"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Akhir 1441H☆



إِنَّمَا یَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمۡ یَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَۖ فَعَسَىٰۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَن یَكُونُوا۟ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِینَ

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk" [Surah at-Tawbah 18]

#Allah swt mengatakan bahawa orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat adalah mereka yang sentiasa memakmurkan rumahNya yakni masjid-masjidNya.

#Daripada Sayidina Abi Sa’id r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ المَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالإِيمَانِ

“Apabila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya” (HR Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

#Golongan manusia yang termasuk di dalam kalangan orang yang memakmurkan masjid ialah mereka yang mendirikan fizikal masjid, mereka yang istiqamah ke masjid untuk solat, bertasbih, membaca, duduk di dalam halaqah ilmu, menunggu untuk solat, membaca al-Quran dan apa sahaja kebaikan yang melibatkan menghidupkan masjid.

#Nabi saw mengatakan bahawa rahmat Allah sentiasa bersama orang yang selalu ke masjid. Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

الْمَشَّاؤُونَ إِلَى الْمَسَاجِدِ فِي الظُّلَمِ، أُولَئِكَ الْخَوَّاضُونَ فِي رَحْمَةِ اللَّهِ

“Orang-orang yang banyak berjalan ke masjid ketika gelap, mereka adalah orang-orang menceburkan diri dalam rahmat Allah swt" (HR Ibn Majah)

#Di dalam hadis yang lain, Nabi saw menjanjikan kurniaan cahaya yang sempurna kepada mereka yang sentiasa memakmurkan masjid. Diriwayatkan daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat” (HR Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah)

#Selain itu, golongan yang memakmurkan masjid akan dikurniakan satu tempat yang istimewa di syurga Allah swt.

مَنْ غَدَا إِلَى المَسْجِدِ وَرَاحَ، أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنَ الجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

"Barangsiapa yang pergi  ke masjid di waktu pagi atau di waktu petang, Allah menyediakan baginya suatu tempat di syurga setiap kali dia pergi di waktu pagi dan petang” (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Lazimkanlah diri kita dengan masjid. Makmurkanlah masjid dengan sentiasa menghadirkan diri setiap kali solat berjemaah didirikan dan menghidupkan program-program anjuran masjid serta aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat kita♡


No comments: