مَّن یُطِعِ ٱلرَّسُولَ فَقَدۡ أَطَاعَ ٱللَّهَۖ
"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah.." [Surah an-Nisa' 80]
#Barangsiapa mematuhi Rasulullah saw bererti telah mematuhi Allah swt. Hal ini kerana baginda Rasulullah saw tidak memerintahkan dan melarang sesuatu, kecuali sesuai dengan perintah dan larangan Allah swt. Oleh itu, orang yang mentaati Rasulullah saw dengan menjalankan perintah dan meninggalkan larangannya, bererti ia sedang mentaati Allah swt.
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِی یُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَیَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Aali Imran 31]
#Ketaatan kepada Rasulullah saw itu harus dilakukan secara zahir dan batin, di hadapan manusia mahupun ketika sembunyi. Adapun orang yang menampakkan ketaatan di hadapan manusia, namun ketika sendirian atau bersama kawan-kawan yang sepertinya, ia tidak taat dan mengerjakan hal yang sebaliknya, maka sesungguhnya ketaatan yang dinampakkan itu tidaklah bermanfaat dan tidaklah berfaedah.
#Hebatnya bagi sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka dikira telah mentaati Allah. Namun berwaspadalah, sesiapa yang menyelisihi perintah Rasulullah saw maka mereka diancam oleh Allah swt dengan ancaman azab, bencana dan kesengsaraan.
فَلۡیَحۡذَرِ ٱلَّذِینَ یُخَالِفُونَ عَنۡ أَمۡرِهِۦۤ أَن تُصِیبَهُمۡ فِتۡنَةٌ أَوۡ یُصِیبَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمٌ
"Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah an-Nur 63]
♡Taatilah Rasulullah saw. Ikutilah segala sunnahnya, perintahnya, tegahannya, perjuangannya, akhlaknya dan seluruh gaya hidupnya, nescaya kita digolongkan di kalangan hambaNya yang mentaatiNya. Semoga Allah dan RasulNya meredhai dan merahmati kita semua. Aamiiin ♡
No comments:
Post a Comment