"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 11 Rabiul Awwal 1441H☆



وَٱلَّذِینَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَ ٰ⁠تِهِمۡ یُحَافِظُونَ

"Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya" [Surah al-Mu'minun 9]

#Di antara faktor kejayaan dan kemuliaan seseorang itu ialah mereka yang hidup dalam keadaan sentiasa memelihara solat, mengutamakan solat mengambil berat tentang solat dan menjadikan solat perkara utama dan pertama dalam kehidupannya.

#Ummul Mukminin Sayyidatina Ummu Salamah r.ha mengatakan, di antara wasiat terakhir Rasulullah saw ialah:

الصَّلاَةَ الصَّلاَةَ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ

“Jagalah solat, jagalah solat dan hamba-hamba (orang-orang di bawah jagaan) kalian” (HR Ahmad)

#Allah swt memerintahkan kepada Nabi Muhammad saw dan umatnya untuk memerintahkan ahli keluarga mereka supaya menunaikan solat:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa" [Surah Thaha 132]

#Selain dituntut mendirikan solat fardhu, maka kita juga digalakkan untuk melazimkan diri dengan mengerjakan solat sunat. Hal ini menjanjikan ganjaran syurga kepada mereka yang istiqamah menunaikannya.

#Sayidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bertanya kepada Sayidina Bilal bin Rabah ketika waktu Subuh:

"Ya Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang kamu sangat mengharapkan ganjaran, yang kamu amalkan dalam Islam. Sesungguhnya aku telah mendengar bunyi derapan seliparmu di hadapanku di dalam syurga". Jawab Bilal: "Amalan yang paling aku harapkan di sisiku yang aku lakukan ialah ketika aku berwudhuk pada satu-satu waktu samada malam atau siang, (kemudian) aku akan terus menunaikan apa sahaja solat yang telah tercatat buatku dengan wudhuk tersebut" (HR al-Bukhari)

*Dalam riwayat lain, Nabi bertanya: "Wahai Bilal, apakah yang menyebabkan kamu mendahuluiku ke syurga?" (Fathul Bari)

#Ini menunjukkan sesiapa yang melazimkan diri menunaikan solat sunat (sunat wudhuk/mutlak) berdasarkan kemampuannya setiap kali selepas mengambil wudhuk pada mana-mana waktu daripada siang atau malam hari, maka orang ini akan masuk ke syurga sebagaimana yang dijanjikan di dalam hadis. Lumayannya tawaran ini, iaitu ditawarkan syurga atas sebab istiqamah menjaga dan memelihara solat.

♡Jom pelihara solat sebaik mungkin. Solatlah di awal waktu dan secara berjemaah. Kemudian perbanyakkan solat sunat, mudah-mudahan Allah swt memasukkan kita dalam senarai hambaNya yang layak memasuki syurgaNya. Aamiiin♡


No comments: