وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰلِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"...Dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" [Surah at-Tawbah 41]
#Terdapat sejumlah ayat dalam di dalam al-Quran yang mendorong kita untuk mengorbankan harta dan jiwa di jalan Allah swt. Dalam sejarah Islam, pengorbanan harta dan jiwa menjadi suatu amalan utama di kalangan para sahabat Rasulullah saw.
#Allah swt mengiktiraf golongan yang sanggup berjihad dengan harta dan jiwa mereka tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang benar-benar beriman.
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ یَرۡتَابُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)" [Surah al-Hujurat 15]
#Berkata Imam Ibnul Qayyim: "Wajib berjihad harta sama seperti kewajiban berjihad dengan nyawa. Ini merupakan salah satu dari dua pendapat Imam Ahmad. Dan pendapat inilah yang benar tanpa diselubungi keraguan sedikitpun. Perintah berjihad dengan harta merupakan saudara kandung dan pasangan perintah berjihad dengan nyawa dalam al-Quran, bahkan selalu disebutkan lebih dulu daripada jihad dengan nyawa dalam setiap ayat yang mencantumkannya, kecuali pada satu ayat sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa jihad dengan harta lebih penting dan mendesak berbanding jihad dengan nyawa.”
#Dikisahkan demi ilmu, demi agama dan demi Islam, sanggup miskin dan tinggal sehelai sepinggang. Dikisahkan bahawa:
"Ayah Imam Yahya bin Ma'in ketika meninggal dunia mewariskan kepada anaknya Yahya bin Ma'in sebanyak 1 juta dirham. Semuanya habis Imam Yahya bin Ma'in belanjakan untuk belajar hadis sampaikan kasut pun beliau tak ada kerana turut sama beliau gadaikan" [Siyar A'lam an-Nubala']
*Yahya bin Ma'in adalah guru Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Abu Daud dan lain-lain.
♡Berjihadlah dengan harta serta nyawa demi beroleh hidayah Islam serta keredhaan Allah swt. Jom menyumbang harta demi Islam, ilmu dan membantu umat Islam. Ayuh!!♡
No comments:
Post a Comment