یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةࣰ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن یُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَیِّـَٔاتِكُمۡ وَیُدۡخِلَكُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..." [Surah at-Tahrim 8]
#Antara tuntutan dan kewajipan seorang Muslim ialah bertaubat di atas kesalahan dan kesilapan dosa yang telah dilakukan. Allah swt memerintahkan setiap hambanya agar sentiasa bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya dan kembali kepada Allah swt.
#Taubat merupakan amalan yang sangat dicintai dan dikasihi oleh Allah swt:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri" [Surah al-Baqarah 222]
#Ingatlah bahawa sejahat manapun seseorang itu dan sebesar apapun kesalahan yang dilakukan, ruang dan peluang untuk bertaubat sentiasa terbuka. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat dan keampunan Allah swt. Sabda Nabi saw:
إن الله عز وجل يبسط يده بالليل ليتوب مسيء النهار، ويبسط يده بالنهار ليتوب مسيء الليل، حتى تطلع الشمس من مغربها
“Sesungguhnya Allah swt membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat hamba yang berdosa di siang hari. Dan Allah swt membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat hamba yang berdosa di malam hari sehinggalah matahari terbit dari barat.” (HR Muslim)
♡Pastikan kita sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Jangan ditunggu dan ditangguhkan taubat kerana kematian boleh terjadi kepada kita pada bila-bila masa sahaja. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat kerana kita terlalu banyak dosa. Ya Allah ampunilah segala dosa dan kesalahan kami. Aamiiin♡
No comments:
Post a Comment