"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

PIL BUNUH JANIN BUAT PELAJAR SEKOLAH


1. Akhbar Sinar mendedahkan bagaimana fenomena penjualan pil membunuh janin sudah semakin berleluasa di media sosial. Bahkan penjualan pil ini dikatakan telah merebak aktivitinya kepada pelajar sekolah.

2. Fenomena yang membinasakan ini harus dipandangan serius apatah lagi anak-anak muda kita adalah bayangan kepada kepimpinan masa depan negara. Sekiranya remaja Muslim telah rosak dengan jenayah zina, maka tidak hairanlah Rasulullah mengungkapkannya sebagai bala yang besar terhadap umat Islam itu sendiri.

3. Dalam perkara ini Rasulullah pernah berpesan bahawa fenomena zina akan membawa kepada kebinasaan. Sabda Rasulullah:

إذا ظهر الزنا والربا في قرية فقد أحلوا بأنفسهم عذاب الله

“Sekiranya berleluasanya perbuatan zina dan riba dalam sesuatu kawasan, maka mereka telah mengundang azab Allah kepada mereka.” (HR al-Tabrani, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Malah, Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa kelahiran anak-anak zina yang ramai adalah salah satu tanda kebinasaan yang akan menimpa sesuatu umat. Sabda Rasulullah:

لا تزال أمتي بخير ما لم يفش فيهم ولد الزنا، فإذا فشا فيهم ولد الزنا فأوشك أن يعمهم الله بعذاب

“Umat aku akan sentiasa berada dalam keadaan kebaikan selagi mana tidak tersebarnya anak-anak zina. Sekiranya anak-anak zina ini semakin berleluasa, maka akan dibimbangi Allah akan mengenakan azab buat keseluruhan mereka. (HR Ahmad, dinilai hasan oleh al-Albani).

5. Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila ada dikalangan pemimpin Muslim yang melihat bahawa zina ini hanyalah dosa peribadi yang dilakukan di dalam ruang peribadi (private sphere). Lalu mereka mengatakan bahawa ini bukanlah dibawah bidang kuasa mereka. Sedangkan arahan membanteras kemungkaran ini adalah tanggungjawab kita semua.

Semoga Allah memelihara kita, anak-anak kita dan seluruh ahli keluarga kita dari sebarang perlakuan yang dicegah oleh Allah. Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

No comments: