"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 9 Jamadil Awwal 1441H☆



لَا یَمَسُّهُمۡ فِیهَا نَصَبࣱ وَمَا هُم مِّنۡهَا بِمُخۡرَجِینَ

"Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya" [Surah al-Hijr 48]

#Di syurga tiada lagi keletihan, kepenatan, susah payah dan kesulitan. Semuanya indah, gembira, tenang, damai dan menyeronokkan.

#Imam al-Muzani asy-Syafi’i rahimahullah berkata: "Lelah (kepenatan) kita berakhir kalau sudah masuk syurga".

#Berkata Imam Ibnu Katsir rahimahullah: “Mereka (ahli syurga) tidak ada sebarang kesulitan dan gangguan”.

#Sayidina Abu Hurairah r.a berkata:

أَتَى جِبْرِيلُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْكَ مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلَامَ مِنْ رَبِّهَا عَزَّ وَجَلَّ وَمِنِّي وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ لَا صَخَبَ فِيهِ وَلَا نَصَبَ

“Pada suatu ketika Jibril pernah datang kepada Nabi saw sambil berkata: "Wahai Rasulullah, ini dia Khadijah. Ia datang kepada engkau dengan membawa bekas berisi lauk pauk, atau makanan atau minuman. Apabila ia datang kepada engkau, maka sampaikanlah salam dari Allah dan dariku kepadanya. Selain itu, beritahu pula kepadanya bahawa (Allah sediakan untuknya) rumahnya di syurga dibuat dari emas dan perak, di sana (di syurga itu) tidak ada kebisingan dan kepayahan di dalamnya” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Syurga adalah tempat yang penuh dengan kesenangan dan tiada sebarang kepayahan dan kesulitan sama sekali.

#Maksud ayat 'mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya' bermaksud mereka kekal di syurga dan tidak akan keluar dari syurga selama-lamanya.

#Dalam sebuah hadis, baginda saw bersabda:

يَا أهْلَ الْجَنَّةِ خُلُوْد فَلَا مَوْتَ وَيَا أهْلَ النَّارِ خلُوْدٌ فَلَا مَوْتَ

"...Wahai penduduk syurga, kalian akan kekal tidak ada lagi kematian. Wahai penduduk neraka kalian pun akan kekal tidak ada lagi kematian" (HR al-Bukhari)

یُبَشِّرُهُمۡ رَبُّهُم بِرَحۡمَةࣲ مِّنۡهُ وَرِضۡوَ ٰ⁠نࣲ وَجَنَّـٰتࣲ لَّهُمۡ فِیهَا نَعِیمࣱ مُّقِیمٌ * خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥۤ أَجۡرٌ عَظِیمࣱ

"Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar" [Surah at-Tawbah 21-22]

♡Berpenat lelahlah di dunia ini dalam melaksanakan ketaatan, amal soleh dan pengorbanan dalam perjuangan mendaulatkan agama Allah, semoga kita dapat berehat dengan penuh ketenangan di Syurga kelak. Aamiiin♡


No comments: