleh orang kafir.

#Allah swt merakamkan di dalam kalamNya yang mulia bahawa tatkala orang-orang kafir berada di dalam neraka, mereka merayu agar malaikat mendoakan mereka agar dilepaskan daripada seksaan, namun permohonan mereka di tolak disebabkan kekufuran mereka dan diminta mereka berdoa sendiri walaupun hakikatnya doa mereka ditolak oleh Allah. Firman Allah swt:

وَقَالَ ٱلَّذِینَ فِی ٱلنَّارِ لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ ٱدۡعُوا۟ رَبَّكُمۡ یُخَفِّفۡ عَنَّا یَوۡمࣰا مِّنَ ٱلۡعَذَابِ *

"Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahannam: "Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari".

 قَالُوۤا۟ أَوَلَمۡ تَكُ تَأۡتِیكُمۡ رُسُلُكُم بِٱلۡبَیِّنَـٰتِۖ قَالُوا۟ بَلَىٰۚ قَالُوا۟ فَٱدۡعُوا۟ۗ وَمَا دُعَـٰۤؤُا۟ ٱلۡكَـٰفِرِینَ إِلَّا فِی ضَلَـٰلٍ

Malaikat penjaga neraka menjawab: "Bukankah kamu telah didatangi Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang". Malaikat itu berkata: "Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri. Dan doa permohonan orang-orang yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja (tidak diterima)" [Surah Ghafir 49-50]

♡Ini menunjukkan bahawa umat Islam tidak memerlukan doa daripada orang-orang kafir dan tiada sebarang keperluan untuk berdoa bersama-sama orang bukan Islam dalam satu majlis atau sepentas. Islam meraikan kepelbagaian agama namun dalam perkara yang melibatkan dasar agama, prinsip-prinsip aqidah, ibadah dan syariah, Islam akan kekal eksklusif sampai bila-bila♡


No comments: