"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Awwal 1441H☆



إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah" [Surah al-Qasas 26]

#Allah swt menyatakan bahawa orang yang kuat tubuh badan, akal fikiran dan yang bersifat amanah adalah orang yang layak diambil bekerja atau dilantik menguruskan hal ehwal dunia ini.

#Hal ini kerana orang yang kuat akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan tidak menangguh-nangguhkan kerja. Manakala orang yang amanah adalah mereka yang bertanggungjawab, tidak tamak, tidak rakus, sentiasa berusaha mencari yang halal dan tidak akan menipu dalam pekerjaannya.

#Rasulullah saw bersabda:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ

“Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama" (HR al-Baihaqi dan at-Thabrani)

#Bekerjalah dengan sebaik-baiknya demi mencari rezeki yang baik, tidak mengkhianati tanggungjawab yang telah diberikan.

#Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّـهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)" [Surah al-Anfal 27]

♡Jujur dan bertanggungjawablah dalam bekerja dan berkhidmat. Ini kerana pekerjaan yang halal dan baik menjadi ibadah dan dikurniakan ganjaran yang besar di Mahsyar kelak. Semoga Allah merahmati kita semua. Aamiiin♡


No comments: