إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِیبࣱ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ
"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang melakukan kebaikan" [Surah al-A'raf 56]
#Ayat ini merupakan anjuran atau motivasi agar kita sentiasa melakukan kebaikan. Dengan melakukan kebaikan akan memberi banyak manfaat kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain serta saling berkongsi kebahagiaan.
#Allah swt menjamin ganjaran kebaikan bagi mereka yang melakukan kebaikan.
هَلۡ جَزَاۤءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ
"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?" [Surah ar-Rahman 60]
#Walau sekecil dan seremeh mana pun kebaikan yang dilakukan itu, tetap dibayar oleh Allah dengan ganjaran kebaikan. Sekalipun manusia tidak menghargai kebaikan yang kecil itu, namun disisi Allah akan dinilai dengan penilaian pahala. Firman Allah swt:
فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَیۡرࣰا یَرَهُۥ
"Maka sesiapa berbuat kebajikan walau hanya seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (ganjaran itu dalam surat amalnya)!" [Surah az-Zalzalah 7]
#Bahkan setiap kebaikan itu, samada kecil atau besar akan dilipat gandakan ganjaran pahalanya oleh Allah. Inilah kemurahan Allah swt, Tuhan yang sentiasa membalas sesuatu kebaikan dengan gandaan yang luar biasa iaitu hingga 700 kali ganda atau lebih.
مَّثَلُ ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ أَمۡوَ ٰلَهُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِی كُلِّ سُنۢبُلَةࣲ مِّا۟ئَةُ حَبَّةࣲۗ وَٱللَّهُ یُضَـٰعِفُ لِمَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ٰسِعٌ عَلِیمٌ
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" [Surah al-Baqarah 261]
♡Lakukanlah kebaikan, kerana kebaikan itu akan mengundang rahmat Allah swt. Semoga kita beroleh rahmat dan kasih sayang Allah SWT dengan kebaikan yang kita lakukan. Aamiiin♡
No comments:
Post a Comment