"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 26 Rabiul Awwal 1441H☆



لَوْ أَنزَلْنَا هَـٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّـهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

“Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya" [Surah al-Hasyr 21]

#Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata: "Yakni, jika gunung yang kuat dan gagah, seandainya dia memahami makna al-Quran ini, lalu merenungkannya, nescaya ia akan tunduk terpecah belah kerana rasa takut kepada Allah swt. Lalu bagaimana patut bagi kamu, wahai sekalian umat manusia, apabila hati kamu tidak bersikap tunduk dan patuh kerana rasa takut kepada Allah, padahal kamu dapat memahami perintah Allah dan merenungkan KitabNya?" (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim)

#Ini menunjukkan bahawa manusia yang benar-benar beriman dan benar-benar membaca al-Quran ialah mereka yang memahami ilmu al-Quran untuk di amalkan. Mereka benar-benar takut kepada Allah dalam selepas memahaminya dan bersegera menunaikan perintahNya.

#Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah mengatakan: “Pokok ilmu adalah rasa takut kepada Allah swt".

#Kalam Imam Ahmad ini memahamkan kita bahawa penyebab seorang Muslim itu beroleh kejayaan dan keuntungan di hadapan Allah adalah mereka yang benar-benar takut kepada Allah swt. Rasa takut yang dapat mendorong diri untuk melakukan ketaatan dan menjauhi segala laranganNya.

#Berkata seorang Tabi'in, Masruq bin al-Ajda’ rahimahullah: "Cukup seseorang itu disebut berilmu bila ia takut kepada Allah. Cukup seseorang itu disebut bodoh bila ia merasa ujub dengan amalannya”.

#Tanya pada diri kita, takutkah kita kepada Allah di kala kita membaca ayat-ayatNya?. Tidak cukup bagi seseorang itu jika sekadar membaca dan menghafaz al-Quran, mengetahui hadis Nabi, menghafal kalam ulamak, berbahas isu agama jika kita tidak takut kepada Allah swt. Ini belum menunjukkan seseorang itu benar-benar berilmu dan memahami kehendak al-Quran.

إِنَّمَا یَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰۤؤُا۟ۗ

"...Sebenarnya yang sentiasa bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu" [Surah Fatir 28]

♡Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang benar-benar takut kepadaNya, baik dikala sendirian mahupun di tengah lautan manusia. Aamiin♡


No comments: