"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 30 Rabiul Awwal 1441H☆



ٱللَّهُ ٱلَّذِی جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّیۡلَ لِتَسۡكُنُوا۟ فِیهِ وَٱلنَّهَارَ مُبۡصِرًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلنَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا یَشۡكُرُونَ

"Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur" [Surah Ghafir 61]

#Allah swt menjadikan malam untuk kita berehat setelah penat bekerja di siang hari kecualilah sebahagian daripada kita yang bekerja di waktu malam. Sebab itulah Allah menjadikan malam itu gelap, tenang, damai dan sunyi agar manusia dapat berehat dan tidur dengan penuh ketenangan dan ketenteraman.

وَٱلَّیۡلِ إِذَا یَغۡشَىٰهَا

"Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita)" [Surah ash-Shams 4]

#Namun begitu, waktu malam bukan hanya untuk tidur dan rehat semata-mata. Ini kerana Allah swt juga menjadikan malam untuk bermunajat kepadaNya.

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah (solat sunat) padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan serta menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji” [Surah al-Israk 79]

#Allah swt juga mengatakan di dalam ayat yang lain bahawa antara sifat orang yang benar-benar beriman itu ialah yang sedikit tidurnya kerana waktu malamnya digunakan untuk solat dan beramal soleh.

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ یَدۡعُونَ رَبَّهُمۡ خَوۡفࣰا وَطَمَعࣰا وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ یُنفِقُونَ

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka" [Surah as-Sajdah 16]

#Oleh yang demikian, gunakanlah waktu malam untuk berehat, tidur dan juga mendirikan solat disamping banyakkan berdoa kepadaNya kerana terdapat waktu mustajab padanya. Sabda Rasulullah saw:

إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ، يَسْأَلُ اللهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ

“Sesungguhnya pada waktu malam ada satu waktu, tidaklah seorang Muslim itu memohon kepada Allah akan sesuatu kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat, melainkan Allah swt akan memperkenankannya. Demikian itu berlaku pada setiap malam" (HR Muslim)

#Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa hadis ini menunjukkan terdapat satu masa yang mustajab pada setiap malam dan hadis ini juga menggalakkan untuk sentiasa berdoa pada setiap masa (di waktu malam) dengan harapan akan terkena pada waktu yang mustajab itu".

♡Jom manfaatkan waktu malam dengan kerehatan dan kebaikan. Semoga Allah menjadikan kita Mukmin soleh yang bekerja di siang hari demi mencari sesuap rezeki yang halal dan menjadi ahli ibadah di malam hari bermunajat padaNya. Aamiiin♡


No comments: