"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Awwal 1441H☆



وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman" [Surah az-Zaariyat 55]

#Allah swt memerintahkan kita agar sentiasa memberi peringatan, nasihat dan teguran kepada sesama orang mukmin. Hal ini kerana peringatan dan nasihat teramatlah memberi manfaat dan kebaikan kepada orang-orang mukmin.

#Orang yang saling memberi nasihat adalah orang yang terselamat daripada kerugian di akhirat kelak.

وَالْعَصْرِ * إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ * إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya tetap di atas kesabaran” [Surah al-’Asr 1-3]

#Selain itu, Islam juga memerintah umatnya meminta nasihat kepada orang yang lebih alim dalam apa urusan sekalipun malahan ketika hendak bermusafir, supaya menjadi panduan dalam perjalanan.

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a katanya, seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw lalu berkata: "Sesungguhnya aku hendak pergi musafir wahai Rasulullah, berilah nasihat sebagai bekalanku. Baginda pun bersabda: “Semoga Allah memberi kekuatan iman kepadamu”. Lelaki itu berkata lagi: "Tambahkanlah doa untukku lagi”. Lalu Baginda bersabda: “Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepadamu”. Lelaki tersebut berkata lagi: "Tambahkanlah lagi doa untukku”. Baginda bersabda lagi: “Semoga Allah memberi kemudahan kepadamu dan kamu mendapat kebaikan di mana sahaja kamu berada” (HR Imam at-Tirmizi. Hadis hasan)

♡Hiduplah dalam keadaan sentiasa memberi nasihat dan peringatan tentang kebaikan. Disamping sentiasa meminta nasihat agar kehidupan kita sentiasa di atas jalan yang benar dan betul. Jom nasihat menasihati sesama kita♡


No comments: