"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 1 Rabiul Awwal 1441H☆



وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةࣲ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَیۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِینَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ یَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ یُوَفَّ إِلَیۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya" [Surah al-Anfal 60]

#Dalam konteks pertahanan negara dan peperangan, persediaan kelengkapan ketenteraan adalah suatu perkara yang terpenting. Perkara ini adalah termasuk dalam perkara yang dituntut dalam syariat Islam.

#Pasukan tentera Islam tidak boleh bersikap pasif, iaitu menunggu sampai ada serangan musuh, baru ingin bersiap siaga. Sebaliknya, kaum Muslimin harus sentiasa berwaspada dan mempersiapkan pasukan yang padu dan sentiasa sedia berjihad. Kesiapsiagaan pasukan tentera kaum Muslimin akan menjadikan musuh-musuh Islam gentar dan tidak akan menyerang dengan sewenang-wenangnya.

#Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Ringkasan Fiqh Jihad berkata:

"Persediaan ketenteraan pada zaman ini perlu disesuaikan dengan peredaran zaman. Bagi zaman kini, persediaan ketenteraan  termasuklah kereta kebal, kereta perisai, kapal perang, kapal selam, satelit, roket bahkan senjata nuklear. Walaupun secara prinsipnya, al-Qaradawi tidak bersetuju dengan penggunaan senjata nuklear kerana ia boleh menyebabkan kematian jutaan manusia, namun begitu umat Islam perlu memilikinya sebagai jaminan keselamatan terutamanya bagi mencegah ancaman kuasa besar yang sentiasa bersikap memusuhi umat Islam.

#Manakala, persediaan ketenteraan bagi setiap pejuang bermaksud persediaan individu tersebut terhadap peperangan seperti latihan ketenteraan, latihan peperangan dan kemahiran menggunakan pelbagai alatan persenjataan, kemahiran mengendalikan kenderaan peperangan, dan kemahiran menyusun strategi peperangan dengan cara yang sistematik.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Uqbah bin Amir r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda di atas mimbar:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ أَلاَ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْىُ أَلاَ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْىُ أَلاَ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْىُ

"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah." (HR Muslim, at-Tirmizi dan Ahmad)

#Rasulullah saw  bersabda lagi:

ارْمُوا وَارْكَبُوا وَإِنْ تَرْمُوا خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَرْكَبُوا

"Memanah dan berkudalah, dan kalian memanah lebih aku sukai dari pada berkuda" (HR Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

♡Jelaslah bahawa berjuang dan berjihad memerlukan persediaan dari segi keilmuan, kekuatan mental, kesihatan fizikal, kepakaran kemahiran ketenteraan dan persenjataan. Berjuang dan berjihadlah dengan sepenuh jiwa dan raga demi mendaulatkan agama Allah dengan persiapan yang rapi dan sentiasa bersiap siaga. Semoga kita semua beroleh syahid dan kematian yang dirindukan syurga. Aamiiin♡

No comments: