یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسࣲ وَ ٰحِدَةࣲ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالࣰا كَثِیرࣰا وَنِسَاۤءࣰۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِی تَسَاۤءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَیۡكُمۡ رَقِیبࣰا
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu" [Surah an-Nisa' 1]
#Allah swt memerintahkan seluruh hambaNya agar bertaqwa kepadanya dan sentiasa menghubungkan silaturrahim sesama manusia. Dua perkara utama ini merupakan elemen terpenting dalam kehidupan di dunia ini demi beroleh kebahagiaan di akhirat kelak.
#Sabda Rasulullah saw:
مَنِ اتَّقَى رَبَّهُ، وَوَصَلَ رَحِمَهُ، نُسّىءَ فِي أَجَلِه وَثَرَى مَالَهُ، وَأَحَبَّهُ أَهْلُهُ
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Rabbnya dan menyambung silaturrahim nescaya umurnya akan dipanjangkan dan hartanya akan diperbanyakkan serta keluarganya akan mencintainya” (HR al-Bukhari)
#Dalam hadis yang lain, daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, Baginda saw bersabda:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
"Sesiapa yang suka untuk dilimpah ruahkan rezekinya, atau dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Inilah antara kelebihan dan manfaat hidup dalam keadaan menyambung silaturrahim dan menjauhkan diri daripada pergaduhan, perpecahan dan pertelingkahan. Menyambung silaturrahim merupakan salah satu ciri manusia yang bertaqwa kepada Allah swt.
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
"Berpegang teguhlah kamu seluruhnya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah" [Surah Ali Imran 103]
♡Jadilah manusia bertaqwa yang benar-benar taat dan takut kepada Allah swt. Binalah hubungan yang kukuh dan damai sesama umat Islam demi perpaduan dan kesatuan ummah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Utamakan silaturrahim!!♡
No comments:
Post a Comment