إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ * ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" [Surah Aali Imran 190-191]
#Segala penciptaan Allah swt adalah untuk direnung dan difikirkan. Selain itu, ianya juga untuk difikirkan dengan sedalam-dalamnya dan ditadabburkan bagi lebih menambahkan lagi keimanan kita. Di dalam ayat ini, kita dapat perhatikan bahawa Allah swt telah memuji golongan ulul albab iaitu golongan yang berakal kerana mereka sentiasa mengingati Allah swt dalam segala keadaan tentang penciptaan langit dan bumi.
#Jika kita merenung kejadian alam ini dengan sebaik-baiknya, pasti akan terserlah kehebatan Allah Yang Maha Mencipta serta terserlah kehebatan dalam mentadbir segala urusan. Pada penciptaan langit, bumi, bulan, bintang, cakerawala, akan kita perhatikan keteraturan, keharmonian serta keindahannya yang tiada tolok bandingnya. Lihatlah juga pada penciptaan manusia itu sendiri. Jelas menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah swt.
#Firman Allah swt:
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِیۤ أَحۡسَنِ تَقۡوِیمࣲ
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)" [Surah at-Tin 4]
بَدِيعُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَإِذَا قَضَىٰٓ أَمۡرٗا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ
"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia" [Surah al-Baqarah 117]
♡Dengan merenung kehebatan kejadian ciptaan Allah ini, sewajarnya menginsafkan kita betapa kerdilnya kita dan agungnya Allah swt. Semoga dengan renungan ini dapat menambahkan iman dan mengukuhkan tauhid kita kepada Allah swt♡
No comments:
Post a Comment