"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

Tadabbur Kalamullah 14 Rabiul Awwal 1441H



وَمَا بِكُم مِّن نِّعۡمَةࣲ فَمِنَ ٱللَّهِۖ

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah..." [Surah an-Nahl 53]

#Antara nikmat yang teragung dan terbesar yang Allah swt kurniakan kepada kita ialah diutuskanNya baginda Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan rasul untuk kita umat akhir zaman. Baginda saw merupakan nabi dan rasul yang paling mulia daripada sekelian nabi dan rasul yang diutuskan sehingga kesan daripada kemuliaan tersebut, Allah jadikan umat baginda saw sebagai umat yang terbaik dan terunggul.

تِلۡكَ ٱلرُّسُلُ فَضَّلۡنَا بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲۘ مِّنۡهُم مَّن كَلَّمَ ٱللَّهُۖ وَرَفَعَ بَعۡضَهُمۡ دَرَجَـٰتࣲۚ

"Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (secara langsung) dengannya, dan sebahagiannya Allah meninggikannya (yakni Nabi Muhammad saw) beberapa darjat kelebihan..." [Surah al-Baqarah 253]

#Kata pujangga: "Muhammad itu seorang manusia tidak seperti segala manusia, bahkan dia permata delima antara batu-batu biasa".

#Oleh itu, kita wajib menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh ikutan sepanjang zaman dan menjadikan kehalusan akhlak baginda sebagai ikutan utama dalam seluruh kehidupan kita.

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Ahzab 21]

♡Nabi Muhammad saw insan teragung dan merupakan nikmat teristimewa untuk kita sebagai umatnya. Ikuti dan taatilah baginda, jangan sesekali menderhaka padanya♡


No comments: