وَیۡلࣱ یَوۡمَىِٕذࣲ لِّلۡمُكَذِّبِینَ * ٱلَّذِینَ یُكَذِّبُونَ بِیَوۡمِ ٱلدِّینِ
"Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan. Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan" [Surah al-Mutaffifin 10-11]
#Sebahagian manusia tidak mempercayai ada hari pembalasan, hari perhitungan, hari kiamat. Hari dibalas segala amal yang dilakukan manusia didunia dahulu. Yang baik dibalas dengan nikmat kegembiraan dan yang jahat di balas dengan azab kesengsaraan. Kecelakaan besar ke atas diri mereka tatkala mereka berada di padang Mahsyar dan diperlihatkan dihadapan mata mereka hari pembalasan sedangkan mereka tiada sebarang persiapan amal kerana dahulunya mereka tidak beriman tentang kewujudan hari pembalasan.
#Mereka menganggap kisah tentang hari pembalasan hanya satu kisah dongeng dan cerita rekaan semata-mata. Mereka memperolok dan mempermainkan kisah benar ini tatkala dibacakan keterangannya oleh para Rasul dan orang-orang yang beriman. Firman Allah swt:
وَمَا یُكَذِّبُ بِهِۦۤ إِلَّا كُلُّ مُعۡتَدٍ أَثِیمٍ * إِذَا تُتۡلَىٰ عَلَیۡهِ ءَایَـٰتُنَا قَالَ أَسَـٰطِیرُ ٱلۡأَوَّلِینَ
"Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!. (Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!" [Surah al-Mutaffifin 12-13]
#Hal ini berlaku disebabkan dosa kufur dan dosa syirik yang menutupi pintu hati mereka. Mereka melihat kebenaran itu hanyalah dongeng dan kesesatan itu adalah benar. Dosa telah membutakan hati sanubari mereka daripada melihat kebenaran ayat-ayat Allah. Firman Allah swt:
كَلَّاۖ بَلۡۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ
"Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan" [Surah al-Mutaffifin 14]
#Berwaspadalah!!. Kebanyakan kita pada hari ini sangat berani menolak kebenaran, menentang hukum hakam Allah, membenci para alim ulamak, lazat bergelumang dosa, menipu dalam pelbagai urusan, menyebarkan fahaman kesesatan, menjadikan fitnah sebagai makanan, menzalimi orang bawahan, menganggap ibadah sebagai bebanan, tidak mempercayai hari kiamat dan pelbagai lagi kejahatan yang lain dilakukan. Semua ini disebabkan dosa dan maksiat telah menutupi pintu hati kita.
#Prof. Dr Yusuf al-Qardhawi menyenaraikan beberapa kesan dan pengaruh dosa dan maksiat:
1. Terhalang dari ilmu dan rezeki serta sulit urusan hidupnya.
2. Hati gelap, menyebabkan hati terasa jauh dari Allah dan dari manusia yang soleh, terhalang dari ketaatan serta memendekkan umur.
3. Mengundang laknat Allah, mendapat kehinaan Allah dan hilang nikmatNya.
4. Menganggap kecil maksiat pada Allah dan bangga dengan maksiat yang dilakukan akhirnya tidak sensitif dengan dosa.
5. Maksiat akan mengundang maksiat lainnnya sehingga terasa berat untuk meninggalkannya.
♡Jauhi dosa, maksiat, kekufuran kerana ia penyebab manusia menjadi jahat dan menolak kebenaran al-Quran. Yakinlah tentang kewujudan hari pembalasan. Beramallah dengan amalan yang baik, kerana kita akan dibalas segala amal yang telah kita lakukan♡
No comments:
Post a Comment