"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Awwal 1441H☆



قُلُوبࣱ یَوۡمَىِٕذࣲ وَاجِفَةٌ * أَبۡصَـٰرُهَا خَـٰشِعَةࣱ

"Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut. Pemandangannya tunduk gerun" [Surah an-Nazi'at 8-9]

#Suasana di padang Mahsyar sangat menakutkan dan meresahkan. Debaran kencang meremukkan dada, pemandangan tunduk ketakutan. Tiada yang tenang. Semua resah menunggu saat dihisab dan pengadilan Allah swt.

#Daripada Sayidina al-Miqdad bin al-Aswad r.a, Nabi saw bersabda:

فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِي الْعَرَقِ، فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حَقْوَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يُلْجِمُهُ الْعَرَقُ إِلْجَامًا، قَالَ: وَأَشَارَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ إِلَى فِيهِ

"Manusia (di Mahsyar) itu akan berada di dalam peluh mengikut tahap amalan mereka. Ada di antaranya yang peluhnya sehingga ke tumit, ada di antaranya juga yang peluhnya sehingga ke lutut, ada di antaranya yang peluhnya sehingga ke pinggang dan ada yang tenggelam di dalam peluhnya. al-Miqdad berkata lagi bahawa Rasulullah saw mengisyaratkan dengan tangan Baginda saw ke mulutnya.” (HR Muslim)

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda:

يَعْرَقُ النَّاسُ يَوْمَ القِيَامَةِ حَتَّى يَذْهَبَ عَرَقُهُمْ فِي الأَرْضِ سَبْعِينَ ذِرَاعًا، وَيُلْجِمُهُمْ حَتَّى يَبْلُغَ آذَانَهُمْ

"Manusia akan berpeluh pada hari kiamat sehingga peluh mereka di bumi setinggi 70 hasta dan sehingga menenggelamkan mereka sampai ke telinga.” (HR al-Bukhari)

#Bagi sesiapa yang hidup dalam keadaan engkar lagi derhaka, menjauhi petunjuk al-Quran serta datang ke padang Mahsyar dalam keadaan membawa dosa maka malanglah nasib yang akan menimpanya.

مَّنۡ أَعۡرَضَ عَنۡهُ فَإِنَّهُۥ یَحۡمِلُ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ وِزۡرًا * خَـٰلِدِینَ فِیهِۖ وَسَاۤءَ لَهُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ حِمۡلࣰا * یَوۡمَ یُنفَخُ فِی ٱلصُّورِۚ وَنَحۡشُرُ ٱلۡمُجۡرِمِینَ یَوۡمَىِٕذࣲ زُرۡقࣰا

"Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat. (Iaitu) hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya" [Surah TaHa 100-102]

♡Beramallah dengan amalan yang soleh dan sediakanlah bekalan yang berkualiti dan mencukupi untuk di bawa ke Padang Mahsyar. Semoga Allah menjauhkan kita daripada huru hara dan azab di Mahsyar kelak. Aamiiin♡


No comments: