1. Telah tular gambar penyebaran Komik berunsur propaganda Komunis yang diedarkan di Pulau Pinang. Komik yang dikatakan memburukkan kerajaan Malaysia yang lalu serta cuba menerapkan sisi pandang Komunis ini dilhat boleh menggugat keharmonian kaum.
2. Sementara itu, Kementerian Pendidikan menafikan memberikan kebenaran terhadap penyebaran Komik yang mempunyai unsur doktrinisasi dan bersifat provokatif ini. Pada pendahuluan Komik tersebut, terdapat prakata yang seakan menunjukkan kempen politik DAP kepada pelajar sekolah.
3. Dalam Islam, pemikiran Komunisme pada hakikatnya akan merosakkan asas beragama dalam masyarakat. Ini adalah kerana, asas pemikiran mereka menolak perkara yang kita imani bahkan komunisme memandang buruk kepada agama malah melihat agama sebagai candu kepada manusia.
4. Dalam perkara ini al-Qardawi menegaskan, bahawa kerosakan fahaman ini mestilah dibendung. Ia merosakkan kefahaman kita tentang Islam. Kata al-Qardawi:
الشيوعية مذهب مادي، لا يعترف إلا بكل ما هو مادي محس، ويجحد كل ما وراء المادة، فلا يؤمن بالله، ولا يؤمن بالوحي، ولا يؤمن بالآخرة، وبهذا ينكر الأديان جملة وتفصيلاً
“Fahaman komunis adalah mazhab fizikal yang hanya mempercayai perkara yang boleh dilihat dan dipegang sahaja. mereka menolak segala perkara yang bersifat metafizik. dengan itu mereka tidak beriman kepada Allah, wahyu maupun hari akhirat. Dengan itu fahaman ini menyanggah kepercayaan beragama secara total.”
5. Dengan itu adalah wajar bagi pihak kementerian menyiasat penyebaran komik yang bersifat mempunyai unsur mempertahankan perlakuan komunis yang pernah dilakukan di Tanah Melayu dahulu. Sudahkah kita lupa perjuangan tentera kita mempertahankan negara dan bagaimana mereka terbunuh dalam perjuangan mempertahankan negara ini?
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
No comments:
Post a Comment