"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiul Awwal 1441H☆



أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ فَتُصۡبِحُ ٱلۡأَرۡضُ مُخۡضَرَّةًۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِیفٌ خَبِیرࣱ

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya)" [Surah al-Hajj 63]

#Ayat ini merupakan dorongan dari Allah swt agar hamba-hambaNya memperhatikan dan memikirkan ayat-ayatNya yang menunjukkan keEsaanNya dan kesempurnaanNya dengan mata kepala dan mata hati. Allah menurunkan air hujan ke tanah yang gersang, yang kontang, lalu tanah itu menjadi hijau dan pemandangannya indah serta tumbuh subur pelbagai tumbuh-tumbuhan. Selain itu, air digunakan oleh manusia dan haiwan untuk minuman dan sumber utama kehidupan.

وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ طَهُورࣰا * لِّنُحۡـِۧیَ بِهِۦ بَلۡدَةࣰ مَّیۡتࣰا وَنُسۡقِیَهُۥ مِمَّا خَلَقۡنَاۤ أَنۡعَـٰمࣰا وَأَنَاسِیَّ كَثِیرࣰا

"Dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci, untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai" [Surah al-Furqan 48-49]

#Semua kejadian ini berlaku dibawah kekuasaan dan pentadbiran Allah yang Maha Bijaksana untuk manfaat dan kebaikan hamba-hambaNya. Tanpa keizinan daripada Allah, manusia tidak akan dapat sebutir makanan dan setitis air pun untuk meneruskan kehidupan. Sewajib dan sewajarnya manusia bersyukur kepada Allah swt atas nikmat air dan segala  nikmat makanan yang telah dikurniakan Allah. Jadilah hambaNya yang bersyukur dengan jalan taat dan taqwa. Ini kerana segala-galanya yang kita minum dan makan semua daripada Allah swt.

#Insafi dan hayatilah firman Allah swt ini, agar kita menjadi manusia yang bersyukur dan tidak kufur:

 فَلۡیَنظُرِ ٱلۡإِنسَـٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦۤ * أَنَّا صَبَبۡنَا ٱلۡمَاۤءَ صَبࣰّا * ثُمَّ شَقَقۡنَا ٱلۡأَرۡضَ شَقࣰّا * فَأَنۢبَتۡنَا فِیهَا حَبࣰّا * وَعِنَبࣰا وَقَضۡبࣰا * وَزَیۡتُونࣰا وَنَخۡلࣰا * وَحَدَاۤىِٕقَ غُلۡبࣰا * وَفَـٰكِهَةࣰ وَأَبࣰّا * مَّتَـٰعࣰا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَـٰمِكُمۡ

"Maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya). Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian. Dan buah anggur serta sayur-sayuran. Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma. Dan taman-taman yang menghijau subur. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu" [Surah 'Abasa 24-32]

♡Air merupakan salah satu elemen terpenting di alam bumi dan semesta ini. Bukan hanya manusia, tumbuhan dan haiwan, malah semua elemen yang hidup di muka bumi ini sangat memerlukan air di dalam kehidupannya. Oleh itu, bersyukur dan manfaatkanlah air sebaik mungkin dan jangan dibazirkan sesuka hati♡


No comments: